Friday, June 21, 2013

Makassar, Sulawesi Selatan

Phinisi- Kapal layar tradisional yang menjadi ikon bagi Kota Makassar
November 2012- Ini merupakan kai kedua aku menjejaki kaki di Bumi Makassar. Sebuah tempat yang bukanlah asing bagi kita rakyat Malaysia kerana ini tempat asal usul etnik Bugis yang kini mempunyai ramai warisnya di Tanah Melayu. Malahan, kalau mengikut susur galur kesultanan Johor dan Selangor, Sultan sekarang ini  mempunyai darah dari keturunan Bugis. Tambahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan keturunan dari Bugis kerana datuk di sebelah ibunya berasal dari Makassar.

Gambar di ambil di salah sebuah jeti di tengah kota. anak2 ke sekolah
Kota Makassar atau nama lama Ujung Pandang terletak dipersisiran laut. Terdapat perlabuhan di Kota ini dan juga Pantai Losari merupakan salah sebuah lokasi untuk bersantai-santai di Kota ini dan juga spot yang cantik untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Matahari terbenam di Pantai Losari
 Ini adalah suasana biasa di kala sore..ramai penjaja menjual pisang epe iaitu sejenis makanan khusus Makassar. Pisang ini dibakar dan dicicah denga air gula merah perasa durian.. aku dah cuba beberapa kali sambil minum air alpokat di persisiran pantai ini sambil melihat matahari terbenam...wah, enak sunggh! Menikmati makanan orang tempatan adalah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan apabila kita berada di tempat mereka.

Penjaja Pisang Epe sedang membakar diatas arang
Disini tak banyak pisang goreng, sepanjang 4 hari berada di sini langsung tak jumpa pisang goreng... tapi peniaga pisang epe ( pisang nipah yg dibakar) cukup ramai. Lebih dari 20 penjaja yang menjual pisang epe di sepanjang pantai Losari setiap petang dan semuanya survive dan boleh pulang malam dengan  pulangan yang berbaloi.

Di Pantai Losari
Dipantai ini tidaklah secantik seperti mana yang digambarkan... banyak sampah ada di lautan dan pantai juga berminyak dari sisa-sisa kapal yang berlabuh di perlabuhan berdekatan... namun sepanjang 4 hari aku di sini, setiap petang ada sahaja anak-anak yang mandi laut bersama-sama sampah sarap yg ada di lautan

Bukti mereka boleh mandi bersama sampah... Bangunan kuning dibelakang itu hotel ku
Sebagai salah sebuah tempar bersantai, keadaaan sampah sarap yang banyak sudah tentu akan membuatkan kita akan merasa agak kurang selesa... tapi dimana-mana tempat di Indonesia yang pernah aku jejaki, tahap kebersihan mereka masih lagi di tahap yang rendah. Sampah berada dimana-mana dabn tiada siapa pun ambil peduli sampah yang terbiar ini.

Melihat matahati terbenam dari hotel
Sepanjang 4 hari di Makassar, selama itulah aku akan mempastikan tiap kali hampiri jam 6, akau akan tercegat di tepian pantai untuk melihat matahati tenggelam.. alhamdulillah, cuaca amat baik sekali dan tiada awan apabila waktu hampir maghrib. Yang menyeronokkan, tenggelam aja matahari di dasar lautan, Azan maghrib terus berkumandang... selama 3 hari begitulah jadualnya, azan maghrib akan berkumandang apabila matahari tenggelam sepenuhnya dari lautan!

Muzium Gowa- kerajaan yang kuat satu ketika dulu

Baru aku tahu satu ketika dulu, Kerajaan Gowa merupakan satu kerajaan yang besar dan kawasan jajahannya meliputi Sulawesi, Papua, sebahagian Sabah, Mindanou sehingga ke Utara Australia. Antara rajanya yang termashyur ialah Sultan Hasanuddin. Namanya di semadikan di sebuah Universitas Negeri dan Airport Makassar.

