Thursday, May 30, 2013

Proton... Kereta Negaraku... Kebanggaanku!

Proton Exora di Bogor, Indonesia
Proton yang ditubuhkan pada 1983 dan mula mengeluarkan model pertama iaitu Saga pada Julai 1985. Kini Proton  telah berusia 28 tahun. Ketika model pertama dilancarkan  aku baru berusia 11 tahun dan masih ingat lagi apabila pertama kali melihat proton di jalan raya, aku akan terus mengangkat tangan pada pemandunya sambil menjerit Proton! Bangganya aku pada ketika itu apabila  negara ini telah berjaya mengeluarkan keretanya jenama sendiri, Proton Saga! Ketika itu aku mengandaikan Proton hanya bewarna merah sahaja kerana nama Saga..

Gen 2 di Kaherah, Mesir.. Subhanallah!
Aku bangga dengan kereta keluaran negaraku- di Kaherah
Bermula dengan model Saga pada 1985, kini lebih dari 16 model telah dikeluarkan oleh Proton antaranya Iswara, Juara, Wira, Waja, Tiara, Savvy, Gen2, Persona, Perdana, Satria, Putra, Preve, Inspira  dan pelbagai penambahan lagi kepada model-model sedia ada seperti Neo, V6, SV.

Beberapa kali aku ternampak nama-nama model Proton digunakan kepada nama kelas di sekolah yang biasanya kelas yang paling pandai akan dinamakan Perdana, manaka kelas yang paling hujung dinamakan Juara... malang sungguh pemilik Juara! Sebuah kereta MPV yang mempunyai rekabentuk seperti Ultraman! Ada jual lagi kah model Juara sekarang ni?

Ketika berada di Kaherah dan Iskandariah tahun 2009, aku ternampak juga beberapa model Proton berada di jalanan Kaherah. Sudah tentu aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama kereta Malaysia..namun pemandunya tidak ada ketika gambar diambil, tapi kalau ada pun, belum tentu dia boleh berbahasa Inggeris.
Vios di Indonesia... hanya sebuah Taksi biasa? 
Persona di Surabaya telah dijadikan Teksi.. tapi pada ketika itu
Persona di Malaysia masih belum boleh dijadikan teksi
Tuntutan kerja menyebabkan aku kerapkali ke Indonesia. Diatas jalanraya Toyota menguasai hampir 60% pasaran kenderaan penumpang dan model yang paling laris ialah Avanza, innova dan Unser Kijang. Tidak banyak Proton di jalanan. Tapi yang lagi menarik, Toyota Vios hanya dijadikan Taksi sedangkan pemilik Vios di Malaysia memandang tinggi kereta ini... adakah kerana kereta dari sebuah jenama yang terkenal? atau sebab inginkan kelainan kerana Proton dan Perodua telah kuasai lebih dari 60% pasaran kenderaan penumpang di Malaysia? Hanya pemilik sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.


Satria di Melbourne... Mereka yakin membelinya....kenapa kita tidak?

Persona di Melbourne. Megah  lunsuri di jalanraya Australia

Satria di Sydney
 Semasa di Melbourne dan Sydney pada 2012, apabila ternampak Proton diatas jalanraya, cepat-cepat aku akan snap gambar kereta ini dan kalau boleh nampakkan no plat kenderaan ini,. Aku bangga! kereta negara ku telah digunakan oleh sebuah negara yang juga mempunyai jenama kereta mereka sendiri iaitu iaitu Holden. Walaupun tidak banyak,  dari 100 kenderaan mungkin 1 Proton akan kelihatan, rasa  bangga dan penghormatan diriku terus utuh di negara Kangaroo... Terfikir di benak ku... Mereka menggunakan produk kita... mengapa orang kita sering memperlekehkan produk negara sendiri? Inilah mentaliti kelas ketiga yang perlu dikikis dari pemikiran orang Malaysia

