 |
| Kebun Apel di Batu, Malang, Jawa Timur |
September 2011- Sekali lagi aku ditugaskan ke Indonesia, kali ini di sebuah daerah yang dingin dan dan sentiasa angin sejuk bertiupan terletak di Jawa Timur iaitu Malang. Malang ambil masa 2-3 jam perjalanan darat dari Surabaya. Naik pesawat direct dari Senai ke Surabaya hanya ambil masa 2.5 jam untuk sampai. Aku disambut oleh ipar bibik ku (bekas bibik) yang sedang menjaga anaknya berusia 10 tahun.
 |
| Bertemu dengan anak bibik ku - (yg ada rambut didahi) |
Menurut cerita bibik ku, apabila suaminya meninggal dunia semasa beliau baru berkhidmat selama sebulan dengan ku anaknya dijaga oleh iparnya... dan kini bibik ku menghadapi masalah hak penjagaan dimana iparnya dan mentuanya menghalang beliau untuk mengambil semula anaknya. Setelah 3.5 tahun berkerja dengan ku, beliau pulang semula ke Indonesia untuk menyelesaikan masalahnya dan ingat aku dia cuba selesaikan masalah keluarganya, tapi aku dapat tahu dia kembali ke Malaysia dan bekerja di sebuah kedai Dobi di Ipoh...
 |
Monumen Sura & Boya (Jerung & Buaya) di kebun binatang
Asal usul nama Surabaya |
 |
| Dapur Penang di Surabaya |
Surabaya merupakan kota yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Tarikan pelancongan tidak banyak di kota ini yang rata-rata lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan.Ada beberapa Mall yang besar terdapat di Surabaya, cuma aku bukanlah jenis yang suka membeli belah dan rata-rata Mall mereka ini menjual barangan yang hampir saya dengan mall yang ada di negara kita. Cuma aku tertarik di food court mereka kerana terdapat beberapa masakan mamak dan dinamakan Dapur Penang...
 |
| Hotel Santika Malang. Tempat ku menginap |
 |
| Cuaca yg dingin membolehkan Apel ditanam di Malang |
 |
| Apel jenis Manalagi yg sedang berbuah |
Ada sesuatu yang aku baru tahu... di Malang memang terkenal dengan perkebunan Epel. Menurut sejarahnya, benih epel ini dibawa oleh orang Belanda dan cuba menanamnya di kawasan kaki bukit di Malang. Sememangnya kota Malang ini merupakan tempat percutian orang Belanda kerana suhunya agak sejuk berbanding dengan kawasan lain. Namun, apa yang aku diberitahu, kini perkebunan apel ini hanya menjadi tarikan pelancongan sahaja kerana persaingan harga dengan epel dari China yang lebih murah dan lebih manis berbanding dengan epel yang sesuai ditanam di tempat beriklim tropika di Malang.
 |
| Lumpur Lapindo yang menenggelamkan kampung & jalan raya |