ISTANBUL... AKU DATANG LAGI
|
Di airport Istanbul yang baru (IATA code IST). Menaiki bas dari Airport-Taksim. Perlu beli Istanbulkard dari vending mechine untuk naik bas ni.
|
Mei 2019- Aku ke Istanbul lagi untuk kali ke 2. Kali ini ke Istanbul hanya destinasi transit sahaja dan akan ke negara lain di Eropah. Ketika ini adalah dalam bulan Ramadhan dan agak mencabar bersiar-siar pada bulan Ramadhan, tapi ada keseronokannya melihat negara Islam lain berpuasa dan beribadat di negara masing-masing.
|
Depan Hotel. Hotel Butik di kawasan Taksim Jalan Istiqlal, Beyoglu
|
Perjalanan kali ini semuanya ditempah sendiri dari tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan dan segala itinerary di susun sendiri dan banyakkanya aturcara perjalanan dibuat secara ad-hoc melihat keadaan kesihatan, cuaca dan keletihan di bulan Ramadhan. Sejujurnya, aku dalam keadaan kurang sihat sejak 1-2 bulan ini. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku semasa di Istanbul, sekembali ke Malaysia, aku dimasukkan ke Hospital dan mendapat cuti sakit 2 bulan. Tak boleh bayangkan kalau aku jatuh sakit semasa di istanbul..dah lah datang seorang diri. Hotel yang di tempah ialah sebuah hotel butik di Jalan Istiqlal, Taksim.
Aku terpaksa berjalan kaki hampir 1.5KM dari tempat bas berhenti di Taksim untuk sampai ke hotel ini. Bas Airport berhenti di Point Hotel di Taksim. Terpaksalah aku menebalkan muka bertanya orang ramai seperti pekerja hotel, pekerja pembersihan untuk sampai ke Hotel ini kerana kedudukan hotel yg aku tempah ini bukanlah di tepi jalan utama, sebaliknya di celah-celah bangunan lain dan tepi restoran. Sampai di hotel pukul 9 pagi dan seperti dijangkakan, bilik hotel penuh dan pengurusan hotel tidak benarkan aku check-in awal.
|
Dalam Hotel seperti bilik studio, Hanya RM139 semalam.
|
Aku menyimpan beg di lobi hotel dan berjalan kaki menaiki MRT ke Masjid Biru atau Masjd Sultan Ahmad dan Hagia Sophia. Hampir 700m perlu berjalan kaki ke stesten MRT terhampir, namun, sekiranya tidak mahu berjalan, boleh menaiki Tramp lama ke stesen MRT. Kebetulan hari ini adalah Jumaat dan ramai orang beriktikaf di Masjid Biru ( atau Masjid Sultan Ahmed). Pada hari Jumaat, Masjid BIru tidak di buka pada orang ramai dan hanya Muslim yang ingin solat Jumaat sahaja di benarkan masuk. Anda hanya perlu memberitahu pengawal masjd yang anda muslim dan ingin solat Jumaat di Masjid Biru. Selepas bergambar di luar Hagia Sophia dan bersiar-siar luar Masjid, aku memasuki masjid dan beriktikaf sambil menunggu waktu solat Jumaat.
|
Salah seorang warga Istanbul yang cuba bebahasa Inggeris dengan aku. Banyak lagi perlu di baiki cara komunikasinya. Beliau adalah pelajar University. |
|
Luar Hagia Sophia, Gereja besar zaman Constanitople, kemudian ditukar menjadi Masjid oleh Sultan Muhammad Al Fateh pada 1453 selepas penaklukan dan tahun 1924 di tukar menjadi Muzium oleh Mustafa Kamal Ataturk
|
Selepas selesai solat Jumaat, aku pulang ke Hotel menaiki MRT, check ini dan terus tertidur. Keletihan hingga terjaga hampir waktu berbuka puasa. Tiada masalah untuk mencari makanan halal disini kerana aku yakin kebanyakkan peniaga adalah muslim dan makanan adalah halal. Ketika Mei 2019, waktu berbuka ialah 8 pm dan sahur 3.30am. Walaupun musim bunga, cuaca tetap sejuk <16 celcius.
|
Tramp lama yg masih beroperasi di Jalan Istiqlal sebuah kawasan popular pelancong di Istanbul
|
Pada hari ke dua,aku memaiki tram lagi ke stesen Eminonu untuk ke Pasar Rempah. Pasar ini telah begitu komersil dan katanya orang tempatan tidak lagi ke Pasar ini untuk membeli belah. Aku hanya window shopping sahaja tanpa membeli apa-apa. Kebanyakkan peniaga disini sudah boleh berbahasa yang pelbagai dan kedai mereka cantik dan bukan lagi seperti Pasar biasa. Pasar Rempah juga di kenali sebagai pasar Mesir yang asalnya menjual rempah ratus dari Asia.