Jalan Tun Abdul Razak
Rata-rata orang Makassar mengetahui bahawa ibu kepada PM ke 2 iaitu Tun Abdul Razak adalah berasal dari Makassar... memang benar! dan sekarang apabila DS Najib memegang tampuk pemerintahan negara.. mereka amat bangga dengan pencapaian anak watan usul dari Makassar! Malahan, di Muzium Gowa, terpampang gambar DS Najib di galeri mereka.

Umumnya, Makassar boleh dilawati dalam masa 2 hari sahaja. Tidak banyak tempat pelancongan yang menarik ada di sini.. namun sebagai kota yang penghuninya sekitar 1.4 juta orang, tapi mempunyai hampir 20 Universiti ( 3 universiti awam)  adalah sesuatu yang amat menarik!

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 20, 2013

Manado, Sulawesi Utara

Ditengah Kota Manado- Macet & banyak Angkot
March 2011- Kali ini dihantar oleh tempat aku mencari rezeki kesebuah daerah di Indonesia- Manado. Daerah ini merupakan ibukota Sulawesi Utara dan motto kota ini ialah "Manusia Hidup untuk Menghidupkan Orang Lain". Satu ketika dulu Air Asia mempunyai penerbangan terus ke Manado tetapi telah ditamatkan setelah beberapa bulan dilancarkan.  Aku menaiki penerbangan dari Changi- Manado dengan Silk Air dan ambil masa 3.5 jam untuk sampai ke Manado.

Di Airport- Sitou Timou Tumou Tou: Bahasa Minahasa
Tulisan Sitou Timuo Tumou Tou adalah motto ibu kota Manado. Antara tokoh yang terkenal ialah Dr Sam Ratulangi.. Nama tokoh ini banyak diabadikan pada nama Jalan, nama Universiti dan pelbagai monumen yang mengambil nama beliau.

Suasana di Pasar Manado
Makan Malam di restoran Seafood
Majoriti penduduk Manado adalah beragama Kristian dan kita dapat mengenali rupa muka mereka mudah kerana seakan-akan muka orang Filifina yang berkulit putih dan bentuk mata yang agak sedikit lain dari bangsa nusantara lain. Makanan seafood amat murah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Menurut Pegawai Kedutaan Malaysia, harganya 3 kali lebih murah jika makan di KL! Makan  malam itu kami di belanja oleh beliau... Terima kasih Pn Yahurin!

Cenderahati khusus Manado
Seperti tempat lain di Indonesia, tiap daerah akan ada makanan khas mereka sendiri kerana sebagai sebuah negara yang besar dan mempunyai pelbagai etnik, sudah tentu mereka akan cuba untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat lain contohnya nasi padang ( berasal dari Padang), Tauhu Semedang ( dari Semedang), Coto Makassar dari Makassar, Nasi Penyet - Jawa Timur, Bakpia dari Semarang dan macam-macam lagi....

Butik ATM..terlalu banyak Bank di Indonesia
Salah satu keunikkan Indonesia, tiap daerah akan mempunyai bank mereka sendiri... contohnya jika di Manado mereka akan punyai bank SULUT ( Sulawesi Utara), bank SULSEL ( Sulawesi Selatan), Bank JATIM di Jawa Timur, Bank JATENG di Jawa Tengah, Bank Riau di Pekanbaru, Bank Sumatera Utara di Medan dan pelbagai lagi... Bank besar lain seperti BNI, BRI, BCA, CIMB Niaga, BII-Maybank, Mandiri, Bukopin dan macam-macam lagi... Di negara ku tiada lagi Bank negeri seperti Sabah bank satu ketika dulu...

Sepintas lalu, kota Manado kalau nak dibandingkan dengan Johor Bahru masih jauh lagi ketinggalan (mungkin 20-25 tahun) untuk menyamai JB sekarang ini. Jalan raya masih sempit, lampu jalan tiada diwaktu malam dan peraturan jalanraya masih lagi ditangan Pak Supir! Pakir mana-mana pun boleh pak. Kalau dilihat peta dari Manado ke Makassar macam dekat, tapi ambil masa selama 3 HARI  perjalanan darat!!!