Kenangan... kedua-dua telah dijual

Kia Carens- Buatan Korea-pernah memiliki satu ketika dulu
 Pernah satu ketika aku menggunakan kereta buatan Korea yang di pasang di Malaysia iaitu  Atos (Hyundai) dan Kia Carens (Naza Citra). Mula-mula aku merasa seronok  kerana dapat menggunakan kereta ini, tapi satu ketika bila kenderaan ini mengalami masalah teknikal tertentu, aku mulai rasa sangsi dan timbul pelbagai soalan di minda ku... kerana selama hampir 10 tahun menggunakan Proton, tiada masalah besar yang aku hadapi sepanjang tahun memandunya dan mudah pula untuk mencari mekaniknya..Bengkel bawah pokok ceri pun mampu untuk membaikinya!. Tapi apabila menggunakan produk Korea, tidak semua mekanik berani membuka kereta ini.. jadi terpaksalah aku pergi ke Servis centernya dan harga alat gantinya jauh lebih tinggi berbanding Proton! Ohhh...menyesal tak sudah!

Ferrari pun terbakar di PLUS
Harga RM 2 juta terbakor jugak...

Lamboghini pun terbakar jugak

Ferrari terbakar di Lebuhraya Lekas - Sinar Harian March 2012
Volkswagen pun tercabut jugak...ada kecoh?  dulu pernah sekali Preve patah gandar
 semasa sesi uji pandudi satu show room, kecoh satu Malaysia.
Cuba bayangkan kalau proton yang terbakar di atas jalanraya... sudah tentulah orang akan berkata- kereta murah, panas sikit dah terbakar... tapi bila Ferrari dan Lamboghini yang berharga dari RM1.5 juta terbakar di Malaysia, kenapa mereka diam aja? Apa alasan mereka bila melihat gambar ini? (gambar dari sumber internet)

Persona di CBD Melbourne
Savvy di Jambi
Waja Taksi di Makassar
Persona di Makassar
Saga FV Teksi kat Sulawesi
Bentor (Beca+Motor) hanya terdapat di Makassar
Ramai dari rakan-rakan ku yang pernah ke Korea Selatan. Apa yang menariknya diatas jalalan raya, cukup susah nak lihat kenderaan buatan Jepun, walhal Korea dan Jepun adalah dua negara yang berjiran dan berhampiran antara satu sama lain. Satu perkara yang penting juga, semangat nasionalisma mereka juga tinggi walaupun berbeza ideologi politik. Mereka akan mencari barangan buatan negara sendiri terlebih dahulu... dan jika tiada barulah mereka akan menggunakan produk buatan negara lain. Ini sudah tentulah berbeza dengan sikap sebilangan besar rakyat negara kita yang sering merendah-rendah barangan buatan tempatan dan berbangga dengan barangan luar negara... inilah mentaliti rakyat dunia ketiga!

Kereta polis Waja di UK
UK -Gen 2 dijadikan kereta Polis... Malaysia pun tak ada kereta peronda Gen 2
Di UK, Proton  telah dijadikan kereta polis dan kereta ini sudah tentunya berjasa dalam membantu menangani masalah jenayah di negara tersebut... dulu bangsa ini pernah menjajah kita, hanya menyediakan pelajaran kepada golongan elit sahaja, tapi kini kerajaan negaranya telah memilih Proton sebagai kenderaan rasmi untuk polis mereka. Tahniah Proton! ( gambar dari sumber internet)
Isteriku bersama Persona barunya ketika dibasuh untuk pertama kali
di Showroom Proton. No. Plat pun belum tampal lagi
Akhirnya aku kembali memiliki Proton... Kini Proton berani memberikan jaminan 3 tahun kepada semua komponennya dan tambahan lagi 2 tahun untuk gear box dan enjin... kereta jenama Jepun pun tidak semua memberikan jaminan sebegini. Kenapa perlu aku menggunakan jenama luar negara sedangkan jenama Malaysia pun memberikan jaminan kualiti yang sama?

Ayuh! kita bina jenama kita sendiri. Kita bangga apabila melihat Proton  melunsuri jalanraya  di negara lain. Apapun Proton perlu menjadi juara di negara sendiri sebelum boleh berjaya di negara luar!

Sekian.

