Thursday, June 27, 2019

Istanbul aku datang lagi

ISTANBUL... AKU DATANG LAGI

Di airport Istanbul yang baru (IATA code IST). Menaiki bas dari Airport-Taksim. Perlu beli Istanbulkard dari vending mechine untuk naik bas ni.

Mei 2019- Aku ke Istanbul lagi untuk kali ke 2. Kali ini ke Istanbul hanya destinasi transit sahaja dan akan ke negara lain di Eropah. Ketika ini adalah dalam bulan Ramadhan dan agak mencabar bersiar-siar pada bulan Ramadhan, tapi ada keseronokannya melihat negara Islam lain berpuasa dan beribadat di negara masing-masing.


Depan Hotel. Hotel Butik di kawasan Taksim Jalan Istiqlal, Beyoglu

Perjalanan kali ini semuanya ditempah sendiri dari tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan dan segala itinerary di susun sendiri dan banyakkanya aturcara perjalanan dibuat secara ad-hoc melihat keadaan kesihatan, cuaca dan keletihan di bulan Ramadhan. Sejujurnya, aku dalam keadaan kurang sihat sejak 1-2 bulan ini. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku semasa di Istanbul, sekembali ke Malaysia, aku dimasukkan ke Hospital dan mendapat cuti sakit 2 bulan. Tak boleh bayangkan kalau aku jatuh sakit semasa di istanbul..dah lah datang seorang diri. Hotel yang di tempah ialah sebuah hotel butik di Jalan Istiqlal, Taksim. 

Aku terpaksa berjalan kaki hampir 1.5KM dari tempat bas berhenti di Taksim untuk sampai ke hotel ini. Bas Airport berhenti di Point Hotel di Taksim. Terpaksalah aku menebalkan muka bertanya orang ramai seperti pekerja hotel, pekerja pembersihan untuk sampai  ke Hotel  ini kerana kedudukan hotel yg aku tempah ini bukanlah di tepi jalan utama, sebaliknya di celah-celah bangunan lain dan tepi restoran. Sampai di hotel pukul 9 pagi dan seperti dijangkakan, bilik hotel penuh dan pengurusan hotel tidak benarkan aku check-in awal.

Dalam Hotel seperti bilik studio, Hanya RM139 semalam.

Aku menyimpan beg di lobi hotel dan berjalan kaki menaiki MRT ke Masjid Biru atau Masjd Sultan Ahmad  dan Hagia Sophia. Hampir 700m perlu berjalan kaki ke stesten MRT terhampir, namun, sekiranya tidak mahu berjalan, boleh menaiki Tramp lama ke stesen MRT. Kebetulan hari ini adalah Jumaat dan ramai orang beriktikaf di Masjid Biru ( atau Masjid Sultan Ahmed). Pada hari Jumaat, Masjid BIru tidak di buka pada orang ramai dan hanya Muslim yang ingin solat Jumaat sahaja di benarkan masuk. Anda  hanya perlu memberitahu pengawal masjd yang anda muslim dan ingin solat Jumaat di Masjid Biru.  Selepas bergambar di luar Hagia Sophia dan bersiar-siar luar Masjid, aku memasuki masjid dan beriktikaf sambil menunggu waktu solat Jumaat.
Salah seorang warga Istanbul yang cuba bebahasa Inggeris dengan aku. Banyak lagi perlu di baiki cara  komunikasinya. Beliau adalah pelajar University. 
Luar Hagia Sophia,  Gereja besar zaman Constanitople, kemudian ditukar menjadi Masjid oleh Sultan Muhammad Al Fateh pada 1453 selepas penaklukan dan tahun 1924 di tukar menjadi Muzium oleh Mustafa Kamal Ataturk

Selepas selesai solat Jumaat, aku pulang ke Hotel menaiki MRT, check ini dan terus tertidur.  Keletihan hingga terjaga hampir waktu berbuka puasa. Tiada masalah untuk mencari makanan halal disini kerana aku yakin kebanyakkan peniaga adalah muslim dan makanan adalah halal. Ketika Mei 2019, waktu berbuka ialah 8 pm dan sahur 3.30am. Walaupun musim bunga, cuaca tetap sejuk <16 celcius.

Tramp lama yg masih beroperasi di Jalan Istiqlal sebuah kawasan popular pelancong di Istanbul

Pada hari ke dua,aku memaiki tram lagi ke stesen Eminonu untuk ke Pasar Rempah. Pasar ini telah begitu komersil dan katanya orang tempatan tidak lagi ke Pasar ini untuk membeli belah. Aku hanya window shopping sahaja tanpa membeli apa-apa. Kebanyakkan peniaga disini sudah boleh berbahasa yang pelbagai dan kedai mereka cantik dan bukan lagi seperti Pasar biasa. Pasar Rempah juga di kenali sebagai pasar Mesir yang asalnya menjual  rempah ratus dari Asia.


