Showing posts with label Endau Beach Resort. Show all posts
Showing posts with label Endau Beach Resort. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

Endau Beach Resort, Pantai Penyabong

Endau Beach Resort terletak di Pantai Penyabong dan bersebelahan Pantai Pasir lanun
Jun 2014- Cuti sekolah pertengahan tahun aku memilih untuk bercuti di tepi pantai Endau-Rompin. Satu malam di Rompin Beach Resort dan satu malam di Endau Beach Resort. Inilah pertama kali aku menjejaki kaki di Pantai Endau iaitu sempadan antara Johor-Pahang.

Endau terletak 25 minit dari Mersing..suasana kampung masih terserlah di tempat ini dan amat sesuai untuk sesiapa menenangkan diri dari kekusutan kerja seharian. Berdekatan  resort ini terdapat jeti bagi kaki pancing...banyak kereta yang pakir di tepi laut...tapi orangnya tiada, lalu aku bertanya dengan peniaga berdekatan dan mereka menyatakan kaki pancing ini telah menempah bot dan pergi memancing di tengah laut.

Cantik resort ini dan masih di selenggara dengan baik walaupun telah mula beroperasi sejak 1996 lagi. Tak perlu ke Bali atau Phuket atau Koh Samui... Pantai Endau pun dah amat cantik...

View dari luar bilik paling atas sekali ... cantiknya pemandangan

View dari bahagian paling atas resort
Inilah laluan yg aku lalui JB-Segamat-Muadzam Shah-Rompin-Endau-Mersing-JB  (420km)

Depan Resort.Ombak tidak kuat klerana terdapat beberapa pulau kecil dihadapan resort
Pandangan selepas subuh

Beberapa Pokok Bakau  didalam laut wlpn laut tiada lumpur 

Pandangan dari kolam renang...resort ini berbukit

Anak mencari batu dan hidupan laut di tepi pantai

Pantai Pasir Lanun kira-kira 700 meter dari resort. Perlu melalui jalan hutan untuk sampai disini. Pantai yg tersembunyi

Suasana waktu pagi ...aman, mendamaikan dan tenang...

Di jeti depan resort

Pandangan waktu pagi dari deck paling atas


Depan Resort... Lanscape dijaga dan dalam bilik pun ok

Banyak Lembu dan Kambing sepanjang perjalanan Endau-Mersing

View dari depan bilik... memang berbaloi!

Lagi view depan bilik...

Waktu pagi dari bahagian paling atas resort 


Melihat kebesaran Allah... indahnya bumi allah ini. Tak perlu ke Bali atau Phuket... Endau pun dah cantik
Jika berminat untuk bercuti disini, boleh google Endau Beach Resort