Alhamdulillah,
inilah doa yang ku bacakan beberapa bulan sebelum keberangkatan ke Makkah:
Ya Allah,
tempatkanlah aku dihotel yang berhampiran dengan Masjidil haram. Moga dapat
menginap ditingkat yang rendah dan rakan sebilik yang saling ingat mengingati.
Jahuilah kami rakan sebilik dari berbalah dan bermasam muka dan semoga
perkenalan kami berkekalan hingga keakhir hayat..
Kedudukan Hotel Qasr Al janadriyah dari Masjidil Al Haram |
Hotel kami adalah antara hotel yang paling hampir
dengan masjidil Al Haram jika dibandingkan dengan 8 hotel-hotel lain Muassasah
TH. Jarak kira-kira 800 meter dari pintu laluan Marwah. Saya ditempatkan bilik
816 di tingkat 8. Tingkat 8 adalah yang paling rendah untuk KT26. Tingkat
2-7 masih belum ada penghuni lagi ketika kami sampai. Rakan sebilik seramai 4
orang adalah satu rahmat di Makkah kerana tidak perlu berebut untuk menggunakan
bilik air. Sepanjang lebih 30 hari kami di Makkah, bilik air tidak menjadi
masalah kepada kami, malahan semua rakan sebilik boleh menggunakan bilik air
dan membasuh baju tanpa menggangu rakan sebilik yang lain. Bilik Aza hanya
sebelah bilik sahaja.
Semua perkhidmatan TH ada di hotel ini seperti Klinik TH, kaunter kewangan TH dibuka sehingga 10 malam, Poslaju, italk, agen dobi, jualan makanan di lobi dan mesin air minuman di setiap tingkat. Namun setiap kali waktu solat, semua servis ini terpaksa dihentikan kerana lobi hotel ditukar menjadi surau. Ramai jemaah yang uzur akan bersolat di lobi sahaja.
View Hoter Qasr Al Janadriyyah dari tempat sidai baju. Very Nice View! |
Namun, keselesaan di Hotel Qasr Al Janadriyah hanya
seketika sahaja. Selepas 2 minggu, jemaah dari KT lain kian memenuhi hotel. Lif
semakin sesak. Berhimpit-himpit dalam lif macam sardin. Ada jemaah yang ingin turun ke bawah, tetapi
naik dulu keatas kerana tidak mahu lif tersebut penuh ketika sampai di
tingkatnya. ( i.e dari tingkat 7 hendak ke G, tetapi masuk lif naik terlebih dahulu). Jadi,
bagaimana orang di tingkat atas nak masuk lif? Ada jemaah naik ke tingkat
satu menggunakan tangga dan masuk lif dari tingkat 1. Macam-macam ragam manusia
ada walaupun di tanah suci. Sebelum ini kami sidai baju di tingkat atas sekali,
tapi kali ini hanya menyidai di ruang tangga sahaja kerana tak sanggup nak
menunggu lif untuk naik ke bumbung hotel.
Lokasi Hotel Qasr Al Janadriyah
Surau di Hotel pada awal ketibaan kami, boleh
memuatkan semua jemaah kini sudah tidak lagi boleh memuatkan bilangan jemaah
yang semakin ramai. Waktu Asar dan Zohor adalah paling kritikal kerana ramai
jemaah tidak ke Masjid Al Haram. Suhu pada tengahari antara 40-45 Celcius yang
mana kebanyakkan orang kita tak tahan dengan suhu yang panas sebegini. Ramai
jemaah mengadakan solat jemaah di tingkat masing-masing sahaja. Menurut
mereka, ruang depan pintu lif disetiap tingkat boleh memuatkan 40 jemaah. Nak turun ke lobi merupakan masalah yang besar
bagi semua jemaah kerana lif sentiasa penuh terutama 15 minit sebelum dan
selepas waktu solat.
Tangga depan Hotel menuju ke Masjid Al haram |
Depan Hotel Qasr Al Janadriyah |
Bagi menguruskan surau Qasr Al Janadriyyah,
AJK sementara di buat dan tabung derma di wujudkan. Saya turut serta pada
mesyuarat pertama dan terus dilantik menjadi Setiausaha surau. Aktiviti surau
dihidupkan. Ramai dikalangan jemaah yang hebat-hebat dan ilmuan-ilmuan agama
yang tinggi. Alhamdulillah, AJK Surau berjaya mengesan mereka dikalangan
jemaah haji yang ilmuan dan agamawan dan menjemput mereka memberikan
ceramah dan tazkirah selepas Maghrib dan kuliah Dhuha. Sekurang-kurangnya
terisi jugaklah masa jemaah-jemaah haji dengan majlis-maslis ilmu. Dana yang
ada dibeli Al quran, sejadah, rak Quran dan jam solat serta diberi cenderahati
kepada penceramah-penceramah undangan. Aktiviti surau terus rancak
sehinggalah AJK dibubarkan ketika kami berangkat ke Madinah.
View dari bumbung (tempat sidai baju) Hotel Qasr Al Janadriyah. Alhamdulillah.. satu pemandangan yg amat cantik dari Hotel terus boleh nampak Masjid Al Haram. |
Hotel Qasr Al Janadriyah boleh di lihat di photo ini |
Link ke Travelog Haji 10: Bumi Makkah Penuh Kerahmatan
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email ke msyazli@gmail.com |
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
msyazli@gmail.com
No comments:
Post a Comment