- Makam di Constanitopel (Istanbul)
Abu Ayub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus
mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan
terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang
dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus
masuk ke rumahnya.
Baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub al-Ansari. Rumah Abu Ayyub mempunyai dua
tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas
kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika
berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk
baginda menerima tetamu.
Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal
di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada
suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di
tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang
lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi,
beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau
kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta
Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.
Abu Ayyub tidak pernah terlepas dari menyertai mana-mana peperangan sejak
zaman Rasulallah. Semasa zaman Khalifah Muawiyah dalam peperangan menyebar
Islam ke Constantinopel (674M), Abu Ayyub tetap berkeras menyertai kempen jihad
walaupun ketika itu umur Abu Ayyub lebih dari 80 tahun.
Dalam peperangan tersebut di Constanitopel, Abu Ayyub mengalami
kecederaan yang teruk dan beliau ditanya oleh Panglima tentera ketka itu Abu
Yazid bin Muawiyah,
"Adakah tuan mahu wasiatkan apa-apa sebelum
kematianmu wahai Abu Ayub?"
Abu Ayyub
menjawab,
"Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Konstantinople".
Ketika keadaan beliau sudah cukup tenat, beliau
berwasiat untuk dikuburkan diluar kubu Constantinopel. Ketika ditanya mengapa
beliau mahu di kuburkan diluar kubu tersebut, beliau berkata kepada Penglima
Tentera Muawiyah:
Hagia Sofya dari luar. Dibina pada tahun 532M dan siap pada tahun 537M pada zaman Kerajaan Byzantine di Constatinopel. Ditukar menjadi Isstanbul oleh Sultan Muhammad Al Fateh |
"Aku
mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan
dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak
kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik
tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“
Setelah hampir 800
tahun berlalu, iaitu pada tahun 1453M (beliau meninggal dunia 674M), Constantinopel berjaya
di jatuhkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dari Khalifah Uthmaniyyah. Kota
Constantinopel kemudian ditukar nama kepada Istanbul.
Selepas
kemenangan di Constanitopel kisah makam Abu Ayyub diluar kota
Constantinople telah menarik minat Sultan Muhammad Al-Fateh. Ingin benar beliau
menemui makam sahabat nabi itu. Untuk makluman pembaca, kemenangan kali ini merupakan percubaan kali
ke 11 oleh tentera Islam sejak dari zaman Khalifah Muawiyah lagi. Untuk itu,
Sultan Muhammad telah meminta nasihat daripada guru agama beliau, Sheikh Shamsuddin. Ulama ini kemudiannya bertawajjuh dan bermimpi menemui kubur Abu
Ayyub al Ansari.
Sultan Muhammad Al Fateh memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub dan setelah menjumpai kuburnya beliau mengarahkan digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Selepas digali, tentera menjumpai bahagian kakinya terlebih dahulu. Disini Sultan Muhammah Al Fateh mengarahkan tenteranya mencium kakinya yang fizikalnya masih segar.
Walaubagaimanapun, Sultan Muhammad Al Fateh gagal menciumnya tatkala mahu mencium, tiba-tiba kaki itu tertarik ke dalam tanah semula dan kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali beturut-turut. Pada malam itu, Sultan Muhammad al Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al Ansari. Abu Ayyub berkata kejadian itu berlaku kerana rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad Al Fateh. Padanya, tidak layak orang yang berjaya menawan kota Konstantinopel dan realisasikan hadis nabi mencium kakinya yang gagal menjejakkan kaki ke dalam kota Konstantinopel.
Diluar maqam Abu Ayyub Al Ansari |
Sultan Muhammad Al Fateh memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub dan setelah menjumpai kuburnya beliau mengarahkan digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Selepas digali, tentera menjumpai bahagian kakinya terlebih dahulu. Disini Sultan Muhammah Al Fateh mengarahkan tenteranya mencium kakinya yang fizikalnya masih segar.
Walaubagaimanapun, Sultan Muhammad Al Fateh gagal menciumnya tatkala mahu mencium, tiba-tiba kaki itu tertarik ke dalam tanah semula dan kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali beturut-turut. Pada malam itu, Sultan Muhammad al Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al Ansari. Abu Ayyub berkata kejadian itu berlaku kerana rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad Al Fateh. Padanya, tidak layak orang yang berjaya menawan kota Konstantinopel dan realisasikan hadis nabi mencium kakinya yang gagal menjejakkan kaki ke dalam kota Konstantinopel.