Suasana Pasar Rempah di Istanbul (Spice Market)

Dibawah jambatan Galata  merentasi Teluk Tanduk Emas. Ramai orang memancing di atasnya dan restoran di bawahnya jambatan

Tidak jauh dari stesen Eminomu terletak selat Tanduk Emas tempat bersejarah penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammah Al Fateh. Sedikit sejarah penaklukan Istanbul,  setelah usaha Sultan Muhammad memasuki Selat Tanduk Emas (Golden Horn) gagal kerana  terdapat rantai besi merentangi selat tersebut dan banyak kapat Sultan Alfateh terbakar di bom kerana usaha merentasi selat tersebut, Sultan telah mendapat mimpi untuk memasuki dari belakang Kota Constantinople melalui darat iaitu dengan mengangkat kapalnya perangnya didarat merentasi bukit untuk menyerang Constantinople dari belakang. 

Sebanyak 70 buah kapal perang berjaya di angkat oleh Tentera Al-Fateh melalui darat ke selat Golden Horn dalam masa 1 malam dan selepas itu Constantinople berjaya di tawan dan ditukar namanya kepada Islambol oleh Sultan Muhammad Al -Fateh.

 
Kedudukan Golden Horn, Selat Bosphorus dan Selat Marmara serta Benua Asia dan Eropah

Galata Bridge yang merentasi Selat Golden Horn

Diatas Galata bridge.  Ramai yang memancing disambil meihat kapal dan feri lalu merentasi Asia dan Eropah.

Masjid Abu Ayyub Al-ansari, seorang sahabat nabi SAW yang menumpangkan rumahnya selama 7 bulan ketika nabi berhijrah ke Madinah

Untuk ke Masjid Abu Ayyub tiada MRT dan saya mengambil keputusan untuk menaiki Teksi sahaja. Nak naik bas tak tahu pula Masjid yang mana satu sebab rekabentuk masjid di Istanbul  hampir sama sahaja. Saya sampai jam 11am lebih, ziarah dan beriktikaf, mengaji dan menunggu waktu Zohor. Masjid ini penuh dengan jemaah pada waktu Zohor walaupun pada hari Sabtu... Masyaallah!

Makam Abu Ayyub Al-Ansari di Istambul yang Syahid ketika misi membebaskan Constanitople dari tangan Rom.Constanitople di zaman Khalifah Umaiyah. Kini nama Constatinople  ditukar ke Istanbul oleh pembebasnya iaitu Sultan Muhammad Al Fateh pd 1553M

Masyaallah... Dalam Masjid Abu Ayyub. Penuh!.. 10 minit sebelum Zohor pada hari Sabtu

Luar Makam Abu Ayyub Al-ansari

Inilah Istanbutkart. Boleh di beli dari mesin Auto Vending  yg di letakkan di tempat naik bas/LRT/Feri. Harga kad Lira 6 dan top-up di mesin lain

Perkara menarik semasa Ramadhan di Jalan Istiqlal, Istanbul:

1.    Solat Terawikh kat Masjid yg aku solat berhampiran hotel ialah  4 rakaat 1 salam dan witir 3 rakaat 1 salam
2.    Bilal bukan di belakang imam, tapi di tingkat atas atau di belakang sekali. Ada tempat khas utk bilal.
3.    Hotel tempat aku menginap di Istiqlal Road. Ini adalah kawasan pelancongan. 

Ramai orang Turki yang tak berpuasa dan mereka tanpa segan silu minum pagi di restoran2 di kawasan ini.
4.    Ramai wanita Turki merokok dan dikawasan ini nak cari wanita berhijab susah.
5.    Perlu beli Istanbul Kard utk naik bas, tram, feri dan Metro. Boleh beli dan top up di mana station tram/ bas/ MRT. Semua kenderaan adalah cash less


Baca perjalanan kali pertama ke Istambul   ISTANBUL AKU DATANG


Gambar untuk tatapan






Istanbul Tram berlatar belakang Hagia Sophia




Kota Lama Eropah - Warsaw Poland

Suasana di Warsaw. Cuaca ketika ini 16C dan gambar ini ini diambil pada jam 3 pm, ramai berbasikal dan berjalan kaki. Suasana yang tiada di KL kecuali waktu Car Free day pada Ahad pagi
May 2019 - Sebuah negara Eropah yang aku pergi ketika musim bunga dan cuaca ketika itu masih sejuk lagi iaitu <15C di waktu siang dan <10C diwaktu malam. Ini adalah bulan Ramadhan dan waktu Subuh ialah pada 3.15am dan berbuka 8.15pm, aku perlu berpuasa kira-kira 17.5 jam - 18 jam. Ketika berada di sana, hampir tiap hari ketika aku berada di Warsaw (disebut Warszawa)cuaca hujan. Solat Teraweeh bermula jam 10 dan habis jam 11 malam, itupun hanya di buat 8 rakaat sahaja.  


