Sunday, January 10, 2021

Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji 2016

 Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji 2016.

Terlalu banyak perkara yang menarik sepanjang mengerjakan Haji, malahan sampai sekarang pun  masih segar dalam ingatan. Berikut adalah antara perkara yang menarik dan berlaku tanpa dirancang.


1. Pengapit semasa saya berkahwin pada 2001, Amran turut sama menunaikan haji bersama-sama kami, malahan penerbangan yang sama dan hotel penginapan yang sama.

Pengapit  kawin,  Hj. Amran. Alhamdulillah, dapat pergi haji sama-sama. Kami berdua adalah sepupu.

2. Seramai 4 rakan satu batch sekolah dari Form 1-5  turut sama mengerjakan haji tahun 2016. Sekolah  saya semua lelaki, jadi berjumpa ngeteh di Mekah semua datang secara bujang  walaupun semua kami menunaikan haji dengan pasangan/mahram masing-masing.

Bersama rakan-rakan sekolah di Mekah (4 sama batch dan 2 Junior yang kami kenal sejak zaman sekolah). 4 dari kiri  Hj. Aizam merupakan headboy.  Makan nasi Arab di di safwah tower. Nampak tak menara masjid haram? 
 

3.  Dua  orang rakan cousemate semasa  di Universiti juga mengerjakan Haji 2016.  Hassan dan Roslinda adalah coursemate saya dan jodoh mereka sesama coursemate.  Isteri saya adalah junior ku semasa di Universiti. Kami memang mengenali satu sama lain sejak zaman Universiti lagi.  Semasa di Universiti, Aza tinggal sama kolej kediaman dengan Roslinda dan aku sama kolej kediaman dengan Hassan. Sejak graduate 1998, inilah kali pertama bertemu semula. 

Kawan coursemate semasa di Universiti. Breakfast bersama di Safwah Tower


4. Sepupu isteri, Kak Ica &  Abang Ahmad juga menunaikan haji tahun yang sama. Walaupun penerbangan yang berlainan, tapi kami ditempatkan hotel yang sama. Dapat berjumpa dengan saudara mara atau rakan-rakan di Mekah adalah sesuatu yang menyeronokan dan sangat teruja kerana pertemuaan  tidak dirancang disebalik jutaan orang ramai yang berada di lokasi yang sama.   Kami doakan yang baik-baik untuk  mereka berdua.
Abang Ahmad ketika berjumpa di Hotel Penginapan
 
Berjumpa Kak Ica di Masjid Al Haram selepas solat Isyak


5. Alhamdulillah, selepas 8 bulan balik mengerjakan Haji, kami di kurniakan seorang bayi lelaki. Isteri disahkan mengandung selepas 2 hari balik haji. Anak ini merupakan anak istimewa dan sangat istimewa untuk kami. Anak ini diberi nama Ilham Zakwan. Ilham merupakan satu-satu anak lelaki kami dari 6 beradik. 
(p/s:  Antara perkara yang sangat diambil perhatian oleh wanita semasa di Mekah ialah pengiraan kitaran haid.)

Ilham Zakwan yang lahir selepas 8 bulan sekembalinya kami dari Haji. Kami balik Malaysia pada 3 Oktober 2016 dan Ilham lahir pada 4 Mei 2017.  Alhamdulillah, anak Mekah!  Moga Ilham sama-sama memimpin kami ke Syurga nanti.

6. Kelahiran Ilham adalah secara Ceasarian. Doktor Pakar Bius Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang merawati isteri saya merupakan jemaah Haji yang sama penerbangan dan tinggal di Hotel yang sama tingkat. Dia begitu terkejut semasa kami menemuinya sebelum pembedahan kelahiran. Terus beliau mengira-kira dengan tangan tempoh bulan kami balik dari Haji sebaik bertemu beliau di wad HSA. Sebelum sempat beliau mengira, saya beritahu beliau "Dah lapan bulan kita balik  :-)"    Terima kasih Dr Murniati. 

Dr Murniati (berjubah hitam)- Pakar Anesthesiologi (Bius)  HSA . Kebetulan beliau tinggal setaman dengan kami, namun tak pernah berjumpa di perumahan. Tapi.. jumpa di Hospital.  Beliau telah bersara tahun 2019.

7. Perkara yang paling saya suka semasa berada dihotel ialah menyidai baju di bumbung hotel. pemandangan dari atas sangat awesome... lebih lagi pada waktu malam. Waktu malam pun saya sanggup sidai baju. Bangun pagi dah kering! 



Pemandangan dari bumbung Hotel. View sangat Awesome terutama waktu malam. Hari-hari rasa nak sidai baju. Sidai 2 jam dah kering walaupun tak perah .. tak perlu dryer :-) 



8.  Kebiasaanya selepas balik solat subuh di Masjidil Haram, kami akan  membeli sarapan dan balik ke Hotel dan membentang tikar dihadapan bilik dan sarapan bersama seolah-olah seperti berkelah di tepi pantai. Ini kerana tempat makan yg disediakan tidak mencukupi dan sentiasa penuh. Situasi seperti ini tidak ada dilakukan di mana-mana hotel didunia ini!

Inilah tempat makan paling best di dunia! Suasana sarapan pagi selepas subuh di kebanyakkan Hotel Muassasah. Masing-masing jemaah akan membentang tikar dan makan sambil bersila bersama pasangan masing-masing. Sangat Meriah! Kami betul-betul merindui suasana ini. Only in Makkah during Hajj season.


9. Alhamdulillah, selepas mentua  balik haji tahun 2007 telah membuka hati kami untuk mendaftar haji pada tahun tersebut. Ini membolehkan  saya menunaikan fardu haji pada tahun 2016 ketika berusia 41 tahun  selepas menunggu 9 tahun. Satu range umur yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda untuk menunaikan haji. Semasa kami menunaikan haji tahun 2016, tempoh giliran menunaikan haji sudah menjangkau 90 tahun! 
Semasa kami menunaikan haji, mentua sayalah yang menjaga 4 orang anak-anak kami sepanjang 45 hari kami di tanah suci. 

Ayah dan Mak ketika nak berangkat ke Tanah suci dari rumah kami di Johor Bahru. Berangkat  pada Disember 2006 dan balik Malaysia pada Januari 2007. Selepas 9 tahun giliran kami pula.


*****



Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:

29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf 
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

Syazli Tahir - msyazli@gmail.com


 





2 comments: