Saturday, June 14, 2014

Endau Beach Resort, Pantai Penyabong

Endau Beach Resort terletak di Pantai Penyabong dan bersebelahan Pantai Pasir lanun
Jun 2014- Cuti sekolah pertengahan tahun aku memilih untuk bercuti di tepi pantai Endau-Rompin. Satu malam di Rompin Beach Resort dan satu malam di Endau Beach Resort. Inilah pertama kali aku menjejaki kaki di Pantai Endau iaitu sempadan antara Johor-Pahang.

Endau terletak 25 minit dari Mersing..suasana kampung masih terserlah di tempat ini dan amat sesuai untuk sesiapa menenangkan diri dari kekusutan kerja seharian. Berdekatan  resort ini terdapat jeti bagi kaki pancing...banyak kereta yang pakir di tepi laut...tapi orangnya tiada, lalu aku bertanya dengan peniaga berdekatan dan mereka menyatakan kaki pancing ini telah menempah bot dan pergi memancing di tengah laut.

Cantik resort ini dan masih di selenggara dengan baik walaupun telah mula beroperasi sejak 1996 lagi. Tak perlu ke Bali atau Phuket atau Koh Samui... Pantai Endau pun dah amat cantik...

View dari luar bilik paling atas sekali ... cantiknya pemandangan

View dari bahagian paling atas resort
Inilah laluan yg aku lalui JB-Segamat-Muadzam Shah-Rompin-Endau-Mersing-JB  (420km)

Depan Resort.Ombak tidak kuat klerana terdapat beberapa pulau kecil dihadapan resort
Pandangan selepas subuh

Beberapa Pokok Bakau  didalam laut wlpn laut tiada lumpur 

Pandangan dari kolam renang...resort ini berbukit

Anak mencari batu dan hidupan laut di tepi pantai

Pantai Pasir Lanun kira-kira 700 meter dari resort. Perlu melalui jalan hutan untuk sampai disini. Pantai yg tersembunyi

Suasana waktu pagi ...aman, mendamaikan dan tenang...

Di jeti depan resort

Pandangan waktu pagi dari deck paling atas


Depan Resort... Lanscape dijaga dan dalam bilik pun ok

Banyak Lembu dan Kambing sepanjang perjalanan Endau-Mersing

View dari depan bilik... memang berbaloi!

Lagi view depan bilik...

Waktu pagi dari bahagian paling atas resort 


Melihat kebesaran Allah... indahnya bumi allah ini. Tak perlu ke Bali atau Phuket... Endau pun dah cantik
Jika berminat untuk bercuti disini, boleh google Endau Beach Resort

Wednesday, June 4, 2014

Red Carpet...macam Madame Tussauds.

Bersama Mr President, Barrack Obama semasa beliau melawat Malaysia
Mei 2014- Dengan membayar RM30, dapatlah aku bertemu dan bergambar dengan pemimpin-pemimpin dunia, selebriti dan juga ahli sukan terkenal diseluruh dunia... semuanya di Red Carpet i-city Malaysia

Kalau nak masuk Madame Tussauds, harga tiket hampir RM150+..itu harga tiket semasa di Sydney.. tak sanggup rasanya untuk membayar sebanyak itu hanya untuk melihat patung selebriti, akhirnya bila di Malaysia dah ada, aku tidak lepaskan peluang untuk masuk dalam Muzium ini. Ukiran lilin ini hampir menyerupai wajah sebenar dan  kulit model-model adalah lembut dan seperti  kulit manusia.

Ada patung yang boleh bergerak seperti Tunku Abdul Rahman dan Psy...berbaloi jugalah dengan harga RM30. Selebriti Malaysia agak kurang berbanding dengan luar negara....

Ada beratus-ratus patung selebriti, ahli sukan, politician, orang yang mempunyai ciri unik... inilah sebahagian gambar yang aku kongsikan ...


Anak bersama Her majesty Queen Elizabeth

Walaupun tak dapat jemputan, aku datang juga majlis perkahwinan diraja England

Sedang berborak dengan Kofi Annan...mana Kopi?

Yasser Arafat... Hidup Palestine! bekalan batu cukup ka?

Nelson Mandela

Albert Einstain...pemikir yang hebat

Watak digemari ramai...Mr Bean

Artis apa ntah... dia ajak minum

Ketinggian sebenar pemain bola keranjang China. Aku hanya paras ketiaknya sahaja

Oppa Gangnam Style...Psy

Micheal Jackson...Ketika kecil hitam, bila dah popular boleh putih

World War II at Vietnam... Styvelster Stollen

Entrance Red Carpet

Selfie dengan Mr. Barrack Obama... humble orangnya!
Merdeka!.. Tunku Abdul Rahman
Messi... pemail bola paling mahal didunia

Lee Chong Wei... No 1  in world

Ntah siapa nih... tak kenal
Jom... siapa yang gila glamer, tempat ini amat sesuailah untuk mereka...

Jalan-jalan di i-city Shah Alam

Ooouch! hampir-hampir kena tanduk
Mei 2014- Cuti hari pekerja kami sekeluarga memilih untuk bersantai-santai di i-city, Shah Alam. Kali terakhir aku ke i-city 4-5 tahun lepas dan ketika itu i-city cuma ada lampu -lampu led yang di bentuk dengan pelbagai rupa seperti pokok, angsa, rusa dan suasana malamnya amat meriah.

Antara attraction ialah i-city art trick museum... agak teruja juga melihat lukisan gambar 3D yang jika dilihat sekali imbas seperti betul jika kena dengan gayanya...

Beberapa gambar untuk tatapan

Tak perlu ke air terjun...

spalsh... basahlah baby aku

"Penjajah boleh berambus dari Tanah Melayu" kataku sambil melepaskan penumbuk

Kat sini pun ada lembu susu... tak perlu ke NZ

Aaggh!... tolong jangan usik saya

Bersama keluarga

"Adik pegang kuat-kuat, saya nak lukis"

Wang besar..wang besar..

lari..lari.. raksasa mangganas

Cermin ajaib...

wooit... malulah aku

Runtuhlah kerajaan Firaun...
Berbaloi stay hotel ni... semua attraction dekat...keluarkan duit aje

suasana waktu malam di i-city. dah ada macam-macam game

i-city wheel...

My Sarah
Ada lagi tempat yang aku pergi di i-city...tapi di post lain. Sekian