Gdansk- 3 jam menaiki Keretapi dari Warsaw Central
Aku ke Warsaw atas satu urusan kursus dan berada di Warsaw selama 6 hari. Hari kedua kami di bawa mengenali Warsaw oleh SGH School of Economics dengan mengediakan bas dan tour guide professional. Cuaca yang sejuk dan sedikit gerimis tidak membataskan pergerakkan aku namun, keletihan Ramadhan tetap dirasakan.

Masjid Ośrodek Kultury Muzułmańskiej yang terletak  8 minit jalan kaki dari Hotel Ibis Warsawa Reduta
Persediaan awal yang dibuat oleh aku ialah mencari masjid di Warsaw kerana kebiasaanya di sekitar masjid terdapat restoran halal dan kadai runcit halal. Aku memilih Hotel Ibis Reduta yang terletak 8 minit berjalan kali ke Masjd ini. Syukur, bukanya sahaja terdapat restoran dan kedai Halal, malahan, berbuka puasa juga di sediakan oleh pihak Masjid. Menu yang disediakan juga sedap iaitu nasi arab berlauk ayam/ kambing atau kebab daging.  Solah Terawikh juga di lakukan di Masjjd tersebut.

Pakaian Tradisi penduduk Polish

Dalam MRT dari SGH Univ. ke stesen Warsaw Centrum. Tiket bas, MRT, Tramp adalah sama dan harga tiket adalah mengikut tempoh masa.
Di Warsaw, Bas, Tramp dan MRT menggunakan tiket yang sama, namun di Hotel kediamannya ke SGH perlu bertukar bas atau Tramp menyebabkab aku merasa takut untuk menggunakan kenderaan awam. Jadi, untuk berasa selamat, aku menggunakan teksi sahaja dan tambang sekitar PLZ 20-25 sehala dari hotel ke SGH. Untuk menaiki bas, anda boleh menggunakan google map sebagai panduan untuk mencari nombor bas dan laluan.


Old Town Gdansk

Salah satu pintu masuk ke bangunan SGH

Istana lama Polish. Tiada siapa pun kisah mengenai Raja selepas WW2 kerana raja Polish  tiada anak 

Salah satu banguan lama di Warsaw

Bandar lama di Warsaw
Menyingkap sejarah Poland, negara ini berkisar mengenai Yahudi, Komunis, World War 1 (WWI) dan World War II ( WWII). Bagi peminat sejarah Eropah, perkara sejarah ini sudah tentu menarik minat yang yang mendalam kepada muzium-muzium yang terdapat di sekitar Warsaw dan Gdansk keran di Muzium ini menceritakan sejarah Poland di zaman Komunis Soviet sehingga mencapai kebebasan seperti sekarang.

Terdapat muzium Holocaust di Warsaw yang patut aku masuk, namun keletihan berpuasa mengebabkan aku terus balik ke hotel tiap kali tamat kursus disesi petang.


Menaini keretapi di stesen centrum ke Gdansk
Aku  melihat  ramai pelancong datang secara berkumpulan termasuk pelajar sekolah Poland  melawat serta menyaksikan kesan tinggalan sejarah kota itu yang pernah hancur sehingga rata oleh tentera Jerman ketika WW2.

Pada 1950-an barulah ia dibangunkan semula dan mengambil masa 10 tahun. Kawasan itu kini didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO walaupun bangunannya di bina semula. Ini kerana rekabentuk bangunan tetap mengekalkan rekebentuk asak yg di bina pada asalnya

Seperkara menarik mengenai Poland adalah kadar tukaran wangnya, Zloty hampir sama dengan nilai ringgit kita. Bagaimanapun, kita perlu menyediakan mata wang Euro terlebih dahulu sebelum ditukar kepada Zloty
KFC di Gdansk
Bangunan lama di Bandar Lama di Gdansk
Hard Rock Cafe di Gdansk
Diluar Hard Rock Cafe di Gdansk



Keretapi yang aku naiki ke Warsaw dari Stesen Gdansk
Salah satu keretapi yang melalui stesen Gdansk

Restoran McDonalds di Gdansk

  

Pemandangan dalam perjalanan ke Gdansk