Sunday, February 16, 2014

Tunjuk Laut, Tanjung Leman, Mersing

Pantai Tunjuk Laut, Tanjung Leman...landai, bersih dan deruan ombak yang damai.
Januari 2014- Kali ini aku memilih percutian awal tahun. Bulan Disember penuh dengan aktviti kerja dan resort pun banyak yang penuh perlu book cepat. Aku book Felda Resident Tg Leman via agoda.com kerana mahu menebus mata ganjaran yg aku perolehi dari booking hotel lain sebelum ini. Dapatlah harga yang berbaloi untuk sebuah resort yang cantik. Resort ini kira-kira 120km dari JB dan 70 Km dari Mersing. Lebih tepat lagi terletak di gugusan Felda Tenggaroh. Ambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai disini dari JB.


Angin yang kuat pada bulan Januari...begitu menyegarkan dan nyaman.
Bulan Disember hingga Januari tiupan angin memang agak kuat dan ombak juga agak ganas... memang enjoy mendengar deruan ombak di Laut Cina Selatan berbanding ombak yang lemah di lautan selat Melaka. Bagi penggemar sukan layar, terdapat pusat latihan kapal layar yang dimiliki oleh Felda tidak jauh dari resort.
Ada KFC di terminal feri Tunjuk Laut. 2 KM dari resort
KFC yang mengadap laut.
Tak jauh dari resort ada terminal feri ke Pulau Sibu, sebuah pulau persendirian yg dimiliki oleh Johor Corporation. Patutlah ada KFC di kawasan yg terpencil. Syok juga makan KFC di tepi laut. Biasanya KFC di tengah bandar atau dalam shopping complex...

Kolam renang yang besar untuk tetamu hotel
Tiada apa-apa yang boleh dibuat ketika waktu malam... gelap gelita disekeliling. Dalam 3km dari resort ada perkampungan Felda Tenggaroh Timur yang mempunyai kedai makan, masjid dan sekolah. Bolehlah aku membeli makanan di restoren tu.

Pandangan di hadapan resort
Bagi aku resort sesuai untuk mereka yang inginkan kesunyian dan kedamaian dari hiruk pikuk kota. Kalau ada korporat nak buat gathering, team building atau aktiviti hari keluarga memang sesuai sangat kerana mereka mempunyi bilik seminar yang besar dan pantai yang luas untuk aktiviti sukaneka dan aktiviti sukan pantai. Kalau berminat jungle treking dan snorkling  pun disediakan oleh resort.

ada couple menunggang motor pantai
Berbanggalah juga aku dari sebuah organisasi yang dulunya bermula dengan menanam kelapa sawit di kawasan tanah terbiar, kini FELDA adalah sebuah syarikat bertaraf global dan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia dan salah satu pemilik ladang sawit terbesar didunia. Tahniah Felda..kerana melabur dibidang hospitaliti dan dapatlah aku menginap di salah sebuah resort kepunyaan mereka!

Sekian.

Signage ke Sibu Island tidak jauh dari Hotel

Kalau nak ke Tg Leman, ikut arah Felda Tenggaroh

Awas... ada Gajah Afrika melintas jalan otw ke Tenggaroh

Anak-anak mencari umang-umang yang masih hidup

Pantai yang landai

Kolam renang dan lanskap yang menarik

Thursday, February 6, 2014

Jakarta Darul Macet

Kesesakan luar biasa ( Macet) di jalan raya menyebabkan pemerintah membuat peraturan tiap kenderaan mestilah mempunyai 3 penumpang atau lebih untuk melewati jalan ini. Cermin kenderaan harus dibuka supaya boleh dilihat oleh Polisi.

Januari 2014 - Sekali lagi berpeluang ke Kota Jakarta. rasanya ini kali ke 4 akau menjejaki kaki di kota metropolitan yang mempunyai penduduk sekitar 10.5 juta orang. Jika dicampur daerah sekitar Jakarta yang di kenali sebagai JABODETABEK (singkatan bagi Jakarta, Bogor, Depok, Tanggerang dan Bekasi) jumlah penduduknya sekitar 28 juta orang (661km  square) . Jumlah ini meletakkan Jakarta sebagai kota kedua paling ramai penduduk di dunia. Bayangkan....28 juta orang di Jakarta  ini menyamai penduduk seluruh  Malaysia!!!

Apa sahaja boleh di buat bisnes di Jakarta. Di waktu pagi dan petang terdapat ramai 'penumpang' yang harus dibayar oleh pemandu jika ingin melalui jalan yg perlu ada 3 penumpang. Satu suasana yang menarik dan kadang kala boleh mendatangkan keinsafan. Mereka melambai-lambai untuk menaiki kenderaan dan  dapat wang jika menumpang kenderaan tersebut. Motorsikal tidak boleh melalui jalan ini... apapun peraturan yg dibuat oleh pemerintah, jalan ini tetap MACET!

Pasar Tanah Abang Blok B
Kali ini aku memilih hotel yang berhampiran dengan Pasar Tanah Abang, sebuah pusat borong baju yang begitu popular di Jakarta. Memang murah baju-baju disini dan bilangan kedai tersangatlah banyaknya sehinggakan kalau membeli belah disini boleh tersesat atau tidak akan jumpa semula kedai yang telah di shortlist semasa mula-mula sampai.

Misalannya, harga  baju di Tanah Abang Rp100,000 (RM28) maka harga di Malaysia akan menjadi antara RM80-RM100. Itu yang aku perasan kerana aku dah 4 kali ke Tanah Abang. Dan apa yang menariknya, mereka boleh mengenali wajah orang Malaysia walaupun belum ada percakapan antara pembeli-penjual. Mungkin fesyen baju dan gaya kita berbeda dengan mereka.