|
Suasana Pasar Rempah di Istanbul (Spice Market) |
|
Dibawah jambatan Galata merentasi Teluk Tanduk Emas. Ramai orang memancing di atasnya dan restoran di bawahnya jambatan
|
Tidak jauh dari stesen Eminomu terletak selat Tanduk Emas tempat bersejarah penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammah Al Fateh. Sedikit sejarah penaklukan Istanbul, setelah usaha Sultan Muhammad memasuki Selat Tanduk Emas (Golden Horn) gagal kerana terdapat rantai besi merentangi selat tersebut dan banyak kapat Sultan Alfateh terbakar di bom kerana usaha merentasi selat tersebut, Sultan telah mendapat mimpi untuk memasuki dari belakang Kota Constantinople melalui darat iaitu dengan mengangkat kapalnya perangnya didarat merentasi bukit untuk menyerang Constantinople dari belakang.
Sebanyak 70 buah kapal perang berjaya di angkat oleh Tentera Al-Fateh melalui darat ke selat Golden Horn dalam masa 1 malam dan selepas itu Constantinople berjaya di tawan dan ditukar namanya kepada Islambol oleh Sultan Muhammad Al -Fateh.
|
Kedudukan Golden Horn, Selat Bosphorus dan Selat Marmara serta Benua Asia dan Eropah |
|
Galata Bridge yang merentasi Selat Golden Horn |
|
Diatas Galata bridge. Ramai yang memancing disambil meihat kapal dan feri lalu merentasi Asia dan Eropah. |
|
Masjid Abu Ayyub Al-ansari, seorang sahabat nabi SAW yang menumpangkan rumahnya selama 7 bulan ketika nabi berhijrah ke Madinah
|
Untuk ke Masjid Abu Ayyub tiada MRT dan saya mengambil keputusan untuk menaiki Teksi sahaja. Nak naik bas tak tahu pula Masjid yang mana satu sebab rekabentuk masjid di Istanbul hampir sama sahaja. Saya sampai jam 11am lebih, ziarah dan beriktikaf, mengaji dan menunggu waktu Zohor. Masjid ini penuh dengan jemaah pada waktu Zohor walaupun pada hari Sabtu... Masyaallah!
|
Makam Abu Ayyub Al-Ansari di Istambul yang Syahid ketika misi membebaskan Constanitople dari tangan Rom.Constanitople di zaman Khalifah Umaiyah. Kini nama Constatinople ditukar ke Istanbul oleh pembebasnya iaitu Sultan Muhammad Al Fateh pd 1553M |
|
Masyaallah... Dalam Masjid Abu Ayyub. Penuh!.. 10 minit sebelum Zohor pada hari Sabtu |
|
Luar Makam Abu Ayyub Al-ansari |
|
Inilah Istanbutkart. Boleh di beli dari mesin Auto Vending yg di letakkan di tempat naik bas/LRT/Feri. Harga kad Lira 6 dan top-up di mesin lain |
Perkara menarik semasa Ramadhan di Jalan Istiqlal, Istanbul:
1. Solat Terawikh kat Masjid yg aku solat berhampiran hotel ialah 4 rakaat 1 salam dan witir 3 rakaat 1 salam
2. Bilal bukan di belakang imam, tapi di tingkat atas atau di belakang sekali. Ada tempat khas utk bilal.
3. Hotel tempat aku menginap di Istiqlal Road. Ini adalah kawasan pelancongan.
Ramai orang Turki yang tak berpuasa dan mereka tanpa segan silu minum pagi di restoran2 di kawasan ini.
4. Ramai wanita Turki merokok dan dikawasan ini nak cari wanita berhijab susah.
5. Perlu beli Istanbul Kard utk naik bas, tram, feri dan Metro. Boleh beli dan top up di mana station tram/ bas/ MRT. Semua kenderaan adalah cash less
Baca perjalanan kali pertama ke Istambul ISTANBUL AKU DATANG
Gambar untuk tatapan
|
Istanbul Tram berlatar belakang Hagia Sophia |
Terima kasih Encik Syazli. Sangat bermanfaat. Saya juga akan melawat Turki tanpa agensi pelancongan. Lawatan kedua setelah 30 tahun. Teruskan menulis dan selamat maju jaya. - salam dr Singapura
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^ (f)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)