Januari 2014 - Sekali lagi berpeluang ke Kota Jakarta. rasanya ini kali ke 4 akau menjejaki kaki di kota metropolitan yang mempunyai penduduk sekitar 10.5 juta orang. Jika dicampur daerah sekitar Jakarta yang di kenali sebagai JABODETABEK (singkatan bagi Jakarta, Bogor, Depok, Tanggerang dan Bekasi) jumlah penduduknya sekitar 28 juta orang (661km square) . Jumlah ini meletakkan Jakarta sebagai kota kedua paling ramai penduduk di dunia. Bayangkan....28 juta orang di Jakarta ini menyamai penduduk seluruh Malaysia!!!
Apa sahaja boleh di buat bisnes di Jakarta. Di waktu pagi dan petang terdapat ramai 'penumpang' yang harus dibayar oleh pemandu jika ingin melalui jalan yg perlu ada 3 penumpang. Satu suasana yang menarik dan kadang kala boleh mendatangkan keinsafan. Mereka melambai-lambai untuk menaiki kenderaan dan dapat wang jika menumpang kenderaan tersebut. Motorsikal tidak boleh melalui jalan ini... apapun peraturan yg dibuat oleh pemerintah, jalan ini tetap MACET!
Pasar Tanah Abang Blok B |
Misalannya, harga baju di Tanah Abang Rp100,000 (RM28) maka harga di Malaysia akan menjadi antara RM80-RM100. Itu yang aku perasan kerana aku dah 4 kali ke Tanah Abang. Dan apa yang menariknya, mereka boleh mengenali wajah orang Malaysia walaupun belum ada percakapan antara pembeli-penjual. Mungkin fesyen baju dan gaya kita berbeda dengan mereka.
Keadaan Jalan di Depan Hotel. Laluan pejalan kaki dipenuhi dengan lubang, sampah dan satu lorong jalan di kuasai oleh Angkutan Kota (Angkot) |
Surau di Jakarta Convention Centre (JCC)- Lelaki dan perempuan bercampuran |
Mereka menggunakan Balai Sidang, sebaliknya negara kita alih bahasa ke Konvensyen |
Trafik jam yang teruk membuatkan akau memilih menaiki Ojek atau teksi motorsikal untuk di JCC. Tambangnya sama sahaja dengan teksi Bluebird tapi kerana nak cepat aku memilih kaedah yang berisiko asalkan sampai cepat. Ojek tidak boleh masuk ke tempat pakir JCC, jadi aku diturunkan jauh sedikit...namun apa yang peliknya di Jakarta, Teksi perlu membayar pakir walaupun hanya untuk menghantar penumpang. Aku dikenakan charge Rp5000 jika mahu taksi hantar sampai ke depan pintu JCC.
Diluar JCC kedai makannya seperti di kawasan Kampung Baru KL. Hanya beberapa gerai buruk menyediakan makanan local. Di KLCC mana ada ada gerai makan macam ini?
Lagi satu tips, pilihlah taksi Bluebird atau Pusaka (warna biru metalik). Hanya inilah syarikat teksi yang boleh dipercayai...yang lain-lain semua tidak mahu gunakan meter dan cekik darah. Bluebird lebih baik servisnya berbanding teksi KL. Pengalaman aku kalau didepan KLCC tiada satupun teksi yg nak guna meter untuk kawasan sekitar KL. Teksi KL memang lebih teruk dari tandas awam!
Plaza Tol Cengkareng (CGK) menuju Airport |
Shopping Mall disini besar-besar juga seperti Plaza Indonesia, Senayan City, Ciputra Mall dan Mall di Mangga Dua. Mall ini setaraf KLCC atau Mid Valley yang mana biasanya hanya mampu melihat barang sahaja. Semasa aku berada di Jakarta, diberitakan Jalan ke Mangga Dua banjir dan kesesakan teruk. Jadi aku memang tidak kesana. Cukuplah shopping di Tanah Abang.
Bajaj di Jakarta. Mungkin ini salah satu punca Macet |
Walaupun banyak channel, hanya Upin Ipin, Boboiboy dan Siti Nurhaliza sahaja yg ngetop di Indonesia berbanding penyanyi Indonesia yang ramai boleh diterima di negara kita... termasuklah Tegar.
Depan Pasar tanah Abang Blok G. Aku tak sempat masuk blok ini. |
Sekian.
Aku patut mencuba menaiki keretapi mereka... tapi kurang maklumat mengenai peta laluannya |
Jam 7.30 dah mula berniaga dan meriah di sekeliling Tanah Abang |
Meriah dan Murah... kalau perempuan Malaysia datang sini, pasti akan bawa balik 3 guni besar baju |
No comments:
Post a Comment