Sekian.


Semarang, Jawa Tengah

Februari 2013- Nama Semarang tidak asing lagi dalam pengetahuanku. Ini kerana pembantu rumah ku yang pertama berasal dari Semarang sebuah kota yang terletak diutara Jawa Tengah. Menurut penduduk Semarang, kota ini berada dalam kedudukan ke 5 terbesar di Indoonesia selepas Jakarta, Surabaya, Makassar, Medan dan Semarang di kedudukan ke 5. Ada yg menyatakan kota ini di kedudukan ke 6 selepas Yogjakarta.

Masjid Agung Jawa Tengah- mempunyai payung gergasi seperti di Masjid Nabawi, Madinah
Sampai di Semarang jam 10.30 pagi dan aku terus ke Hotel Ibis yang terletak di tengah-tengah kota di Simpang Lima. Nasib baik mereka bagi check ini kerana bilik telah siap dan aku terus meletakkan beg di bilik dan ke Pasar Johar

Pasar Johar- Konsep seperti Pasar Payang di K.T'ganu, tapi agak kotor, panas dan tidak teratur
Pasar ini banyak menjual pakaian, telekung, batik Indonesia dan barang keperluan rumah yang lain seperti kerpet, tikar dan pakaian wanita. Disebelah belakangnya pula ada pasar ikan, sayuran dan buah-buahan. Banyak pilihan pakaian dan boleh tawar-menawar. banyak pilihan tapi aku rasa agak kurang selesa diPasar ini...mungkin kerana keadaan cuaca yang panas kan sekeliling yang kotor dengan sampah.

Kalau di Penang ada USM, di Semarang pun ada USM... ini adalah Universitas Swasta
Salah satu Universiti swasta yang ada di Semarang ialah Universitas Semarang (USM). Universiti dimiliki oleh yayasan Alumni Universitas Diponegoro (UNDIP)- salah sebuah universiti negeri yang terkenal di Indonesia. Agak janggal di negara kita dimana Alumni di negara ini boleh menubuhkan Universiti lain, yang sepatutnya Alumni ini membantu universiti mereka untuk melahirkan insan yang lebih baik dan menyediakan fasiliti pembelajaran kepada universiti lamanya.

Bersama anak-anak Semarang... waduh! manis-manis orangnya he..he..

Lawang Sewu (Seribu pintu). Sebuah bangunan peninggalan Belanda yang mempunyai banyak pintu
hingga di gelar masyarakat tempatan sebagai Lawang Sewu
Masjid Agung dari Minaret. Angin sangat kuat dan boleh ligat sebahagian Semarang dari menara yg mempungi ketinggian 100 meter

Monday, June 17, 2013

Tanjung Sutera Resort - Permata yang tersembunyi di Sedili

Permandangan dari swimming pool  dibelakangai Laut China Selatan.. Rileks brother!

June 2013 -Pertama kali menjejaki ke Sedili, walaupun telah menetap di Johor Bahru lebih dari 10 tahun. Sungguh tak sangka pulak ada resort yang cantik menghadap Laut China Selatan. Inilah Tanjung Sutera Resort. Menurut pemiliknya, sebelum ada jambatan merentangani Sungai Sedili Besar, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Tanjung Sedili  untuk ke resort ini. Rekabentuk ala-ala Bali mengenangkan kembali percutian ku bersama isteri 3 tahun lalu.


Signage di pintu masuk.. simple and neat

Pengunjung perlu melalui jalan yg sempit dalam Ladang Sawit sepanjang 3-4 km untuk sampai ke resort ini... macam tak percaya pulak zaman ini ada lagi jalan macam ni untuk ke satu perkampungan yg ramai penduduk... tapi sejarahnya sebelum ada jambatan, penduduk hanya menaiki bot tambang (seperti di Seberang Takir Terengganu) untuk berulang alik dari Tanjung Sedili dan Sedili besar.


