Saturday, November 9, 2013

Bangkok: Kota Mencabar Keimanan

Di Stesyen BTS  Nana. BTS ialah Bangkok Mass Transit System (BTS).  Rasanya sistem MRT mereka lebih efisyen dari KL kerana rel LRTnya 2 tingkat (atas bumi)  dan tempat pertukaran underground  berdekatan. Bagi mengisi masa lapang, aku naik dari hujung stesen ke hujung stesen semua laluan.
November 2013- Sekali lagi aku berkesempatan ke Bangkok yang hanya mengambil masa penerbangan 2 jam  dari KL (lagi dekat daripada Sabah). Ini merupakan kali ke 2 aku menjejakkan kaki di Bangkok, kali pertama sekitar 7 tahun lepas bersama isteri. Kali aku berseorangan kerana ada urusan kerja. Pengalaman pertama ke Bangkok amat membantu aku untuk mencari lokasi penginapan dengan makanan halal yang mudah di Bangkok.

Masjid ini terletak di hadapan hotel. Bangunan Masjid ini adalah sebuah Hotel, namun satu aras dijadikan Masjid. Aku sempat solat berjemaah Maghrib setibanya di Kota Bangkok.
Memang sengaja aku menempah Hotel di kawasan Arab-Bangkok iaitu Sukhumvit Soi 3 (Soi bermaksud Lorong), berdekatan dengan stesen BTS Nana. Memang strategik lokasi ini, hanya 2 station ke Siam (Siam adalah pusat Bangkok, seperti KLCC di KL)  dan jalan Sukhumvit adalah antara jalan Utama di Bangkok dan merupakan jalan terpanjang di Thailand. Kawasan Soi 3 ini memang majoritinya adalah Arab dan Afrika Utara. Kedai makanan dan jualan di kawasan ini dikuasai oleh peniaga Arab dan hampir semua restoran dan penjaja adalah halal. Tulisan signage di kawasan ini adalah tulisan Arab dan English. Tulisan Thai hanya kecil sahaja.

Walaupun begitu, kawasan ini tidak dapat lari dari bisnes utama waktu malam di Bangkok. Keluar sahaja dari lorong arab, sudah menunggu wanita-wanita yang berpakaian seksi memanggil-manggil untuk menawarkan servis. Bilangan mereka  ramai dan kalau dicampur dengan wanita yang menawarkan khidmat urut,... FUHH! sesuatu suasana pesta memanggil-manggil pelanggan yang sememangnya tidak dapat dilihat di Malaysia!

Tidak ada pub di kawasan Arab, tapi tempat urut (massage) dan salon banyak sekali dikawasan ini. Urut Thai memang antara yang terkenal didunia dan  pastinya semua pelancong akan mencuba urutan di pusat-pusat urut yang bersepah-sepah dimerata tempat. Pelancong perlu memilih tempat yang betul-betul hanya menawarkan urutan... awas jangan tersalah masuk. Kalau tersalah masuk, perangkap dosa cuba digoda! Namun kebanyakkan pusat urut adalah secara terbuka (dinding cermin dan tiada tirai)  dan  pekerja mereka berpakaian sopan dan ramai  pekerja urut adalah lelaki. Bagi wanita pula disediakan bilik khas. Harga urutan kaki hanya dari RM25 sejam dan cukup berbaloi...aku pun mencuba dan memang melegakan kaki ku yang keletihan berdiri dan berjalan seharian kerana bertugas di booth. Entahlah... memang kaki aku cramp semasa hari pertama di Bangkok. Mungkin kerana terlalu teruja berjalan-jalan window shopping dikawasan sekeliling Sukhumvit & Siam.

Bangkok memang Raja Dosa... terlalu mudah untuk buat dosa.
Keluar sahaja dari kawasan Soi Arab, 'mereka' amat berani menegur anda dengan suara yang menggoda untuk seperti "hi darling, you alone?" "Happy hour" . Bukan wanita sahaja yang menegur, malahan pemandu tuk-tuk, pemandu teksi, peniaga jalan adalah agen-agen  untuk mencari pelanggan. Di tangan mereka memegang gambar-gambar untuk dipilih... Huh! Perjalanan aku  ke stesen BTS memang mencabar keimanan walaupun hanya sejauh 300 meter sahaja. Tambahan lagi, sepanjang perjalanan menuju ke Hotel, terdapat penjaja kaki lima yang secara terbuka menjual toy sxx, pil kuat , DVD luxxh... Kalau di Malaysia dah lama kena kejar dengan DBKL, tapi di Bangkok, mereka ada lesen dan boleh berniaga di kali lima secara sah diwaktu malam walaupun menjual barang xxx.

