Thursday, May 30, 2013

Proton... Kereta Negaraku... Kebanggaanku!

Proton Exora di Bogor, Indonesia
Proton yang ditubuhkan pada 1983 dan mula mengeluarkan model pertama iaitu Saga pada Julai 1985. Kini Proton  telah berusia 28 tahun. Ketika model pertama dilancarkan  aku baru berusia 11 tahun dan masih ingat lagi apabila pertama kali melihat proton di jalan raya, aku akan terus mengangkat tangan pada pemandunya sambil menjerit Proton! Bangganya aku pada ketika itu apabila  negara ini telah berjaya mengeluarkan keretanya jenama sendiri, Proton Saga! Ketika itu aku mengandaikan Proton hanya bewarna merah sahaja kerana nama Saga..

Gen 2 di Kaherah, Mesir.. Subhanallah!
Aku bangga dengan kereta keluaran negaraku- di Kaherah
Bermula dengan model Saga pada 1985, kini lebih dari 16 model telah dikeluarkan oleh Proton antaranya Iswara, Juara, Wira, Waja, Tiara, Savvy, Gen2, Persona, Perdana, Satria, Putra, Preve, Inspira  dan pelbagai penambahan lagi kepada model-model sedia ada seperti Neo, V6, SV.

Beberapa kali aku ternampak nama-nama model Proton digunakan kepada nama kelas di sekolah yang biasanya kelas yang paling pandai akan dinamakan Perdana, manaka kelas yang paling hujung dinamakan Juara... malang sungguh pemilik Juara! Sebuah kereta MPV yang mempunyai rekabentuk seperti Ultraman! Ada jual lagi kah model Juara sekarang ni?

Ketika berada di Kaherah dan Iskandariah tahun 2009, aku ternampak juga beberapa model Proton berada di jalanan Kaherah. Sudah tentu aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama kereta Malaysia..namun pemandunya tidak ada ketika gambar diambil, tapi kalau ada pun, belum tentu dia boleh berbahasa Inggeris.
Vios di Indonesia... hanya sebuah Taksi biasa? 
Persona di Surabaya telah dijadikan Teksi.. tapi pada ketika itu
Persona di Malaysia masih belum boleh dijadikan teksi
Tuntutan kerja menyebabkan aku kerapkali ke Indonesia. Diatas jalanraya Toyota menguasai hampir 60% pasaran kenderaan penumpang dan model yang paling laris ialah Avanza, innova dan Unser Kijang. Tidak banyak Proton di jalanan. Tapi yang lagi menarik, Toyota Vios hanya dijadikan Taksi sedangkan pemilik Vios di Malaysia memandang tinggi kereta ini... adakah kerana kereta dari sebuah jenama yang terkenal? atau sebab inginkan kelainan kerana Proton dan Perodua telah kuasai lebih dari 60% pasaran kenderaan penumpang di Malaysia? Hanya pemilik sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.


Satria di Melbourne... Mereka yakin membelinya....kenapa kita tidak?

Persona di Melbourne. Megah  lunsuri di jalanraya Australia

Satria di Sydney
 Semasa di Melbourne dan Sydney pada 2012, apabila ternampak Proton diatas jalanraya, cepat-cepat aku akan snap gambar kereta ini dan kalau boleh nampakkan no plat kenderaan ini,. Aku bangga! kereta negara ku telah digunakan oleh sebuah negara yang juga mempunyai jenama kereta mereka sendiri iaitu iaitu Holden. Walaupun tidak banyak,  dari 100 kenderaan mungkin 1 Proton akan kelihatan, rasa  bangga dan penghormatan diriku terus utuh di negara Kangaroo... Terfikir di benak ku... Mereka menggunakan produk kita... mengapa orang kita sering memperlekehkan produk negara sendiri? Inilah mentaliti kelas ketiga yang perlu dikikis dari pemikiran orang Malaysia