* Semua gambar adalah dari kameran sendiri kecuali yang dinyatakan

Monday, May 27, 2013

Kota Malang yang Dingin

Kebun Apel di Batu, Malang, Jawa Timur
September 2011- Sekali lagi aku ditugaskan ke Indonesia, kali ini di sebuah daerah yang dingin  dan dan sentiasa angin sejuk bertiupan terletak di Jawa Timur iaitu Malang. Malang ambil masa 2-3 jam perjalanan darat dari Surabaya. Naik pesawat direct dari Senai ke Surabaya hanya ambil masa 2.5 jam untuk sampai. Aku disambut oleh ipar bibik ku (bekas bibik) yang sedang menjaga anaknya berusia 10 tahun.

Bertemu dengan anak bibik ku - (yg ada rambut didahi)

Menurut cerita bibik ku, apabila suaminya meninggal dunia semasa beliau baru berkhidmat selama sebulan dengan ku anaknya dijaga oleh iparnya... dan kini bibik ku menghadapi masalah hak penjagaan dimana iparnya dan mentuanya menghalang beliau untuk mengambil semula anaknya. Setelah 3.5 tahun berkerja dengan ku, beliau pulang semula ke Indonesia untuk menyelesaikan masalahnya dan ingat aku dia cuba selesaikan masalah keluarganya, tapi aku dapat tahu dia kembali ke Malaysia dan bekerja di sebuah kedai Dobi di Ipoh...


Monumen Sura & Boya (Jerung & Buaya) di kebun binatang
Asal usul nama Surabaya

Dapur Penang di Surabaya
Surabaya merupakan kota yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Tarikan pelancongan tidak banyak di kota ini yang rata-rata lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan.Ada beberapa Mall yang besar  terdapat  di Surabaya, cuma aku bukanlah jenis yang suka membeli belah dan rata-rata Mall mereka ini menjual barangan yang hampir saya dengan mall yang ada di negara kita. Cuma aku tertarik di food court mereka kerana terdapat beberapa masakan mamak dan dinamakan Dapur Penang...

Hotel Santika Malang. Tempat ku menginap 




Cuaca yg dingin membolehkan Apel ditanam di Malang

Apel jenis Manalagi yg sedang berbuah
Ada sesuatu yang aku baru tahu... di Malang memang terkenal dengan perkebunan Epel. Menurut sejarahnya, benih epel ini dibawa oleh orang Belanda dan cuba menanamnya di kawasan kaki bukit di Malang. Sememangnya kota Malang ini merupakan tempat percutian orang Belanda kerana suhunya agak sejuk berbanding dengan kawasan lain.   Namun, apa yang aku diberitahu, kini perkebunan apel ini hanya menjadi tarikan pelancongan sahaja kerana persaingan harga dengan epel dari China yang lebih murah dan lebih manis berbanding dengan epel yang sesuai ditanam di tempat beriklim tropika di Malang.

Lumpur Lapindo yang menenggelamkan kampung & jalan raya



Inilah benteng lumpur... ada lumpur disebalik benteng ini
yang berketinggian 2 tingkat bangunan

Dalam perjalanan dari Surabaya ke Malang, aku melalui satu kawasan yang telah dibanjiri oleh lumpur... Tempat ini ialah Sidoarjo yang satu ketika dulu adalah sebuah perkampungan dan mempunyai lebuhraya yang besar. Kini perkampungan mereka telah ditennggelami oleh lumpur yang dikatakan telah tersalah korek oleh sebuah syarikat carigali minyak iaitu Lapindo.. jika mahu maklumat lanjut, bolehlah cari di wikipedia "Lumpur Lapindo". Pemerintah kini telah membuat benteng yang hampir ketinggian 2 tingkat bangunan untuk mengelakkan dari lumpur ini membanjiri kawasan lain. aku masih lagi melihat lumpur ini keluar dari perut bumi dan terus mengeluarkan wap panas!

