Thursday, June 26, 2014

Rompin Beach Resort

Di check-in counter Rompin Beach Resort, Pantai Hiburan, Kuala Rompin

Cuti sekolah pertengahan tahun 2014 aku memilih destinasi pantai timur Pahang/-Johor untuk bersantai. Destinasi pertama ku ialah di Rompin Beach Resort yang terletak di Kuala Rompin iaitu kira-kira 5 minit dari Bnadar Rompin. Boleh tahan juga cantik pantai Hiburan ini... Perjalanan aku bermula dari JB-Segamat-Muadzam Shah- Rompin.  Kebetulan ada sepupu berkahwin di Segamat dan Rompin mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit dari Segamat.


Laluan percutian 2014-  JB-Segamat-Muadzam Shah-Rompin-Endau-Mersing-Kota Tinggi- JB
Aku book hotel ini melalui agoda.com dan bagi aku harga dan kondisi hotel ini tidak berbaloi. Beberapa kemudahan di hotel ini tidak diselenggara dengan baik. Keadaan biliknya biasa sahaja malahan chanel TV yang jelas hanya 2-3 sahaja. channel TV lain semuanya berpasir. Aircond di bilik juga tidak berapa sejuk bilik airnya biasa sahaja. Keadaan kolam renangnya juga kotor dan air kolamnya tidak begitu jernih...

Hotel ini mempunyai 2 jenis bilik iaitu jenis chalet dan hotel... kalau anda memilih chalet, keadaan bilik adalah seperti rumah semi detach, manakala jenis hotel pula adalah seperti hotel biasa 4 tingkat. Saiz biliknya sama sahaja. Bilik jenis chalet lebih santai, ada varandah dan tidak perlu menaiki lif.. itulah yg aku suka!

Hanya satu malam aku disini dan malam kedua aku di Endau Beach Resort. Hanya mengambil masa 30 minit dari Rompin. Baca pengalaman di Endau Beach Resort DISINI

Beberapa gambar untuk tatapan...

Sunrise di Rompin. Indahnya bumi Allah ini 


Ini hanya menggunakan camera HP... pun dah nampak cantik. bayangkan kalau kita ada di Pantai ketika itu


Signage diantara Muadzam Shah-Rompin.. banyak haiwan liar kerana kiri dan kanan jalan adalah hutan

Icon Bandar Rompin..Ikan Layar, tapi yang popular di Rompin ialah Udang Galah

Permandangan Pantai Hiburan, Rompin... saujana mata memandang

Sarah Sofea bermain air di kolam renang di Rompin Beach Resort

Anak-anak bermain pasir pantai di kala petang

Air surut... ombak tidak begitu ganas, namun arus agak kuat

Suasana sunset di Pantai Hiburan

Sunrise dari kawasan Hotel

Yahooo...dapat rileks

ramai tetamu hotel menikmati permandangan sunrise dikala pagi

Sunrise di Rompin Beach Resort



Makanan istimewa di Rompin...Udang Galah.. Sekilo mencecah RM80 (gred A+)

1 comment: