Sunday, November 7, 2021

Mendaki Gunung Pulai



4 November 2021- Ketika cuti perayaan Deepavali, saya bersama anak berusia 9 tahun, Sarah Sofea ke Hutan Lipur Gunung Pulai yang terletak di Kulai. Cara nak ke sini senang sahaja, 2 minit dari plaza tol Kulai, anda akan nampak papan tanda Gunung Pulai, Kem Kaizen dan macam-mcam kem lagi di sebelah kanan. Belok kekanan dan jalan terus kira-kira 10 minit anda akan sampai ke kaki Gunung Pulai 1 (lihat papan tanda). Anda akan melalui kawasan perkampungan dan perlu membayar parking RM3 kerana kawasan parking adalah kawasan tanah persendirian yang di miliki penduduk kampung. Ada banyak warong dan restoran yang terdapat di kaki Gunung Pulai.



Untuk mendaki Gunung Pulai melalui denai atau trail hutan, anda perlu memohon permit dari Jabatan Perhutanan Johor.  Untuk kali ini, saya hanya ikut jalan tar yang di gunakan oleh pekerja syarikat telekomunikasi dan pemancar TV dipuncak Gunung Pulai. Pendakian mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampi ke puncak dan 1.15 jam untuk turun. Jadi ambil masa 3-4 jam untuk perjalanan naik-turun termasuk rehat dan makan.

Sepanjang pendakian, trek adalah jalan tar dan kadang kala terdapat kenderaan syarikat telekomunikasi melalui jalan tersebut.  Agak ramai orang yang mendaki dan ramai juga yang membawa stroller membawa anak masing-masing mendaki Gunung Pulai.  Jarak trek sekitar 5.5km sehala hingga ke puncak .

Sepanjang perjalanan anda akan mendengar bunyi desiran air terjun dan terk ini kebanyakan adalah bersebelahan laluan sungai. Puncak Gunung Pulai  sebenar bukanlah yang di daki, tetapi telah di bina banguna untuk pemancar televisyen. Anda tidak di benarkan mendekati stesyen pemancar tersebut yang sentiasa di kawal  oleh pengawal yang bertugas.  









 

1 comment:

  1. Casino Night at Borgata - Dr.MD
    Explore our 2021 Borgata Resort Casino Night at Borgata Hotel 울산광역 출장안마 Casino & Spa 광명 출장마사지 in Atlantic 인천광역 출장마사지 City, 안양 출장마사지 NJ. See photos, videos and 천안 출장안마 read real customer reviews at

    ReplyDelete