Sunday, October 12, 2014

Korban di Kemboja : Pengembaraan Memantap Rohani

Inilah Remok...Permandangan biasa di waktu pagi di kawasan luar bandar Cambodia. Remok boleh mengangkut 30-35 orang dewasa pada satu-satu masa. Kuasa enjin motorsilal hanya 150cc sahaja.
Oktober 2014- Memang sengaja aku memilih untuk menyambut Aidiladha di Kemboja untuk  menyaksikan dengan mata sendiri kehidupan dan denyut nadi masyarakat serumpun Melayu Cham yang majoritinya adalah Islam. Dianggarkan penduduk islam di Kemboja hanya sekitar 350,000 hingga 400,000 sahaja iaitu 4%-7% daripada jumlah penduduk negara berjumlah 15 juta.

Halangan pertama kami ialah semasa di Senai Airport lagi. Bilangan kotak yang berisi ubat-ubatan, makanan, pakaian dan peralatan pembedahan  berjumlah 30 kotak semuanya dan  perlu membayar excess luggage. Rupanya polisi MAS seorang penumpang hanya boleh membawa 2 bagasi sahaja ke tempat luggage dan had maksimum 30 kg. Jumlah berat memang tidak lebih...tapi hanya boleh bawa 20 bagasi sahaja ke dalam perut pesawat.  Kami hanya 10 orang sahaja dari Senai dan selebihnya menunggu dari KLIA. Akhirnya, terpaksa membayar +-RM850 untuk excess luggage bagi misi kali ini. Syukur di Kastam Phnom Penh, tiada masalah kerana ketua kami telah menyediakan dokumen untuk rekod mereka.

Biasanya warga Malaysia jika ke Kemboja  akan ke Kompong Cham iaitu kawasan yang paling ramai penduduk islam di Kemboja namun kami menuju Kg. Khlang Sbek dan Kg Chnnang untuk aktiviti kemanusiaan kali ini. Kumpulan kami terdiri daripada 23 orang yang mempunyai 6 orang doktor (2 doktor gigi), jururawat, pembantu perubatan dan beberapa orang sukarelawan yang mempunyai misi membuat khidmat berkhatan, pemeriksaan kesihatan, rawatan/pemeriksaan gigi dan korban.

Korban di Aidiladha di Kg Khleang Sbek. Hampir 30 ekor lembu di korbankan di Kg ini dan kebanyakkan lembu adalah sumbangan rakyat Malaysia

Bersunat... Hampir 80 kanak-kanak dari 3 Kampong berjaya disunatkan. Kedua-dua doktor digambar adalah warganegara Myanmar yg berkhidmat di Malaysia
Misi kali ini menyaksikan lebih kurang 79 orang kanak-kanak berjaya di khatankan, lebih 250 penduduk menerima pemeriksaan kesihatan dan lebih 150 mendapat rawatan gigi yang semuanya diberi secara percuma oleh pasukan kami... dan team kali ini membawa amanah sebanyak 30++ ekor lembu untuk dikorbankan semasa Aidiladha.( aku tidak pasti bilangan lembu) . Sumbangan korban diterima dari pelbagai pihak yang aku pun tidak pasti dari mana kerana tidak menyimpan rekod.


Menakjubkan!! Lebih besar dari lori 3 tan... hanya dibawa motorsikal 100cc. Jual tilam dari rumah ke rumah
Sedikit sejarah mengenai kekejaman Pol Pot di Cambodia
KEKEJAMAN POL POT TERHADAP UMAT ISLAM DI KEMBOJA