Limau/orange di Indonesia di panggi Jeruk. kalau di
malaysia tentu makna beda

Keretapi dari Malang- Surabaya melewati kawasan lumpur Lapindo

Tuesday, May 14, 2013

Jambi , Sumatera

Di kantor Gabenor Jambi, Bpk Hasan Basri Agus. Beliau kenal Datuk Ali Rustam
2011 - Jambi adalah sebuah daerah di Pulau Sumatera bersebelahan dengan Provinsi Riau dan Palembang, berpenduduk seramai lebih kurang 3 juta dan hampir 90% penduduknya adalah Islam. Sungai Batanghari merupakan perlabuhan penting untuk ekonomi Jambi yang rata-rata mesih bergantung kepada komoditi seperti Sawit dan Getah.

Perbincangan dengan Pak Gabenur
Tidak banyak tempat yang menarik di Jambi... malahan boleh dikatakan tiada langsung.Keadaan kotanya hampir serupa dimana-mana kota di Indonesia. Ada beberapa Mall yang besar seperti Jamtos (Jambi Town Square), Matahari, Ramayana, WTC Batanghari.)

Ada beberapa rute untuk ke Jambi antaranya  penerbangan lansung dari Batam ke Jambi atau menerusi Jakarta. Aku datang menerusi Jakarta kerana tiket dari Batam dah habis. Menurut pelajar disini, ada juga disediakan feri  ke Batam, namun perjalanannya lebih mencabar dan tidak selesa.

Universiti Jambi. Ada 3 Universiti di Jambi iaitu Univ. Batanghari dan IAN Sultan Thaha

Ziarah pelajar Malaysia di Jambi.. Ada  Kelab UMNO luar negara..




Gambar masuk koran (Akhbar)... banyak persaingan koran di Indonesia

Bandara Jambi.. menggunakan nama Sultan, tapi aku pun tak tahu apa dah jadi pada Sultannya?

Terlalu banyak bank di Jambi... berderatan ATM

He..he.. pembantu part time semasa di Jambi. Manis-manis orangnya.


Keadaan pasar di Jambi.. masih terlalu tradisional, kotor dan tidak teratur

Hidap proton. Savvy di Jambi

Di IAN Sultan Thaha
Sekian.

Sunday, May 5, 2013

Bangkok

Di Istana King Mongkut, Bangkok
2008-  Jalan-jalan ke Bangkok menaiki Air Asia dari Changi. Bangkok memang kota serba serbi dan bilangan pelancong asing amat ramai dan diwaktu malam  bilangan pelancong asing hampir sama ramai dengan penduduk tempatan di pasar malam mereka.

Aku menetap di hotel kawasan Sukhumvit, ditengah-tengah kota Bangkok.

Kota Bangkok dari Hotel

Istana Lama Raja Thailand

Istana lama raja Thai

Menam Choa Phraya- Dinner sambil river cruise

Membeli belah sambil naik sampan

Pasar di terusan-terusan

Wednesday, April 17, 2013

Bali... Island of God?


Di Danau Bedugul. Suhu dingin kerana terletak diatas kawasan pergunungan 
2008- Bali , yang di gelar sebagai 'Island of God' kerana begitu banyak kuil-kuil Hindu dan penduduknya masih lagi mengamalkan ajaran hindu yang kuat. Banyak rumah-rumah di sini mempunyai kuil dihadapan rumahnya dan penduduk. Pulau Bali memang terkenal dengan pelbagai budaya unik  dan kesenian, masih lagi kuat pegangan Hindu, serta ukiran batu dan rumah yang menarik. Selain itu, di tepian pantai, ramai surfer menjadikan pulau ini sebagai destinasi untuk melepaskan gian mereka 'bersurfers'.

Tarian kecak di Ulawutu. Awas.. ada monyet yg suka ambil cermin mata
Pada awalnya aku membeli tiket dari JB- Bali, namun mungkin kerana kurangnya penumpang, penerbangan ini dibatalkan dan aku telah memilih route yang lain iaitu dari Singapura -Bali. Penerbangan mengambil masa 2.5 jam dan sampai di Den Pasar aku dijemput oleh Pak Erick. Aku menempah Avanza selama 3 hari dan beliaulah menjadi Supir aku selama 3 hari di Bali. Hari keempat akau hanya sewa motor dan ronda-ronda di sekeliling bantar Kuta.