Pantainya berbatu.. boleh buat collection bagi peminat batu pantai
Resort yang mempunyai pandangan laut yg cantik kerana kedudukannya ketinggian 40 meter dari aras laut, tapi sayangnya tidak boleh mandi kerana pantainya berbatu-batu dihampir keseluruhan kawasan.. namun dalam lingkungan 2 km dari resort terdapat pantai berpasir iaitu Pantai Temalah yang membolehkan pengunjung mandi laut...tapi awas ombak yang tidak menentu. Inilah satu-satunya resort yang cantik terdapat di Pantai Sedili. Restorannya pun menyediakan makanan citarasa Melayu yang rasanya sedap.

Pantai Temalah... 1-2 km dari resort
Kira-kira 3 minit perjalanan kereta, terdapat pantai Temalah tidak jauh dari resort.. namun tiada signboard khas untuk ke pantai ini dan mungkin terletak di kawasan tanah persendirian Cuma ada chalet 5 pintu dan tidak ramai pengunjung kerana kedudukan yang tersorok dari laluan awam dan pengunjung perlu membayar RM3 untuk parking... mungkin tempat parking ini adalah tanah persendirian.


Permandangan kolam renang dan rekabentuk ala-ala Bali
Kolam mandi ini paling cetek sedalam 3 kaki.. jadi hanya 2 orang anak aku sahaja yang berani mandi manakala Aina tidak berani memasuki ke kolam kerana kedalaman kolam adalah separas dengan hidungnya. Teringat aku, ada seorang pengunjung wanita hampir lemas kerana paras yang paling dalam ialah 7 kaki dan wanita  ini tergelincir ke kawasan tersebut...nasib baik ada pengunjung lain yang terperasan dan cepat-cepat selamatkan wanita ini.



Resort Hill & Sea view...No 23. Cantik hiasan interior dan exterior

Ada beberapa unit resort yang rekabentuknya ala-ala Bali dan dindingnya di buat dari anyaman buluh. Sudah tentulah ini akan memberikan kelainan kepada penghuni. malahan ada beberapa bilik yang semua perabotnya, termasuk katil dibuat dari buluh.  Cuma satu sahaja kekurangan pada resort ini.. kebanyakkan bilik tiada TV.. aku pun tak pasti apa alasan pemilik resort tidak meletakkan TV di tiap biliknya.. mungkin pemilik megharapkan tiap pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan alam ciptaan Allah yang ada di Sedili

Dihadapan salah satu Resort yang unik reka bentuknya
Pandangan dari Deck View

Melihat keindahan ciptaan Allah selepas Subuh...

Selepas subuh, aku terus menuju ke pantai untuk mengambil gambar matahari terbit... sayangnya awan agak tebal dan membantutkan usaha ini. Dikala senja, tidak nampak matahari tenggelam kerana kedudukan laut ini di sebelah timur.
Diffrent angle... View swimming pool dan open restoran
Model kasut Nike... pantainya berbatu-batu

View selepas Subuh...nak hampiri waktu Syuruk

Terdapat wakaf yang tinggi dihadapan kolam... membolehkan
 pengunjung melihat permandangan dengan lebih jauh

Melayani anak-anak mandi kolam... paling cetek 3 kaki..
kalau ada anak 5 tahun kebawah, kena ukur ketinggian dulu


Kampung Singapura  antara Sedili- Kota Tinggi. Ketua Kampung yang 
pertama bernama Pak Lee Kuan Yew ha..haa

Dalam perjalanan balik ke JB aku ternampak papan tanda Kg. Singapura.  Ikut sejarahnya, sekitar tahun 60-an, ramai warga Singapura membeli tanah di kampung ini apabila melewati usia persaraan.Jadi, inilah asal usul nama Kampung Singapura. Di Tanjung Sedili pula ( 4-5 km dari Sedili besar) terdapat beberapa gerai yang menjual keropok lekor...dan ini memang makanan kegemaran isteriku! Tidak perlu ke Pantai Timur untuk mencari Keropok Lekor..rasanya hampir sama aja. 