  • Pol Pot berkuasa selama tiga tahun dan lapan bulan iaitu dari tahun 1975-1979. Sepanjang tempoh berkuasa, beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja termasuk bangsa Khmer dan etnik Melayu Cham.
  • Ketika Pol Pot menguasai Kemboja, umat islam/melayu Cam telah dizalimi dengan begitu teruk sekali. Pol Pot tidak sekadar ingin menghapuskan masyarakat Melayu Cam tetapi dia sebenarnya ingin menghapuskan Islam yang menjadi jati diri masyarakat Melayu Cam sejak zaman berzaman.
  • Rejim Pol Pot telah membunuh lebih 200 orang ulama dan imam sepanjang tiga tahun(1976-1979) pemerintahannya. 
  •  Kira-kira 20 masjid pula dimusnahkan dan sesetengahnya dijadikan sebagai kandang babi oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.
  • Tidak cukup dengan itu, kitab-kitab agama dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera Khmer Rouge. 
  • Kekejaman Pol Pot tidak terhenti setakat itu, malah beberapa episod ngeri terus menghantui umat islam Kemboja. Antaranya, ialah nasib yang menimpa umat islam yang menghuni sebuah kampung di Kompong Cham. Jumlah mereka yang seramai 1,050 keluarga hanya berbaki 50 keluarga selepas tamat pemerintahan Pol Pot. Mereka semua dihapus dan dilupuskan oleh Pol Pot.
  • Tidak cukup dengan itu, tentera Khmer Rouge juga telah melenyapkan 16 buah kampung, membunuh 70 peratus penduduk daripada 200 keluarga di Koh Phol (Pulau Subur) dan bakinya diusir. Kini pulau itu dinamakan Koh Pheh (Pulau Abu).
  •  Pol Pot sebenarnya merancang ingin membunuh semua orang Melayu Cam sebelum tahun 1980, namun kerja Allah tak siapa yang tahu, kerajaan pimpinan Pol Pot akhirnya tumbang kira-kira tiga bulan sebelum detik itu. 
  •  Penutupan sekolah, pembakaran masjid dan kitab-kitab agama serta pembunuhan para alim ulama telah menyebabkan masyarakat Melayu Cham atau umat islam di Kemboja ketandusan ilmu hingga ke hari ini:
  • Bayangkanlah, umat islam di Kemboja ketiadaan kitab-kitab atau al-Quran yang sempurna selepas setelah tamatnya pemerintahan Pol Pot pada tahun 1979 dan keadaan sebegini berterusan sehingga tahun 1992. Dalam tempoh itu, rujukan dakwah hanya didapati daripada cebisan kitab-kitab dan al-Quran yang dapat mereka sembunyikan atau temui semula. Dan, hanya mulai tahun 1998, barulah usaha membina semula syiar islam dapat dilakukan dengan agak baik, itupun sedikit demi sedikit. 
        Sumber: Blogger bicaradariaku.com
Selepas solat Aidiladha bersama En. Shahrin & anak Kemboja

Pelawak Abon di Phnom Penh. Beliau adalah duta EZ Qurban. Katanya dah 7 kali ke Kemboja sertai Korban.

Melalui pengamatan aku, beberapa perkara berikut perlu menjadikan kita bersyukur menetap di Malaysia dan menginsafi diri sendiri :
  • Guru yang mengajar agama tidak dibayar gaji walaupun mereka berkelulusan ijazah dari Al-Azhar atau Malaysia. Bagaimana ustaz-ustaz ini  ingin meneruskan kehidupan jika tidak punyai sumber kewangan? Mampukah mereka meneruskan kerja mengajar tanpa gaji, sedangkan mereka juga ada keluarga yang perlu ditanggung...
  • Hanya jalan raya utama sahaja yang bertar...itupun tiada garisan putih ditengah & ditepi dan keadaan Jalan amat uzur sekali dengan diselang seli jalan berbatu. Bahu jalan pun teruk. Jalan ke kampung-kampung masih lagi tanah merah ataupun hanya denai (seperti Malaysia zaman 70an)
  • Diatas jalan berkongsi dengan tuk-tuk , kereta lembu dan pelbagai kenderaan tiada di Malaysia. (nak sebut pun tak tahu).  Perjalanan 30 km terasa jauh dan mengambil masa yang lama. Waktu malam tiada lampu jalan wlpun di bandar.
  • Secara purata, bekerja disektor perkilangan hanya menerima gaji sekitar USD 80-USD120 sebulan (RM250-RM370). Jumlah ini sememangnya tidak cukup walaupun untuk makan.
  • Oleh kerana gaji yang rendah termasuk anggota keselamatan, kadar rasuah amat tinggi di negara ini. Sebaliknya golongan kaya juga ramai dan kereta mereka besar-besar. kalau di Phnom penh, orang yang memiliki kereta besar banyak sekali ( jurang kaya dan miskin amat tinggi)
  • Kebanyakkan rumah, memang tidak bercat. Masjid kebanyakkan baru dan cantik dan sebahagian adalah sumbangan dari negara Arab dan Malaysia. Penduduk mereka berkain pelikat dan berbaju Melayu seperti kita kalau ke Masjid.. cuma tiada bersampin semasa Aidiladha. 
  • Airport Antarabangsa Phnom Penh hanya ada 4 aerobridge.. ini lebih kurang sama saiz dengan Senai Airport. Cuba bandingkan KLIA ada 2 Airport yang saiznya begitu besar.
  • Motorsikal dinaiki lebih dari 3 orang adalah pemandangan biasa... hanya penunggang sahaja yang perlu pakai helmet. teksi tidak banyak di jalan..tapi tuk-tuk banyak dan mereka ini memang berani membawa motorsikal di celah-celah kenderaan lain.
  • Keadaan sekolah kelihatan seperti sekolah 'tinggal' kerana rumput yang tinggi, keadaan yang tidak terurus dan kesan debu merah di dinding sekolah. Kebanyakkan orang kaya akan menyekolahkan anak mereka di sekolah swasta. Guru di sekolah kerajaan biasanya akan tuang kerja kerana gaji yang diterima tidak setimpal dan mereka akan buat kerja lain seperti memandu tuk-tuk. Jadi...bayangkan kualiti pembelajaran di Cambodia.
  • Masih menggunakan matawang USD untuk urusniaga seharian. Matawang sendiri iaitu Riel hanya digunakan untuk pertukaran wang kecil.. i.e jika harga barang USD1.50, anda boleh membayar kombinasi USD1 dan 2,000 Riel. 
  • Antara syarikat Malaysia yang telah bertapak di Cambodia ialah Maybank, Public Bank, RHB Bank, CIMB, Lim Kok Wing University, Axiata Smart, KFC - disini KFC adalah Halal, Naga Corporation, Holiday Villa, Sunway Hotel dll.

Angkut lembu pun guna motor... hebat sungguh orang Kemboja 

Aqiqah- yang dibuat sehari sebelum Aidiladha dihadapan rumah penduduk




Selepas solat Aidiladha di Kg Khleang Sbek. Penuh Masjid ini dengan jemaah
AIDILADHA DI KEMBOJA

Selepas selesai program  khidmat kesihatan  di Chhnang ( 47 bersunat & lebih 200 pemeriksaan kesihatan dan gigi) kami berpecah kepada 2 kumpulan. Aku kembali ke Khleang Sbek dan Satu kumpulan lagi ke Kg di sempadan Thailand (aku lupa nama kg tersebut) yang lebih daif kerana tiada bekalan air dan elektrik. Di Khleng Sbek, aku  tidur dibawah kolong surau, sudah cukup selesa bagi kami bertiga.

Tidak banyak aktiviti pada malam raya...anak-anak riang gembira bermain bunga api. Pada pagi aidiladha kami disajikan dengan masakan daging aqiqah yang sedap juga rasanya. Ke Masjid menaiki tuk-tuk milik Pak Saudara Ustaz Samad dan kebanyakkan penduduk Kemboja mengenakan  jubah dan berbaju Melayu & berkain pelikat seperti Melayu Malaysia untuk bersolat Aidiladha. Hampir sama dengan cara kita berpakaian, cuma memang tiada yang mengenakan kain samping. Bahasa Khmer/ Cham yang dibaca semasa khutbah memang aku tak faham.. tapi imam tersebut memang boleh berbahasa Melayu. Kedatangan kami warga Malaysia amat dihargai... mulanya aku duduk di saf belakang....namun apabila ada antara penduduk Kg yang perasan, aku & rakan Malaysia dibawa ke saf hadapan. tak sangka mereka memberi penghargaan ini kepada kami.

Bagi wanita pula, mereka akan mengenakan jubah pada Aidiladha.Menurut Ustaz Samad, Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri di Kemboja. Berbeza sungguh dengan kita warga Malaysia yang menyambut Aidilfitri selama sebulan!

Susana dalam Masjid sebelum Solat Aidiladha. Tazkirah dari imam
Muazzin sedang azan di Masjid Khleng Sbek semasa solat Jumaat

Antara lembu-lembu yg akan dikorbankan. Saiz tidak besar..lebih kurang macam lembu Malaysia je.
PEMANTAPAN ROHANI

Bagi anak-anak kecil perempuan  Khleng Sbek, mereka pasti akan mengenakan tudung walau apa pun baju mereka. Sesuatu pengamatan yang menarik yang berbeza dengan anak kecil di Malaysia. 

Pengambaraan kali ini memang cukup memberi kesan yang mendalam bagi diri aku. Sesungguhnya aku amat bersyukur dilahirkan sebagai muslim di Malaysia. Kalau mengikut sejarah, asal-usul Melayu di Tanah melayu adalah berasal dari Kerajaan Champa. Kerajaan Champa  telah diganyang beberapa kali oleh beberapa kuasa tentera sejak dari tahun 1400 hinggakan sekarang ini mereka masih sukar untuk mereka meneruskan kehidupan seiring peredaran zaman.