Rasullullah berkata ketika menggali parit semasa perang
Khandaq ( 5 H) "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera
Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja dan tenteranya juga
sebaik-baik tentera..."
Makam Sahabat nabi Abu Ayyub Al Ansari di Istanbul. Ada kompleks masjid di Maqam beliau. Al- Fatihah. |
Apakah kita juga
menjadikan Hadis Nabi SAW sebagai pendorong untuk membuktikan kebenaran Hadis
untuk umat akhir zaman. Rasulullah SAW ada bersabda bahawa di akhir zaman Islam
akan bangkit dari sebelah Timur? Sejauhmanakah kesungguhan kita untuk menjadi
orang-orang yang menyemarakkan Islam di sebelah Timur ini?
______________________________________________________________________________
Kisah Makam sahabat Nabi di luar Tanah Arab II
Saad Abi Waqqas
(Makam di Guangzhou, China)
Dimana Saad bin Waqas Dimakamkan?
Satu lagi cerita mengenai kuburnya ialah menjelang wafatnya, Saad meminta anak lelakinya untuk mengafaninya dengan jubah yang ia gunakan dalam perang Badar. ”Kafani aku dengan jubah ini kerana aku ingin bertemu Allah SWT dalam pakaian ini,” ujarnya.
Saad Abi Waqqas
(Makam di Guangzhou, China)
Saad bin Abi Waqas dikenal sebagai penyebar Islam di Cina. Lahir
dan di besar di kota Makkah, ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan cerdas..
Orang-orang selalu membandingkannya dengan “singa muda”. Ia berasal dari
keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orangtuanya,
terutama ibunya. Meskipun berasal dari Makkah, ia sangat benci pada agamanya
dan cara hidup yang dianuti masyarakatnya (jahiliyah). Ia membenci
upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Makkah saat itu.
Suatu hari dia didatangi Abu Bakar yang
dikenal sebagai orang yang ramah. Ia mengajak Saad menemui Muhammad di sebuah
bukit dekat Makkah. Pertemuan itu amat berkesan di jiwa Saad yang ketika itu
baru berusia 20 tahun. Saad segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW untuk
menjadi penganut Islam. Saad kemudian menjadi salah satu sahabat yang pertama
masuk Islam.
Saad sendiri memiliki
hubungan kekerabatan dengan Rasulullah Saw. Ibunda Rasul, Aminah binti Wahab,
berasal dari suku yang sama dengan Saad, yaitu dari Bani Zuhrah. Kerana itu,
Saad juga sering disebut sebagai Saad dari Zuhrah untuk membezakannya dengan
Saad-Saad yang lain. Keislaman Saad mendapat tentangan keras terutama dari
keluarga dan anggota sukunya. Ibunya bahkan mengancam akan bunuh diri.
Di luar masjid Saad Abi Waqqas di Guangzhou, China. Makam beliau juga di kawasan masjid ini |
Dijamin Syurga
Suatu hari
ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap
ke ufuk dan berkata, “Seorang penghuni surga akan muncul.” Ketika para sahabat
mencari di sekeliling siapa yang dimaksud Nabi, tiba-tiba Sa’ad muncul. \
Abdullah bin Amr
menanyakan “rahsia” sehingga mendapat jaminan surga. Sa’ad mengatakan,
“Ibadah yang aku kerjakan juga dikerjakan yang lain, kecuali aku tidak pernah
menaruh dendam atau berniat jahat terhadap kaum muslimin.”
Saad
terlibat dalam Perang Badar bersama saudaranya, Umair, yang kemudian syahid
bersama 13 pejuang Muslim lainnya. Pada perang Uhud, bersama Zaid, Saad
terpilih menjadi
salah satu pasukan pemanah terbaik Islam. Saad berjuang dengan gigih
dalam mempertahankan Rasulullah Saw setelah beberapa pejuang Muslim
meninggalkan posisi mereka. Saad juga menjadi sahabat dan pejuang Islam pertama
yang tertembak panah dalam upaya mempertahankan Islam.