Hari Pertama- Di pantai Ulawutu
Di bandar Kuta, terdapat tugu pengeboman Bali, rasanya pada tahun 2002 bali di bom. Lebih 100 orang mati dan nama mereka diabadikan di tugu tersebut. Pengebomnya  telah berjaya ditangkap dan dikenakan hukuman mati, salah seorang yg aku ingat ialah Pak Amrozi.. Bandar Kuta memang happening diwaktu malam . Dipenuhi dengan Pub, disco dan minuman keras dimana-mana aja.
Ronald Mc Donald pun main surfers di Kuta
Di tepi pantai, ramai peniaga-peniaga yang menyewakan papan surfing mereka. Aku lihat ombaknya tidaklah kuat mana, tapi mungkin juga semasa aku datang bukan pada musim ombak besar. Pantainya biasa sahaja seperti pantai-pantai di Terengganu, cuma agak meriah kerana kedudukan bandarnya betul-betul di tepi pantai.

Tengok..siapa yg menari?

Bersama penari Barong

Pekerja pembersihan pantai pun ada uniform...

Suasana di danau Bedugul
Rekabentuk kuil ini menjadi ikon terkenal di Bali dan gambar matawang kertas Indonesia menggunakan gambar kuil ini sebagai hiasannya. Suasana agak sejuk kerana kedudukan kuil ini di tanah tinggi yang terdapat tasik disekelilingnya.
Pintu Gerbang yang banyak di Bali
Pintu gerbang ini banyak terdapat di Bali... Hampir setiap rumah mempunyai rekabentuk pintu gerbang begini, malahan dibeberapa tempat di Indonesia mengambil design  gerbang ini sebagai  hiasan pintu masuk bangunan ataupun Institusi Perguruan Tinggi.
Hotel ku menginap - Hotel Pesona di Jl. Poppy II
Hotel yang akau menginap tidaklah besar mana, malahan bilangan kamarnya pun tak sampai 30, namun keadaan biliknya bersih, selesa, besar, ada bath tub dan ada balkoni.. Sewanya sekitar RM120 semalam with American breakfast dan ada swimming pool. Channel TV yang ada hampir 50 channel! Kedudukan hotel ini pun agak tersorok dan supir aku pun hampir-hampir terlepas beberapa kali semasa menghantar aku balik ke Hotel.
Inilah jalan ke Hotel. Boleh muat 1 kenderaan sahaja.

Di tanah Lot. Kuil rupanya di atas tu

Tempat minum teh sambil melihat suasana sawah bukit

Di pantai Ulawutu yg diadakan tarian kecak
Rubabentuk muka bumi Pantai Ulawutu seakan-akan rupa bentuk Port Cambell di 12 Apostles Melbourne. Cuma dipantai ni tiada batu besar di atas laut seperti di 12 Apostles.
Di tanah lot.. kalau sun set lagi menarik
Massage oleh nenek kebayan di tepian pantai
Sedang aku duduk berehat di tepian laut, aku didatangai 2 orang orang tua yang menawarkan urutan kaki refleksologi..mula-mula kau ngak mahu kerana tujuan aku hanyalah untuk rehat-rehat aja, namun selepas negotiate harga, aku bersetuju juga.

Depan Hotel Hard Rock Bali.. tepi pantai Kuta
Satu pengamatan aku, walaupun jutaan pelancong yang datang ke Bali tiap tahun,  airportnya agak kecil perlu di upgrade. Saiz airport dan jumlah penumpang tidak sepadan. Airport Den Pasar ini perlu di besarkan lagi.. apatah ada beberapa syarikat penerbangan aku tidak pernah lihat pun ada landing di Den Pasar. Fasiliti awam dan jalan raya Bali pun perlu juga di naiktaraf. Sebagai Pulau  pelancongan yang menerima jutaan pelancong tiap tahun, kemudahan di pulau Bali jauh berbeza dengan Langkawi. Jalanraya agak sempit dan berlubang-lubang, Tanda jalan tidak banyak,  orang awam boleh mengutip pakir wang sesuka hati, malahan dicelah-celah lorong yang kecil terdapat hotel yang bertaraf 3 bintang... 

Sekian...