Wednesday, November 25, 2020

Hiking Ke Air Terjun Gunung Pulai

 

Air Terjun di Gunung Pulai. Perlu jungle tracking  untuk ke sini


16 Oktober 2020- Inilah merupakan pengalaman kali pertama aku ke kaki Gunung Pulai walauun jarak kurang 30 minit dari rumah. Sebelum ini aku pernah berkursus di Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kem Kaizen tapi entahlah belum pernah lagi sampai ke kai gunung Pulai.

Gunung Pulai yang mempunyai ketinggian 654 meter yang sungguh nyaman dan dikelilingi hutan hujan yang mendamaikan. Kali ini aku tidak mendaki ke puncak. Kami hanya memasuki trail Hutan Pelajaran menuju ke Air Terjun Gunung Pulai.


Aku kesini bersama 12 orang lagi  di guide oleh Haris yang mana beliau hampir setiap minggu membuat latihan hiking di sini. Untuk menuju ke tempat Air terjun perlu hiking hampir 2 jam dan melakukan sedikit pendakian.  Bila dah sampai ke tempat air terjun, tak sampai 25 minit, anda dah sampai ke semula ke tempat mula-mula daki. 




Pengalaman mengunjungi Hutan Lipur Gunung Pulai, di sini baru-baru ini ternyata menggamit pe­ra­saan terutamanya bagi mereka yang ingin lupakan tekanan kerja.

Selain keindahan alam sekitar dan airnya yang jernih, hutan lipur ini menjadi tarikan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan lasak terutamanya jungle tracking dan mendaki gunung.

Bagi mereka yang ingin bersantai dan releks pada cuti hujung minggu, Gunung Pulai adalah destinasi yang tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk beriadah bersama-sama seisi keluarga. 


Anda hanya perlu paking kenderaan sebanyak RM3 sahaja. Ada beberapa warong yang menyediakan sarapan pagi di kaki gunung  ini. 

Sekiranya anda berminat untuk mendaki ke puncak Gunung Pulai terdapat 2 tracking iaitu 2  jalan tar dan jalan hutan. Jalan Bertar digunakan oleh kenderaan telekomunikasi yang mempunya pemancar diatas puncak. Perjalanan ke puncak Gunung katanya ambil masa 1.5 -2 jam melalui jalan tar. Amat sesuailah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking.

Gambar-gambar di Hutan rekreasi Gunung Pulai.

Salah satu kawasan agak lapang di Hutan Lipur Gunung Pulai

Salah satu sungai kecil di Hutan Lipur Gunung Pulai

Hutan pelajaran- Ini lah laluan masuk ke hutan menuju ke Air Terjun