Saad juga
merupakan salah satu sahabat yang dikurniai kekayaan yang banyak dan
digunakannya untuk kepentingan dakwah. Ia juga dikenal kerana keberaniannya dan
dermawannya. Saad hidup hingga usianya menjelang 80 puluh tahun.
Maqam yang dikatakan milik Saad Abi Waqqas di Guangzhou |
Maqam lain di luar bangunan maqam Saad Abi Waqqas |
Dimana Saad bin Waqas Dimakamkan?
Menurut catatan rasmi dari Dinasti Tang yang berkuasa pada 618-905
M dan berdasarkan catatan serupa dalam buku A Brief Study of the Introduction
of Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar
tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan, Islam masuk ke China melalui utusan yang
dikirim oleh
Khalifah Usman bin Affan (23-35 H / 644-656 M).
Menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke-18,
Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M. Catatan tersebut menyebutkan, Saad
bin Abi Waqqas dan tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia atau
yang sekarang dikenal dengan Etiopia.
Setelah kunjungan pertamanya. Saad
kemudian kembali ke Arab. Ia kembali lagi ke China 21 tahun kemudian atau pada
masa pemerintahan Usman bin Affan, dan datang dengan membawa salinan Al
Quran. Usman pada masa kekhalifahannya memang menyalin Al Quran dan
menyebarkan ke berbagai tempat, demi menjaga kemurnian kitab suci ini.
Wanita China sedang besolat di Masjid Saad Abi Waqqas |
Pada kedatangannya yang kedua di tahun 650, Saad berlayar melalui Lautna Hindi ke Laut China menuju pelabuhan laut di Guangzhou. Kemudian ia
berlayar ke Xi’an melalui laluan yang kemudian dikenal sebagai Jalan Sutera.
Bersama para sahabat, Saad datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan
baik oleh Maharaja Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683).
Namun Islam sebagai agama
tidak langsung diterima oleh Maharaja. Setelah melalui proses
penyelidikan, Maharaja kemudian memberikan izin bagi pengembangan Islam yang
dirasanya sesuai dengan ajaran Konfusius.
Mahajara China ketika itu merasakan kewajiban solat lima kali
sehari dan puasa sebulan penuh terlalu berat baginya hingga akhirnya ia tidak
jadi memeluk Islam. Namun begitu, ia mengizinkan Saad bin Abi Waqqas dan
para sahabat untuk mengajarkan Islam kepada masyarakat di Guangzhou. Oleh orang
Cina, Islam disebut sebagai Yi si lan Jiao atau agama yang murni. Kota Makkah
disebut sebagai tempat kelahiran Buddha Ma-hia-wu (atau Rasulullah Muhammad
SAW).
Saad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan ia mendirikan
Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga
di China.
Masjid ini menjadi masjid
tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya
teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai
monumen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu
setelah diperbaiki beberapa kali.
Diluar Masjid Guang Ta Lu |
Masjid ini juga dikenal dengan nama Masjid Guang ta, kerana masjid
dengan menara yang indah ini yang letaknya di jalan Guangta.
Ta bermaksud menara kerana menurut sejarahnya menara masjid ini adalah
yang tertinggi pada awal pemdiriannya dibandingkan bangunan lain. Sebagian
orang percaya Saad bin Abi Waqqas menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di
Guangzhou, China. Sebuah pusara diyakini sebagai makamnya. Makamnya menjadi
tempat kunjungan penganut Islam dari seluruh pelusok dunia.
Orang yang datang di Guangzhou merasa tidak lengkap jika tidak
menjejakkan kaki ke makam Saad. Namun, sebahagian lagi menyatakan, Saad meninggal
di Baqi’, dekat Madinah, dan dimakamkan dikawasan makam para sahabat. Meskipun
tidak diketahui secara pasti di mana Saad bin Abi Waqqas meninggal dan
dimakamkan, namun yang pasti ia memiliki peranan penting terhadap perkembangan
Islam di China.
Kalaupun kubur yang ada di China itu bukan kubur Saad bin
Abi Waqas tetapi pastinya kubur tersebut adalah kubur seorang berbangsa Arab
yang memiliki jasa besar kepada perkembangan Islam di China.
Sekian.
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
No comments:
Post a Comment