Sebelum ini aku hanya tahu Sukhumvit ada kawasan Arab-Bangkok, rupa-rupanya kawasan ini juga salah satu kawasan 'Entertainment' terkenal  kerana amat banyak pub, clubs dan begitu popular dikalangan expatriat dan  pelancong asing. Besar rupanya kawasan Sukhumvit ni. Banyak hotel dari 5 star hingglah ke hotel bajet dan kondominium  menggunung disekeliling Sukhumvit Road dan kawasan ini memang happening dan trafik jam pun teruk. Pub ini bukan sekadar di bangunan-bangunan, malahan di tepi jalan pun ada van-van yang menghias  seperti kereta berhias dan menjual minuman alkohol berserta muzik yang rancak.... aku anggap  van ini 'van hantu'

Mahboonkrong (MBK) salah satu shopping center yang terbesar di Bangkok dan dipenuhi oleh Pelancong Asing.
Ada surau, makanan halal di mall ini.

Sesuatu perkara yang disukai oleh pelancong ialah menjamu mata untuk membeli belah... aku akui memang suka window shopping, tapi aku tidak suka membeli melainkan barang tersebut merupakan keperluan. Satu kepuasan melihat barang di peragakan, namun satu keperitan apabila kita nak membayarnya. Namun,  duit lebih mudah mengalir jika kita adalah pelancong. Jadi apa yang aku biasa  buat, aku hanya menukar duit cukup-cukup untuk makan, tambang dan penginapan.   Apa pun aku back-up dengan mengaktifkan card ATM dan kad kredit diluar negara supa jika ada kecemasan, bolehlah menggunakannya.

Walaupun Islam minority, ada juga Bank Islam Thailand. Bank ini di kawasan Arab -Bangkok
Tidak sahlah kalau ke Bangkok tidak menyusuri Menam Choa Phraya. Aku hanya dikenakan bayaran tambang RM2 sahaja untuk perjalanan hampir 20 mint (sehala) untuk ke Asiatique Riverfront dari BTS Saphan Taksin.( Sathorn pier)

Menam Choa Pharya adalah sebuah sungai yang besar, malahan terdapat perlabuhan darat di Bangkok wlpun jarak Bangkok ke laut sekitar 100km. Menyusuri Sungai Choa Phraya adalah satu kemestian bagi pelancong kerana anda dapat menikmati permadangan Kota Bangkok dari perspektif yang berbeza. Memang dikiri dan kanan Choa Phraya adalah bangunan-bangunan yang tinggi malahan Grand Palace terletak di tepi Sungai ini. Terdapat beberapa operator yang sentiasa bergerak membawa pelancong untuk menyusuri sungai ini dan terdapat pelbagai  pakej yang disediakan seperti menikmati makan sambil belayar, pertunjukan kebudayaan malahan ada juga  pub atas feri semasa belayar....


Chatucak merupakan pasar mingguan  sebesar 3 padang bola yg hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja. Naik BTS  boleh dan naik MRT pun boleh. Aku pergi naik underground MRT dan balik naik BTS.

Berhampiran Hotel

Jika aku diberi pilihan lagi untuk melancong dalam lingkungan 2-3 jam penerbangan, sudah pasti aku akan memilih Bangkok.  Selain dari perbezaan budaya, bahasa dan agama, Bangkok memang mempunyai keunikkan tersendiri yang aku merasakan perjalan tersebut lebih berbaloi jika dapat mempelajari sesuatu yang baru berbanding dengan Kota Kinabalu yang kita mempunyai persamaan hampir 80% dari keadaan di Semenanjung. Sama juga dengan Indonesia... aku boleh bercakap dalam bahasa Melayu yang boleh difahami oleh semua penduduknya. Tapi kalau ke Ho Chi Minh atau Cambodia, maka calculator merupakan alat komunikasi utama untuk membeli belah... tentulah seronok bila kita boleh menyumpah peniaga kalau tidak dapat harga yg kita setujui.  ha..ha..ha...


Cabaran lain sebagai muslim ialah untuk beristinjak, solat dan mencari makanan halal adalah cabaran yang tidak kurang hebatnya. Cabaran inilah yang aku suka!... apapun jangan lupa bawa botol kosong kalau ke toilet!

Link untuk catatan Pengembaraan   Bangkok 7 tahun lepas di sini  http://www.syazlitahir.blogspot.com/2013/08/bangkok.html

Gambar untuk tatapan:
Tuk-Tuk xtra large
Basikal bawa dlm train.. patut kayuh!
Eye of Bangkok ( Bangkok Wheel)
Rambang mata  di MBK Mall
Kedai yang hanya jual produk Halal di Soi 3 (dekat Hotel)
Di Grand Palace bersama isteri ketika melancong ke Bangkok 7 tahun lepas