Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 18: Dimana Bilik Berkat?


Travelog Haji 18: Dimana Bilik Berkat?


Apabila sudah selesai urusan Haji, kami masih ada baki 9 hari lagi berada di Makkah. Ada dikalangan jemah sudah mula meninggal Kota Makkah dan pulang ke tanah air masing-masing. Bagi kami, masih ada 17 hari lagi di iaitu 9 hari di Makkah dan 8 hari di Madinah. Kesesakan Makkah masih sama dan tidak banyak berubah pada 3-4 hari selepas hari Masyair. Masa yang banyak ini kami isi dengan membuat umrah dan kami mulalah berkira-kira untuk mencari barang-barang kenangan untuk saudara-mara & sahabat handai di Malaysia.

Selepas wukuf timbul banyak persoalan dikalangan jemaah… Dimanakah bilik ‘berkat’? Beberapa orang mulai bertanya pada saya. Mungkin saya kelihatan masih ‘muda’ berbanding dikalangan jemaah lain, jadi sayalah menjadi mangsa untuk menjawab persoalan jemaah-jemaah ini. Antara dialog mereka dengan seorang jemaah yang kelihatan seperti usia awal 50an, berasal dari Kedah,

Jemaah A: Saya nak tanya sikit boleh?
Saya:  Ada apa?
Jemaah A:  TH kata ada bilik berkat... kat mana bilik tu?  Macam mana nak masuk?
Saya: (Saya pura-pura tak tahu) Cuba Abang tanya kat Pejabat TH. Tapi sekarang pejabat tutup.
Jemaah A: Pukul berapa boleh masuk? Kat Makkah ni, kena cuba jugak.. kot-kot lain sikit. Tak macam kat Malaysia.
Saya: Ha..ha..ha..
Jemaah A: Nak tanya lagi.. Hang dah masuk ka ke bilik berkat?
Saya: (Dalam hati- busy body betul brother nih, nak jawab apa pulak ni… Kat Makkah ni bukan boleh berbohong)  Err..err.. saya group pertama yang sampai ke Makkah . Kita  orang dah lama sampai. Masa sampai, banyak bilik kosong lagi.

Itulahlah yang saya rasa jawapan terbaik untuk Brother tersebut dan lepas menjawab saya pun menjauhkan diri darinya. Hakikatnya, bukan seorang yang bertanya kepada saya dimana bilik berkat dan macam-macam gaya soalan dan ada yang berkias-kias untuk bertanya. 

Hanya untuk perkongsian pembaca. Setiap hotel muassasah di Makkah & Madinah TH akan diperuntukan beberapa bilik untuk jemaah Haji meluangkan masa kualiti bersama pasangan masing-masing. Kalau nak tahu bilik yang mana, pergilah check mana-mana bilik yang tidak ditampal senarai nama penghuni, itulah bilik berkat. Kunci perlu diambil dari pejabat sementara TH di hotel, bukannya di Reception Hotel kerana petugas Hotel mungkin tak tahu pun. Bilik berkat ini bukanlah percuma. Berapa harganya? Tanyalah sendiri nanti pada pegawai TH. Tempoh penggunaan tidak lebih dari 2 jam sahaja… Jangan ingat boleh bermalam pulak!

Saya hanya berempat bersama rakan sebilik bersetuju untuk menjadi bilik kami sebagai bilik yang sentiasa ‘diberkati’ dengan membuat giliran… kan ke senang dapat rakan sebilik yang sporting!

Ya Allah, Moga dapat menginap ditingkat yang rendah dan rakan sebilik yang saling ingat mengingati. Jahuilah kami rakan sebilik dari berbalah dan bermasam muka dan semoga perkenalan kami berkekalan hingga keakhir hayat.

Rakan sebilik di Madinah: Kiri Ismail, Syazli, Atan, Aziz (tiada Mahzan)

2 bulan selepas pulang ke Malaysia, saya dapat bertemu semula 4 orang rakan sebilik di Mekah & Madinah di lokasi yang berbeza-beza. Moga ukhuwah kami berkekalan keakhir hayat. Alhamdulillah.

Update: 8 bulan selepas kami pulang dari mengerjakan Haji, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulillah.... Bayi ini adalah bayi yg istimewa.. cukup istimewa untuk kami


Link ke Travelog Haji 19: Hujan Di Makkah
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. GRATIS


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:

29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf 
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

Syazli Tahir - msyazli@gmail.com


No comments:

Post a Comment