Kenangan... kedua-dua telah dijual

Kia Carens- Buatan Korea-pernah memiliki satu ketika dulu
 Pernah satu ketika aku menggunakan kereta buatan Korea yang di pasang di Malaysia iaitu  Atos (Hyundai) dan Kia Carens (Naza Citra). Mula-mula aku merasa seronok  kerana dapat menggunakan kereta ini, tapi satu ketika bila kenderaan ini mengalami masalah teknikal tertentu, aku mulai rasa sangsi dan timbul pelbagai soalan di minda ku... kerana selama hampir 10 tahun menggunakan Proton, tiada masalah besar yang aku hadapi sepanjang tahun memandunya dan mudah pula untuk mencari mekaniknya..Bengkel bawah pokok ceri pun mampu untuk membaikinya!. Tapi apabila menggunakan produk Korea, tidak semua mekanik berani membuka kereta ini.. jadi terpaksalah aku pergi ke Servis centernya dan harga alat gantinya jauh lebih tinggi berbanding Proton! Ohhh...menyesal tak sudah!

Ferrari pun terbakar di PLUS
Harga RM 2 juta terbakor jugak...

Lamboghini pun terbakar jugak

Ferrari terbakar di Lebuhraya Lekas - Sinar Harian March 2012
Volkswagen pun tercabut jugak...ada kecoh?  dulu pernah sekali Preve patah gandar
 semasa sesi uji pandudi satu show room, kecoh satu Malaysia.
Cuba bayangkan kalau proton yang terbakar di atas jalanraya... sudah tentulah orang akan berkata- kereta murah, panas sikit dah terbakar... tapi bila Ferrari dan Lamboghini yang berharga dari RM1.5 juta terbakar di Malaysia, kenapa mereka diam aja? Apa alasan mereka bila melihat gambar ini? (gambar dari sumber internet)

Persona di CBD Melbourne
Savvy di Jambi
Waja Taksi di Makassar
Persona di Makassar
Saga FV Teksi kat Sulawesi
Bentor (Beca+Motor) hanya terdapat di Makassar
Ramai dari rakan-rakan ku yang pernah ke Korea Selatan. Apa yang menariknya diatas jalalan raya, cukup susah nak lihat kenderaan buatan Jepun, walhal Korea dan Jepun adalah dua negara yang berjiran dan berhampiran antara satu sama lain. Satu perkara yang penting juga, semangat nasionalisma mereka juga tinggi walaupun berbeza ideologi politik. Mereka akan mencari barangan buatan negara sendiri terlebih dahulu... dan jika tiada barulah mereka akan menggunakan produk buatan negara lain. Ini sudah tentulah berbeza dengan sikap sebilangan besar rakyat negara kita yang sering merendah-rendah barangan buatan tempatan dan berbangga dengan barangan luar negara... inilah mentaliti rakyat dunia ketiga!

Kereta polis Waja di UK
UK -Gen 2 dijadikan kereta Polis... Malaysia pun tak ada kereta peronda Gen 2
Di UK, Proton  telah dijadikan kereta polis dan kereta ini sudah tentunya berjasa dalam membantu menangani masalah jenayah di negara tersebut... dulu bangsa ini pernah menjajah kita, hanya menyediakan pelajaran kepada golongan elit sahaja, tapi kini kerajaan negaranya telah memilih Proton sebagai kenderaan rasmi untuk polis mereka. Tahniah Proton! ( gambar dari sumber internet)
Isteriku bersama Persona barunya ketika dibasuh untuk pertama kali
di Showroom Proton. No. Plat pun belum tampal lagi
Akhirnya aku kembali memiliki Proton... Kini Proton berani memberikan jaminan 3 tahun kepada semua komponennya dan tambahan lagi 2 tahun untuk gear box dan enjin... kereta jenama Jepun pun tidak semua memberikan jaminan sebegini. Kenapa perlu aku menggunakan jenama luar negara sedangkan jenama Malaysia pun memberikan jaminan kualiti yang sama?

Ayuh! kita bina jenama kita sendiri. Kita bangga apabila melihat Proton  melunsuri jalanraya  di negara lain. Apapun Proton perlu menjadi juara di negara sendiri sebelum boleh berjaya di negara luar!

Sekian.

* Semua gambar adalah dari kameran sendiri kecuali yang dinyatakan

4 comments: