Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 31 : Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf

Travelog Haji 31 : Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf di Masjidil Haram

Sebelum berangkat, beberapa sahabat mengirim wang untuk di beli al-quran untuk diwakafkan di Masjidil Haram. Begitu juga Aza yang menerima kiriman wakaf Quran dari beberapa orang rakan sekerja.

Di awal minggu ketibaan kami di Makkah, beberapa kedai dilaluan kami ke Masjid Al haram menjual Al quran. Harga sekitar SR25 senaskah. Rupa kulitnya sama sahaja dengan Quran yang terdapat yang di rak-rak di Masjidil Haram.

Saya menerima kiriman sekitar RM450 manakala Aza menerima RM400 wang yang dikirim oleh sahabat-handai untuk wakaf al Quran. Ini bermakna duit sebanyak RM850 kami boleh membeli 34 naskah al quran untuk diwakafkan ke Masjidil Haram.


Al Quran Masjid Al Haram mempunyai benang penanda warna kuning seperti di gambar. 

Dengan keadaan orang yang ramai dan keadaan yang sesak setiap kali memasuki Masjidil Haram, membawa al-quran dalam bilangan yang banyak bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi, kawasan Hotel tempat kami menginap tidak banyak kedai kerana laluan pejalan kaki  ke Masjid Al Haram adalah kawasan pembesaran Masjid. Kedai yang terdekat dengan pintu Masjid hampir 500 meter lagi sebelum sampai ke Masjid.

Apa yang kami lakukan ialah membeli  5 naskah al quran setiap kali perjalanan menunaikan solat di Masjdilharam dan meletakkan di rak-rak al-quran. Harga SR25 boleh dapat diskaun jika membeli dengan jumlah yang banyak.  Kami peroleh 5 naskah untuk SR100. Kami agak risau kerana pengawal Masjidil Alharam sentiasa memeriksa beg yang dibawa oleh jemaah apabila memasuki masjidil haram. Alhamdulillah, walaupun beg kami sering di periksa, namun semuanya melepasi pengawal.



Setiap kali kami ingin membeli al quran untuk diwakaf, mereka para peniaga akan menunjukkan quran yang diwaqafkan yang beharga SR25. Selepas kami membeli, peniaga tersebut akan cop 'wakaf' pada halaman pertama al-quran tersebut. Rupa kulit quran yang di jual oleh peniaga tersebut serupa dengan Al Quran yang terdapat dirak Masjidil Al Haram.


Susuna Al Quran di Rak di Masjid Al haram


Selepas kami menghabiskan kesemua wang yang kami terima dari rakan-rakan di Malaysia untuk membeli Al Quran, kami dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada al quran yang kami beli. Ini kerana terdapat di kedai tersebut  terdapat naskah Alquran yang dijual dengan harga SR70 senaskah dan kami juga memerhatikan petugas-petugas Masjidil Al haram seringkali memeriksa rak-rak al quran di Masjid  dan mengeluarkan beberapa Al quran dari rak tersebut. 

Selepas beberapa hari, barulah kami dapat tahu bahawa Al quran yang kami beli tersebut bukanlah quran yang sama seperti yang terdapat di Masjdil Haram. Di Mekah, terdapat pelbagai jenis Al Quran yang kelihatan seakan-akan sama seperti yang terdapat di Masjid. Maka, berhati hatilah anda. Mereka para peniaga dengan yakin cop "wakaf" pada Al quran yang kami beli dan apabila kami menyatakan wakaf sebelum membeli, mereka pula menunjukkan quran yang berharga SR25. 

Kelas Al Quran diadakan selepas Asar hingga Isyak di Masjid Nabawi setiap hari terbuka untuk Jemaah seluruh Dunia.


Namun Syukur alhamdulillah saya dimaklumkan, jika tidak sama, Al Quran  yang tidak sama yag telah berada di rak  akan dikeluarkan dari Masjid oleh para petugas di dalam Masjid dan akan di hantar kepada masjid lain. Masjid yang mana mereka hantar, saya tak boleh pastikan. Mungkin juga dihantar di Masjid seluruh dunia. Jadi para pembaca, pastikan anda betul-betul arif dengan rupabentuk Al Quran Masjid Alharam (cetakan Madinah) yang sebenar ini sebelum membeli untuk diwakafkan.

Quran yang terdapat di rak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mempunyai tali bewarna kuning dan kertasnya sedikit kekuningan. Harga (2016) ialah antara SR60-70 senaskah.

Untuk makluman, Raja Saudi akan mewakafkan senaskah Al Quran untuk setiap jemaah haji yang datang menunaikan haji pada setiap tahun. Kami peroleh semasa ingin pulang ke Malaysia dari Madinah. Quran yang di beri adalah beserta terjemahan Bahasa Indonesia. 


Maafkan kami wahai sahabat-sahabat yang telah mengirim, kami dah tersalah membeli quran (termasuk wakaf quran dari kami sendiri)

Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. PERCUMA
__________________________________________________________________________________

Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

3 comments:

  1. Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas lerkongsian travelog haji ini. Sangat memberi inspirasi.

    ReplyDelete
  3. terima kasih. sangat bermakna buat bakal haji . syukran.

    ReplyDelete