Sunday, February 18, 2024

Shanghai : Transfromasi Metropolitan

 13-17 Disember 2023

Taicang- Suzhou- Shanghai
Flight: Air Asia
Free Visa for 15 days wef from 1 Disember 2023 until further notice
However, I make my visa at China Visa Centre at KL ( Jalan Mayang Sari)  before the China Embassy make announcement free visa
Wether: -1C-10C


Latarbelakang Sungai Yangtze dan Metropolis Shanghai

Ancient Suzhou













 

Friday, December 30, 2022

Umrah : 18-28 Oktober 2022

 


Alhamdulillah, dapat menunaikan umrah bersama Abah dan rombongan Pondok Pengajian Ilmu Wahyu (PPIW) pada 18-28 Oktober 2022. Seramai 85 orang mengikuti rombongan umrah ini yang di ketuai Ustaz Noramin bin Said, Pengerusi PPIW.

Pakej ini berada 4 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah. Kami  berangkat pesawat MAS KUL- Madinah,  dan pulang Jeddah- KUL.

Alhamdulillah, hotel selesa, menu makan selera Asia, Hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi dan Masjid Al Haram, pengangkutan bas semasa di ground sangat baik dan Mutawif pun sangat beri kerjasama. Kredit kepada Wira Saujana Travel & Tours.


Keluar pintu 333 Masjid Nabawi, jalan terus, boleh jumpa tempat OOTD ni

Hotel Qasr Al Janadriyyah- tempat menginap di Makkah semasa haji 2016. Hotel ini ditutup. Mungkin buka semasa musim haji sahaja

Keluar pintu 333 Masjid Nawabi, jalan terus, jumpa kedai ni


Tempat Miqat di Qarnul Manazil- Biasanya dari Malaysia Pilot akan buat pengumuman di pesawat menghampiri Qarnul Manazil. Jemaah perlu berniat umrah atau haji

Perkuburan Maala'. Tempat maqam Saidatina Khajidah dan anak lelaki nabi SAW

Bukit Uhud

Selesai Umrah pertama

Umrah kedua











YB Dr Akmal turut sama menghantar 


Sunday, July 24, 2022

Istanbul... aku datang lagi - Solat di Hagia Sofia

                                  Turkiye 24 Jun- 3 Julai 2022- Dihadapan Hagia Sophia

Istanbul.. aku datang lagi.
Nabi SAW bersabda ketika menggali parit semasa perang Khandaq "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya juga sebaik-baik tentera" - Imam Ahmad.
Istanbul juga tempatnya makam sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub Al Ansari. Ketika Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Abu Ayyub telah menumpangkan rumahnya selama +-7 bulan kepada Nabi SAW. Abu Ayyub pergi ke Istanbul (Konstantinopel) bagi menyahut kempen jihad ketika zaman Khalifah Muawiyah. Walaupun dinasihatkan tidak turut serta, beliau tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam jihad walaupun usia ketika itu sudah lebih 80 tahun. Dalam pertempuran tersebut, beliau mengalami kecederaan dan berwasiat supaya jasadnya di kebumikan di luar tembok Konstantinople.
Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata:
"Aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang yang memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah disabdakan oleh baginda SAW..."
Setelah lebih 800 tahun sabda Nabi SAW, pada 29 Mei 1453, Konstantinopel dapat ditawan oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Beliau kemudiannya menukar nama Konstantinopel kepada Islambol. Selepas penaklukan, dikatakan Hagia Sophia dibeli secara peribadi oleh Al Fateh dan di wakafkan untuk di jadikan masjid.
Alhamdulillah, lawatan kali ini aku dapat solat di dalam Hagia Sophia, dimana 2 kali aku ke Istanbul sebelum ini status Hagia Sophia ialah masih sebagai Muzium. Tiada apa2 kelebihan solat di Hagia Sophia berbanding Masjid Al Haram, Masjid Nabi dan Al Aqsa, namun bagi yang mengetahui sejarah Hagia Sophia pasti timbul perasan teruja untuk solat didalamnya sekurangnya solat Tahiyatul Masjid. Inilah Masjid yang telah dibuka oleh sebaik-baik Raja dan sebaik tentera seperti yang di sabdakan oleh Nabi SAW.
Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M, iaitu 34 tahun sebelum kelahiran nabi SAW pada (Nabi SAW lahir pd 571M). Asalnya, Hagia Sophia merupakan Gereja Kristian Ortodoks oleh dibina Kerajaan Byzantine dan ditukar kepada masjid apabila Sultan Al Fateh selepas berjaya menawan Istanbul pada 1453M. Apabila kejatuhan Uthmaniyyah pada tahun 1923, Mustafa Kamal Attaturk menukar kepada Muzium. Pada Julai 2020, selepas 86 tahun menjadi Muzium, Mahkamah Tinggi Turki memutuskan bangunan ikonik itu akan dibuka semula menjadi sebuah masjid. Agak panjang sejarah bangunan ini.
Sultan Muhammad Al Fateh Selepas Constantinopel ditawan, semasa solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya di Hagia Sophia, timbul pertanyaan siapakah yang paling layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
"Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!"
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara tenteranya pernah meninggalkan solat fardhu.
Al Fateh bertanya lagi,
“Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.
Al Fateh bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke hari ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah Raja yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w 800 tahun sebelum penaklukan Constantinople (Istanbul) sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera.




                                            Sebelum Solat Asar di Hagia Sophia