Saturday, October 24, 2020

Pantai Awam Desaru

Berkhemah sambil bersarapan di Pantai Awam Desaru

17 Oktober 2020 - Tiada apa yang seronok, melainkan semuanya rasa seronok di Pantai Desaru! Rancangan untuk berkelah di tepi Pantai Desaru datang secara tiba-tiba sahaja. Minggu  ini 2 orang anak  dapat balik dari asrama sekolah setelah 2 bulan tidak dibenarkan bermalam bersama keluarga kerana kerisauan pihak KPM akibat penularan jangkitan COVID-19, malah untuk melawat pun tidak dibenarkan.

Ini merupakan kali pertama aku ke Pantai Awam Desaru walaupun dah beberapa kali ke Desaru. Kebiasaanya kami akan bermalam atau saya mempunyai urusan berkursus di Desaru, tapi kali ini kami mengambil keputusan untuk berkelah sahaja.

Suasana pantai awam Desaru  bertemankan pokok rendang, air kebiruan dan deruan ombak membuatkan Desaru mempunyai keistimewaan tersendiri dengan Pantai sepanjang 17 kilometer bersih dengan pasir memutih gebu.



Pantai Desaru dengan pasir memutih sepanjang 25km

Jarak dari Skudai ke Desaru melalui Lebuhraya Senai-Desaru mengambil masa antara 60-70 minit sahaja. Kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi, singgah ke Bandar Penawar untuk membeli sarapan dan terus ke Pantai Awam Desaru yang terletak bersebelahan Hotel Tuna maya. 

Sampai jam 8.15 pagi dan hanya ada beberapa kenderaan yang pakir di tempat kenderaan. Aku terus mencari tempat yang sesuai dan mendirikan khemah  untuk menceriakan suasana berkelah. Seronok budak2 bila ada khemah seolah-olah kami bercamping di situ. (Pantai ini tidak dibenarkan untuk camping bermalam ye..)

Parking kereta di Pantai Awam Desaru sebanyak RM6. Sepanjang PKPB ini hanya maksimum 50 kereta sahaja di benarkan  untuk parking di sini. Pantai ini dijaga bersih, terdapat beberapa pekerja pembersihan sentiasa bersedia membersikan pantai ini. Mungkin kawasan pantai ini telah di letakkan dibawah pengurusan swasta kerana resit pakir kereta tertera nama syarikat Desaru Beachfront Sdn Bhd. Penggunaan Tandas dan bilik mandi adalah percuma. Bolehlah bilas badan selepas mandi laut. Berbaloi bayar RM6

Best juga bersarapan ditepian pantai Desaru sambil melihat indahnya ciptaan Allah swt. Ketika nak balik, pantai ini mulai dipenuhi orang awam.. Entahlah, bagi aku waktu pagi adalah yang sesuai kalau nak main-main tepi pantai kerana masih belum panas lagi. Jarak antara JB-Desarau melalui Lebuhraya Senai-Desaru tak lah jauh dan boleh sangat jika datang pada waktu yang sesuai untuk berkelah.

Suasana di Pantai Desaru yang pasirnya putih gebu dan halusss


Tempat BBQ . Ada banyak


Salah satu yang best di Desaru ialah ada tempat rehat yang luas dan ada tempat BBQ. Jadi bagi sesiapa yang nak BBQ, hanya bawa arang dan jaring sahaja. Rasanya boleh guna free temapt BBQ ni.

Gerai-gerai jualan juga ada di sini. ada gerai makanan, gerai menjual alat mandi seperti pelampung, mainan pasir, pakaian mandi, tikar dan cenderamata. Jadi kalau datang 'walk-in' pun boleh maain-main di pantai tanpa perlu risau baju basah.

Papan tanda Pantai Awam Desaru

SOP COVID19. Hanya 50 kereta sahaja di benarkan masuk pada satu-satu masa

Pengalaman pertama ini nyata amat menggembira anak-anak dan mereka meminta kami untuk  ulangi semula minggu depan kerana masih tidak puas bermain dengan ombak laut. Jam 10.30 pagi apabila matahari dah mula terik, kami berkemas-kemas untuk balik.

Ambillah peluang dan luangkan masa bersama keluarga kita semasa PKP B yang mana kita tidak digalakkan untuk keluar rumah ke tempat yang sesak. Nak ke luar negara dah tak boleh, jadi kita bantulah ekonomi negara sendiri dengan becuti-cuti di dalam negara. Hari bisa dah sibuk dengan urusan harian dan kerja, so hari minggu kita adalah waktu terbaik untuk luangkan masa bersama keluarga.

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan persekitaran Pantai Desaru bersih dan selesa..jadi mood bercuti pun berada pada tahap tertinggi. Saya mengesyorkan anda semua datang bercuti ke Pantai Desaru yang mempunyai pasir yang putih, halus dan gebu!





 Sekian, Terima kasih.