Monday, August 19, 2013

Syawal 1434: Raya, Kahwin, Merdeka

Perkahwinan adik ipar pada 4 Syawal 1434 , 11 Ogos 2013 di Segamat
Lagi seorang anakku sedang tidur & tiada di gambar

Ogos 2013- Syawal yang paling happening tahun ini...Perkahwinan 2 orang adik (adik ipar dan adik sendiri) hanya selang seminggu dan semuanya seminggu lepas raya! Alhamdulillah, majlis di Segamat segalanya berjalan lancar, cuma agak kepenatan sedikit kerana majlis dibuat secara gotong-royong, namun volunteer agak kurang  mungkin kerana masing-masing masih lagi sibuk merayakan Aidilfitri.

Selain dari perkahwinan 2 orang adikku..aku juga berkahwin bulan Syawal:
Berikut adalah rentetan peristiwa bulan Syawal:
9 Syawal 1422H ( 25 Disember 2001) - Aku kahwin di Segamat
4 Syawal 1434 H (11 Ogos 2013)- Adik Ipar (perempuan) Kahwin di Segamat vs orang Kota Tinggi
10 Syawal 1434 H (17 Ogos 2013)- Khairul Nazhi kahwin di Keningau, Sabah


MAJLIS DI KENINGAU, SABAH ( ala-ala perkahwinan selebriti)
17 Ogos 2013
Tahniah kepada Khairul Nazhi & Martini

Perkahwinan di Keningau ada sedikit keunikan dari kebanyakan majlis Perkahwinan yang pernah aku hadiri. Unik sekali, bah!

Perjalanan ke Keningau mengambil masa hampir 3 jam walaupun jarak perjalanan hanya 130 km dari Kota Kinabalu. Keadaan jalanraya  baik dan tidak banyak kenderaan diatas jalan, namun kami perlu menerobos Banjaran Crocker dengan jalan yang berliku-liku dan kecerunan bukit yang tinggi untuk sampai ke Keningau. Permandangan banjaran cantik dan suhu yang nyaman semasa perjalanan membuatkan 3 jam terasa amat cepat sekali, cuma aku yang  memandu terasa sedikit keletihan. Hampir 20 orang  (14+ 6 keluarga kak Ujie) orang rombongan dari Semenanjung datang meraikan majlis ini.

Majlis bermula pada sebelah petang dengan dimulakan majlis akad nikah dan tetamu diraikan dengan jamuan ringan/ nasi oleh tuan rumah. Dengan sekali lafaz, sahlah Nazhi menjadi suami kepada Martini dan diringan dengan kesyukuran oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin perempuan semuanya berbaju pink dan disebelah lelaki kebanyakkan memakaian pakaian kebangsaan berwarna Ungu.

Majlis keraian dan persandingan yang sebenarnya adalah disebelah malam... hanya 4 meja disediakan dan meja itu adalah untuk kami sebagai tetamu khas! Tamu yang lain hanya makan diatas kerusi tanpa meja.

Antara perkara yang unik semasa majlis ini:
1. Tetamu yang membawa hadiah kepada pengantin perlu memberikan kepada mempelai di atas pelamin.
2. Hanya tetamu dari pihak lelaki sahaja yang disediakan meja makan, tamu lain hanya makan diatas kerusi
3. Kerusi tetamu disusun menghadap pelamin
4. Ada 3 kumpulan tarian di membuat persembahan semasa majlis persandingan... Dan mereka yang membuat tarian ini siap dengan pakaian kostum tradisional! Aku merasakan seperti berada di majlis perkahwinan di raja pulak...
5. Ada emcee yang pandai bercakap & berceloteh  membuatkan majlis tidak bosan
6. Pengantin, tamu dan kami dari semenanjung juga di undang ke pentas pelamin untuk menari bersama... huhuhuuuu... aku tak pandai menari, bah!
7. Penduduk Kg Limbawan, Keningau, walaupun sudah masuk status warga emas, akan menari beramai-ramai dihadapan pengantin dan rentak tarian dan lengkuk tarian mereka amat baik malahan, ada juga yang menari di bawah rumah! Sesuatu yang unik, mereka semua boleh menari dalam rentak yang sama walaupun tiada reheasal atau latihan diadakan! Mereka sepakat, seiya dan sekata!
Tarian tersebut merupakan tarian masyarakat Sabah yang biasa kita lihat di televisyen.

8. Karaoke hingga tengah malam..di Semenanjung pun karok jugak bah!

Akhir kata, aku terdengar kata-kata dari ayah pengantin perempuan yang memohon maaf kalau-kalau ada kekurangan pada majlis ini. Berkata dalam hatiku, tiada apa-apa yang terkurang bah, malahan inilah majlis yang meriah dan akan terus aku ingati. Mungkin di Semenanjung upacara tarian seperti ini semakin berkurangan mungkin kerana sensitiviti masyarakat selain faktor agama.

Bandar Keningau (lebih kurang sebesar Kota Tinggi)..akan terus aku ingati & permandangan Banjaran Crocker terus menggamit memori. Mereka telah meletakkan satu standard yang tinggi penganjuran majlis perkahwinan di Keningau untuk pihak kami pula akan menerima mereka di majlis  resepsi pada 30 November 2013 nanti di Merlimau... Ada surprise? Kita nantikan....

Gambar untuk tatapan..

Penari sedang membuat tarian etnik Semporna & 1 Malaysia
Cantik bah!


Lengkap dengan costume..tarian mereka juga senada

Persandingan disaksikan oleh hadirin yg hadir

Anak buah tidak melepaskan peluang bergambar bersama penari


Tarian Igal-Igal yg berasal dari Semporna
Penari dapat duit yg dikepit ke jari mereka
Semi Professional... lengkuk tanganya lembut

Pengantin pun di paksa untuk menari bersama tetamu
OTW balik.. di puncak banjaran Crocker..udara nyaman 18 celcius


No comments:

Post a Comment