Keadaan Jalan di Depan Hotel. Laluan pejalan kaki dipenuhi dengan lubang, sampah dan 
satu lorong jalan di kuasai  oleh Angkutan Kota (Angkot)
Kalau dilihat dari kemudahan infrastruktur jalanraya dan sistem pengangkutan awam, memang jauh berbeza dengan KL. Van Angkot (Angkutan Kota) amat banyak dan mereka boleh memberhentikan van mereka di tengah jalan tanpa menghiraukan kenderaan dibelakang. Tambang yang dikenakan murah iaitu Rp4000 atau RM1.10 untuk satu trip. Keadaan ini seperti KL yang mempunyai bas mini satu ketika dulu.  Kalau dibuat kajian Trafik, mungkin inilah satu satu penyebab kenapa jalanraya Jakarta sentiasa jam

Surau di Jakarta Convention Centre (JCC)- Lelaki dan perempuan bercampuran
Tidak banyak tempat menarik yang aku sempat pergi. Tugasan di Jakarta memerlukan aku berada di JCC hingga jam 7 malam. Namun apa yang bagusnya, Tanah Abang mula dibuka seawal jam 7.30 pagi dan bolehlah aku window shopping kedai-kedai menjual pakaian yang pelbagai fesyen dan harganya 3-4 kali lebih murah dari Malaysia. Fesyen muslimahnnya ada kepelbagaian dan cantik-cantik.
Mereka menggunakan Balai Sidang, sebaliknya negara kita alih bahasa ke Konvensyen
Kalau di KL pusat Konvensyen yang terkenal  ialah di KLCC &  PWTC atau di MINES Seri Kembangan. Di Jakarta dikenali sebagai Balai Sidang atau JCC lokasi bersebelahan dengan Stadium Gelora Bung Karno. Nasib baik tak ada game semasa berlangsungnya Pameran, kalau tidak entah bagaimana aku nak sampai ke JCC.

Trafik jam yang teruk membuatkan akau memilih menaiki Ojek atau teksi motorsikal untuk di JCC. Tambangnya sama sahaja dengan teksi Bluebird tapi kerana nak cepat aku memilih kaedah yang berisiko asalkan sampai cepat. Ojek tidak boleh masuk ke tempat pakir JCC, jadi aku diturunkan jauh sedikit...namun apa yang peliknya di Jakarta, Teksi perlu membayar pakir walaupun hanya untuk menghantar penumpang. Aku dikenakan charge Rp5000 jika mahu taksi hantar sampai ke depan pintu JCC.

Diluar JCC kedai makannya seperti di kawasan Kampung Baru KL. Hanya beberapa gerai buruk menyediakan makanan local. Di KLCC mana ada ada gerai makan macam ini?

Lagi satu tips, pilihlah taksi Bluebird atau Pusaka (warna biru metalik). Hanya inilah syarikat teksi yang boleh dipercayai...yang lain-lain semua tidak mahu gunakan meter dan cekik darah. Bluebird lebih baik servisnya berbanding teksi KL. Pengalaman aku kalau didepan KLCC tiada satupun teksi yg nak guna meter untuk kawasan sekitar KL. Teksi KL memang lebih teruk dari tandas awam!

Plaza Tol Cengkareng (CGK) menuju Airport

Shopping Mall disini besar-besar juga seperti Plaza Indonesia, Senayan City, Ciputra Mall dan Mall di Mangga Dua. Mall ini setaraf KLCC atau Mid Valley yang mana biasanya hanya mampu melihat barang sahaja. Semasa aku berada di Jakarta, diberitakan Jalan ke Mangga Dua banjir dan kesesakan teruk. Jadi aku memang tidak kesana. Cukuplah shopping di Tanah Abang.


Bajaj di Jakarta. Mungkin ini salah satu punca Macet
Siaran televisyen di Jakarta memang banyak. Siaran yang gratis (percuma) dah melebihi 20 channel. Pemilik channel TV kadangkala dari kalangan ahli politik. Hotel yang aku menetap walaupun status 2 bintang, namun channel TV hampir 30. EPL kadang kala free aje. Tak perlulah melanggan ASTRO. Persaingan antara siaran TV memang hebat disini. Masing-masing cuba mensensasikan berita mereka dan tidak hairanlah jika mereka sering 'mencipta' berita bagi menaikkan rating penonton

Walaupun banyak channel, hanya Upin Ipin, Boboiboy dan Siti Nurhaliza sahaja yg ngetop di Indonesia berbanding penyanyi Indonesia yang ramai boleh diterima di negara kita... termasuklah Tegar.


Depan Pasar tanah Abang Blok G. Aku tak sempat masuk blok ini.
Apapun, jika aku diberi pilihan untuk ke Jakarta, ini adalah pilihan yang terakhir. Memang seronok melihat negara orang, namun keadaan dan suasana kotanya membuatkan aku rasa kurang selesa. Kalau untuk bisnes mungkin ini adalah tempatnya, tapi kalau untuk berlibur, elakkan pergi ke kota yang kedua teramai didunia.

Sekian.
Aku patut mencuba menaiki keretapi mereka... tapi kurang 
maklumat mengenai peta laluannya

Jam 7.30 dah mula berniaga dan meriah di sekeliling Tanah Abang

Meriah dan Murah... kalau perempuan Malaysia datang sini, 
pasti  akan bawa balik 3 guni besar baju