Wednesday, June 5, 2013

Mana Lembu? Kijang? Tapir? Panda....




ONLY IN MALAYSIA...
Tanda amaran ada lembu melintasi PLUS di Malaysia.
Mana ada lembu Malaysia gemuk macam signage tu?


PAPAN TANDA LEMBU  DI LEBUHRAYA PLUS

Kalau memandu di PLUS dari KL-JB, hampir tiap 30 km  akan ada signage "Hati-Hati Lembu". Malahan di sesetengah lokasi, tiap 5km aku boleh lihat signage lembu ni... TAPI MANA LEMBU?

Ironinya, disebuah negara yang paling banyak lembu iaitu Australia dan NZ (24 juta lembu dan 68 juta kambing: statistik) yang mana jumlah ternakannya hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia, tiada pula signage lembu ditepi jalan walaupun kiri dan kanan jalan terdapat kandang lembu. Lembu di Oz dan NZ ni mungkin telah diajar supaya tidak melintas jalanraya kot?  Adakah pemilik lembu di Malaysia tidak mengamalkan standard penternakan ataupun lembu di Malaysia sesuai diternak di Kondo?


Papan tanda berhati-hati kangaroo melintas di kebanyakan jalan di Australia.
Signage lembu atau kambing tak ada pula

Ada ke tapir melintas jalan? kat zoo mungkin ada 
Banyak betul tapir di hutan malaysia.. Kalau ada panda bagus juga

Gambar ini aku ambil dari sebuah daerah yang dimenangi oleh Timbalan Perdana Menteri...kiri dan kanan hanyalah ladang sawit dan rumah kampung... betul ke ada tapir di kampung ini? signage ini betul-betul buat aku keliru...

wow... ada kijang melintas jalan? boleh buat satay
Ini lagi satu signage pelik yg aku jumpa di tepi jalan..haiwan yang banyak ditepi jalan biasanya anjing liar, kucing, monyet dan kambing... tak pernah seumur hidup aku ternampak kijang atau rusa di tepi jalan. Tapi kalau van Perodua Rusa banyaklah.

Awas... ada gajah melintas. Safari free

Ini mungkin ada...walaupun jumlahnya x banyak
Ni pulak Gambar Gajah Afrika...


Gajah melintas jalan kerap kali kita terbaca di akhbar... mungkin hutan semakin mengecil menyebabkan mereka ingin berpindah atau mencari makanan di tempat yg sesuai. Setakat ini belum lagi aku terjumpa gajah tepi jalan. tapi kalau monyet, memang banyak betul

KANGAROO BAR

Kangaroo bar pada Kancil, Kelisa & Kenari. Patut pasang "Lembu Bar"!

Lagi satu yang peliknya orang Malaya ni, mereka pasang kangaroo bar pada kenderaan mereka... Memang kelakar sungguh! Patut kat Malaysia tukau nama bar tu pada 'Cow Bar' atau 'Bull Bar', barulah sesuai dengan keadaan negara kita.  Atau  mungkin mereka memasang kangaroo bar nak elakkan dari Mat Rempit langgar kereta mereka? Jadi namakan 'Rempit Bar'


Lain-lain Gambar
Seronok juga memandu di Melbourne.. macam-macam haiwan ada atas jalan..
Signage ini di Johor.. 
Antara Labis-Yong Peng. 


Macam2 signage haiwan ada di Melbourne.. tak nampak pula signage lembu atau biri2


Kambing ada...lembu pun ada



2 comments:

  1. Jauh perjalanan, luas pengalaman, tapi penulisan macam tak berapa cerdik #aptb

    ReplyDelete
  2. sejumlah 80 lebih tapir mati di jalanraya Malaysia dalam masa 10 tahun ....jumlah paling tinggi haiwan liar dilanggar oleh pengguna jalanraya , hanya kurang 1000 tapir yang tinggal dari lebih 1500 ekor ...sebab itu Perhilitan letakkan papan tanda TAPIR supaya masyarakat Malaysia berjaga jaga dan jangan lah langgar binatang yang tak bersalah ni

    untuk pengetahuan anda , disebabkan oleh habitatnya diganggu maka si tapir ni manalah tahu kan ? manusia kan lagi bijak ... pandai ...namun Tapir tetap kena langgar ....

    jadi prihatinlah yaaaa....

    sekian Wassalam

    ReplyDelete