Aku berhasrat akan kembali lagi ke tempat ini. Sedili hanya ambil masa 1.5 jam sahaja dari JB

Wednesday, June 5, 2013

Mana Lembu? Kijang? Tapir? Panda....




ONLY IN MALAYSIA...
Tanda amaran ada lembu melintasi PLUS di Malaysia.
Mana ada lembu Malaysia gemuk macam signage tu?


PAPAN TANDA LEMBU  DI LEBUHRAYA PLUS

Kalau memandu di PLUS dari KL-JB, hampir tiap 30 km  akan ada signage "Hati-Hati Lembu". Malahan di sesetengah lokasi, tiap 5km aku boleh lihat signage lembu ni... TAPI MANA LEMBU?

Ironinya, disebuah negara yang paling banyak lembu iaitu Australia dan NZ (24 juta lembu dan 68 juta kambing: statistik) yang mana jumlah ternakannya hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia, tiada pula signage lembu ditepi jalan walaupun kiri dan kanan jalan terdapat kandang lembu. Lembu di Oz dan NZ ni mungkin telah diajar supaya tidak melintas jalanraya kot?  Adakah pemilik lembu di Malaysia tidak mengamalkan standard penternakan ataupun lembu di Malaysia sesuai diternak di Kondo?


Papan tanda berhati-hati kangaroo melintas di kebanyakan jalan di Australia.
Signage lembu atau kambing tak ada pula

Ada ke tapir melintas jalan? kat zoo mungkin ada 
Banyak betul tapir di hutan malaysia.. Kalau ada panda bagus juga

Gambar ini aku ambil dari sebuah daerah yang dimenangi oleh Timbalan Perdana Menteri...kiri dan kanan hanyalah ladang sawit dan rumah kampung... betul ke ada tapir di kampung ini? signage ini betul-betul buat aku keliru...

wow... ada kijang melintas jalan? boleh buat satay
Ini lagi satu signage pelik yg aku jumpa di tepi jalan..haiwan yang banyak ditepi jalan biasanya anjing liar, kucing, monyet dan kambing... tak pernah seumur hidup aku ternampak kijang atau rusa di tepi jalan. Tapi kalau van Perodua Rusa banyaklah.

Awas... ada gajah melintas. Safari free

Ini mungkin ada...walaupun jumlahnya x banyak
Ni pulak Gambar Gajah Afrika...


Gajah melintas jalan kerap kali kita terbaca di akhbar... mungkin hutan semakin mengecil menyebabkan mereka ingin berpindah atau mencari makanan di tempat yg sesuai. Setakat ini belum lagi aku terjumpa gajah tepi jalan. tapi kalau monyet, memang banyak betul

KANGAROO BAR

Kangaroo bar pada Kancil, Kelisa & Kenari. Patut pasang "Lembu Bar"!

Lagi satu yang peliknya orang Malaya ni, mereka pasang kangaroo bar pada kenderaan mereka... Memang kelakar sungguh! Patut kat Malaysia tukau nama bar tu pada 'Cow Bar' atau 'Bull Bar', barulah sesuai dengan keadaan negara kita.  Atau  mungkin mereka memasang kangaroo bar nak elakkan dari Mat Rempit langgar kereta mereka? Jadi namakan 'Rempit Bar'


Lain-lain Gambar
Seronok juga memandu di Melbourne.. macam-macam haiwan ada atas jalan..
Signage ini di Johor.. 
Antara Labis-Yong Peng. 


Macam2 signage haiwan ada di Melbourne.. tak nampak pula signage lembu atau biri2


Kambing ada...lembu pun ada