Thursday, December 8, 2016

Travelog Haji 1: Katakanlah Alhamdulillah

Travelog Haji 1: Katakanlah Alhamdulillah (Haji 2016)

Alhamdulillah, dari 1.6 bilion muslim seluruh dunia, aku terpilih menjadi tetamuNya tahun ini
Alhamdulillah, dari 20 juta umat Islam di Malaysia, aku terpilih sebagai tetamuNya
Alhamdulillah, dari 9 juta pendeposit TH, aku terpilih menunaikan haji tahun ini,
Alhamdulillah, daripada 2.4  juta rakyat Malaysia menunggu giliran haji, aku terpilih tahun ini
Alhamdulillah, Allah telah membuka hatiku untuk mendaftar haji pada tahun 2007 dan membolehkan aku menunaikan Haji pada tahun 2016,
Alhamdulillah,  tahun 2016 paling sedikit visa haji di keluarkan oleh Arab Saudi dalam tempoh 10 tahun, aku terpilih menjadi tetamuNya,
Alhamdulillah, perjalanan dari Jeddah ke Makkah amat lancar
Alhamdulillah, pemeriksaan Immigresen pun begitu pantas tak sampai pun 20 minit sudah melepasi Imigresen,
Alhamdulillah, semua perjalanan pada hari Masyair ke Arafah, Mudzalifah & Mina & Makkah  lancar tanpa kesesakan lalulintas,
Alhamdulillah, pada usia awal 40an tahun, aku & isteri  terpilih dan antara Jemaah haji Malaysia yang masih ‘Muda’ di kalangan Jemaah lain.
Alhamdulilah, ada Jemaah negara lain yang terpaksa naik bas ke Masjid  Al-Haram, aku hanya berjalan kaki dari hotel,
Alhamdulillah, hotel ku antara yang terhampir dengan Al Haram kalau dibanding dengan hotel Muassasah TH,
Alhamdulillah, hanya berempat sahaja rakan di bilik hotel di Makkah,
Alhamdulillah, Aku mampu menaiki tangga ke bilik dikala lift hotel kesesakan,
Alhamdulillah,  Aku mampu berjalan kaki ke Al Haram untuk solat disana,
Alhamdulillah, aku dapat membantu Jemaah haji yg uzur untuk melontar dan ketika tawaf wida,
Alhamdulillah, tiada dugaan yang besar semasa musim haji tahun ini.
Alhamdulillah, kesihatan aku amat baik semasa berada di Makkah & Madinah.

Katakanlah Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah


Alhamdulillah…syukran Ya Allah a’zza wajallah. Ya Allah, kau jemputlah aku menjadi tetamumu lagi 


Dari tempat tawaf untuk skuter elektrik (tingkat mezzanine)


Jika anda berminat mendapatkan catatan catatan penuh Travelog Haji 1 - Travelog Haji 28 secara percuma, sila email kepada msyazli@gmail.com


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:


Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

No comments:

Post a Comment