Inilah pengembaraan yang akan terus aku ingati dan akan dijadikan aku sebagai bahan cerita apabila bertemu rakan-rakan dan saudara mara. Mereka adalah Islam, Melayu dan saudara serumpun kita...adakah wajar kita hanya melihat sahaja kesengsaraan mereka? Kesusahan penduduk islam di Kemboja ini tidak mampu diajukan kepada pemerintah,  bukan kerana Islam adalah minoriti, malah bangsa Khmer sendiri yang merupakan majoriti juga dicengkam kemiskinan. Rujuklah mana-mana bahan bacaan atau di laman-laman web mengenai Kemboja dan isu mengenai kemanusian pasti menjadi topik utama penulisan . Bantuan perlulah dalam bentuk "Pancing, bukannya ikan". Ramai anak Champa yang cemerlang, namun tidak ada kemampuan untuk belajar di Universiti...bantulah mereka dengan memberikan biasiswa....Jika ada rezeki, aku pasti akan kembali ke perkampungan islam Kemboja walaupun tiada apa-apa tarikan pelancongan disini!

Coretan pengalaman aku kali pertama ke Kemboja boleh baca di link sini

Gambar Untuk Tatapan

Antara ubat-ubatan dan peralatan yang dibawa bersama. Jumlah kesemuanya 30 kotak. 
Kena bayar extra luggage +- RM850
Ustaz Samad yg berbaju Melayu biru. Gambar di Phnom Penh Airport

Kota Phnom Penh yang mula menampakkan bangunan pencakar langit

Central Market atau Phasr Thmei ( Pasar = Phsar dalam Kemboja)

Anak Champa  diajar cara memberus gig
Inilah Airport Phnom Penh. Hanya ada 4 aerobridge.. Sekarang sedang dalam pembinaan pembesaran

Lihatlah  kabel elektrik. Bayangkan kalau ada burung bertenggek, mesti kaki burung akan tersangkut ha..ha

Ini permandangan biasa. Ada 5 orang atas motor. Ada baby ditengah  baju biru. 
Gambar ini aku yg snap semasa OTW ke Airport 

Wajah anak Melayu Champa di pagi Aidiladha...mereka merenung masa hadapan.
Beborak-borak dan bertukar fikiran  dengan anak remaja Khleng Sbek di malam Aidil Adha
sambil melihat anak kecil bermain bunga api

Rakan rombongan wanita  naik tuk-tuk untuk solat Aidiladha.

Sejujurnya..aku pun tak sanggup naik kalau ramai penumpang. Nasib baik tak bergerak

Masjid di salah sebuah perkampungan Islam diantara Khlang Sbek dan Phnom Penh

Gambar diambil tengah-tengah Phnom Penh .Hadapan  Hotel penginapan
Tak senonoh betul!!.. Ini di kaunter check in di hotel budget berhampiran  Kg Khleang Sbek. Tanpa memakai pakaian dihadapan tetamu wanita. Segan silu Dr Shikin. Hampir 15 kali hotel ini blackout. Nasib baik ada wifi free

Pintu gerbang Masjid Khleang Sbek
Antara penduduk yang menunggu untuk pemeriksaan kesihatan 

Anak-anak kemboja sedang didemonstrasi cara gosok gigi yang betul
Dihadapan rumah penduduk ketika sedang menyembelih lembu untuk Aqiqah

Dibawah rumah Ustaz Samad selepas lunch. berbaju merah adalah wakil NGO dari Kota Tinggi

Perigi Pam..dihadapan rumah penduduk di Chnnang

Makanan lembu dari rumput kering

Sembelih lembu korban/akikah
Salah sebuah rumah penduduk. hanya berdindingkan daun atap
Fuhh!! selagi boleh isi . Boleh patah absorber lori mini ni. Permandangan biasa
Wajah anak-anak Kemboja.
Salah seorang dari mereka bila aku tanya dah sunat atau belum...
dia datang kehadapan aku dan menunjukkan zakarnya...ha..ha..ha

Inilah ahli kumpulan Khidmat masyarakat 2014 di Kemboja. 23 orang semuanya.
Aku tiada sbb jadi cameraman.
Sebahagian petugas bergambar di hadapan Masjid Khlang Sbek
OTW ke airport untuk pulang setelah misi selesai. Best jugak naik tuk-tuk. USD 7 untuk ke Airport
Inilah keadaan kelas di Sekolah Agama
Bersama Imam Masjid. Beliau boleh berbahasa Melayu
Ronda Kampung dengan basikal... aman damai dan menginsafkan. Hanya jalan tanah merah
Hadapan rumah ayah kepada Prof. Dr.  Fauzi Ismail di Chnnang.  Macam villa rumahnya. 
Inilah contact utama kami ke Kemboja dan beliau merupakan salah seorang pelarian semasa era Pol Pot. 
Kini semua anak beliau  adalah warga Malaysia dan ramai menetap di Melaka
Di Kg (sempadan Thailand)... dah macam pendatang tanpa izin dia orang ni..ha..ha
Daif sungguh Kg ni. Tiada air paip dan elektrik
Chief de mission- Dr Ismail yg berbaju biru.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment