Tuesday, August 26, 2014

Ho Chi Minh City : Pengalaman Unik Berbelanja


Dihadapan Ben Thanh market. Hotel tempat aku menginap yang ada billboard Canon. Hanya beberapa meter sahaja ke Pasar yang popular dikalangan pelancong 

Ogos 2014- Route Johor Bahru-Ho Chi Minh City  (HCM) merupakan satu laluan baru Air Asia yang hanya mengambil masa 1 jam 40 minit ke kota yang terbesar di Vietnam. jangkasamasa penerbangan JB ke HCM (dulunya dikenali sebagai Saigon) lebih kurang JB- Jakarta. Lebih dekat  HCM berbanding ke Kota Kinabalu. Penduduk  di HCM sekitar 8 juta penduduk dan rata-rata penduduk disini menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama mereka. Bilangan motorsikal amat banyak di HCM dan suasana di jalanraya disini amat unik dan berbeza dengan suasana dengan bandaraya lain.

Secara perbandingan, kota HCM jauh lebih bersih dari beberapa bandar di Indonesia. Kesesakan lalu-lintas pun tidak seteruk seperti di Jakarta.


Teksi Vinasun antara syarikat teksi  mempunyai reputasi baik di HCM. Mereka menggunakan meter dan pemandu mereka bertali leher. Vinasun juga menempatkan staf mereka di hotel utama HCM dan tempat tumpuan. Perkhidmatan mereka jauh lebih baik dari kebanyakkan Teksi di KL. Teksi di KL memang lebih teruk dari tandas awam!
TEKSI DI AIRPORT
Dari Airport, aku mengambil Teksi dari syarikat Vinasun seperti photo diatas. Syarikat ini mempunyai rekomendasi yang baik dari blogger lain yang pernah ke HCM. Tidak perlu membeli kupon teksi seperti di KLIA, anda hanya perlu keluar dari pintu airport dan cari pekerja syarikat yang memakai baju hijau tua dan bertali leher. Anggaran tambang sekitar VND130,000-150,000 (RM20-RM23) untuk perjalanan ke kawasan Hotel berhampiran  Ben Thanh. Teksi ini menggunakan meter. Anda dinasihatkan mencetak nama dan alamat hotel dalam tulisan Vietnam (google sebelum berlepas) kerana tidak semua pemandu teksi boleh memahani tulisan rumi dan sebutan kita kadang-kala berbeza dengan dialek mereka.

Rata-rata teksi di HCM adalah Toyota Vios dan Innova dan kereta ini hanya digunakan sebagai teksi di HCM berbanding di Malaysia Vios seolah-olah sebuah kereta yang hebat...begitu juga pengalaman aku di Jakarta...Vios hanya teksi sahaja. 

Jadi, kesimpulannya aku nasihatkan belilah Proton. Banggalah dengan produk kita, jenama kita, teknologi kita dan secara tidak langsung akan menaikkan imej negara di kalangan  negara membangun yang lain. Buanglah mentaliti dunia ketiga dimana   lebih merasa bangga dengan produk negara asing berbanding dengan produk sendiri.


RESTORAN HALAL DI HO CHI MINH
Jangan terperanjat... mencari makanan halal bukanlah susah di kawasan Ben Thanh market.. aku merasakan seperti di negara sendiri dimana restoran halal banyak, rasanya sama dan bayar dalam Ringgit!!! cuma harganya lebih  sedikit dari harga di kebanyakkan restoran di Malaysia... tak mengapalah... sewa kedai di kawasan ini memang mahal. Berniaga di kaki lima pun perlu bayar sewa USD2,000 sebulan! itulah yang dikatakan oleh seorang peniaga yang hanya menyewa satu ruang kecil di kaki lima di hadapan sebuah kedai.

  
Restoran Basiroh...di Malaysian Street. Hanya beberapa langkah dari pintu belakang hotel. Pemiliknya adalah seorang juara musabaqah Al Quran dan boleh bayar dalam RM. menu sama macam di malaysia spt nasi goreng, mee goreng, kuey teaw Goreng.  Photo 2- Restoran Melayu- Pun tak jauh dari Hotel, namun aku tak sempat mencuba di restoren ini . Tiap pagi dengar suara Siti Nurhaliza dari restoran ini 
Restoran Serai.. berhampiran dengan Ben Thant market dan berhadapan dengan Restoran Halia..namun aku lupa nak ambil gambar di restoran Halia. Photo No 2- Restoran Seri Penang.. aku tak mencuba makan.. tapi confirm halal. Semua Restoran ini hanya berjalan kaki dari hotel penginapan.
Warung Saigon... pemilik adalah orang Melayu Malaysia. Harga agak mahal sedikit berbanding dengan harga restoran Bashiroh. rasanya seperti di Malaysia. Teh tarik berharga hampir RM4. 
Peniaga jalanan menggunakan motorsikal menjual air kopi memang banyak. Kopi Vietnam memang terkenal dan aroma kopinya menusuk hidung. aku pun ada beli kopi 3 in 1 Vietnam. Fuhh, memang sedap.


BERBELANJA DI HO CHI MINH- Peniaga wanita yang berani dan agresif
Pasar Ben Thanh...lokasi ini adalah tempat utama pelancoong membeli belah. Barang jualan  terdiri dari cenderahati, pakaian, t-shirt, seluar, kain ela, cadar, alas meja, barangan dapur dan macam-macam...tiap lot kedai kecil sahaja, tapi bilangan kedainya banyak 
Pasar Ben Thanh merupakan tumpuan utama tiap pelancong yang datang ke HCM. Antara perkara yang unik berbelanja disini ialah:

1.  Peniaga boleh berbahasa Melayu dan Ingeris dengan baik dan merima Ringgit sebagai mata wang utama..(ohh..mengalir  matawang negaraku di negara asing). Contohnya "Abang, tengok dulu abang" atau "Abang, murah ..abang" atau "Abang, cari apa  abang" dengan suara yang menggoda....
2. Kebanyakkan peniaga adalah wanita dan mereka begitu agresif... sehinggakan satu ketika seramai 5 orang menarik tangan aku untuk menyuruh membeli barangan mereka.
3. Harga buka amat cekik darah... nasib baik aku dah install application XE dalam smartphone... aku gunakan untuk convert RM ke VND. Kali pertama aku membeli, sudah kena sembelih... tapi kali kedua, aku cuba minta 60% dari harga buka.. Contohnya sehelai baju harga buka RM52 (VND360K), akhirnya aku boleh dapat RM22 (VND150K)... kalau berani boleh cuba dapat RM18-20 sehelai baju yang berfesyen. T-shirt yang biasa akan dijual sekitar RM10, namun aku beli di luar Ben Thanh hanya RM6-7 sehelai sahaja.

Disebelah malam, disekeliling Ben Thanh ada pasar malam yang dibuka mulai jam 7-11 malam setiap hari. Jenis barang yang dijual sama sahaja seperti di Ben Thanh dan anda perlu ada skill untuk tawar-menawar. Ada yang peniaga yang sama di Pasar siang dan Malam sebab ada peniaga yang menegur aku bila jalan-jalan di pasar malam mereka..."Hey Abang... i see u this afternoon" 


Saigon Squre - Tidak jauh dari Ben Thanh (berhadapan bangunan tinggi Keppel) dan disini orang tempatan berbelanja. Saiz kedai pun kecil macam Ben Thanh , namun ada aircond dan peniaga lebih sopan dan harga yang munasabah. Bilangan kedai agak banyak juga. Biasanya tidak dapat banyak tawar-menawar disni kerana harga yang di kenakan sudah memadai. Kebanyakkan  menjual pakaian dewasa dan wanita. Rakan aku membeli pakaian sukan hanya beharga RM13 dan katanya jika membeli di kedai Al Ikhsan , harga sekitar RM 50-60 bagi baju berjenama sukan. Kualiti sama sahaja... baju berjenama pun banyak dan harganya adalah 4-5 kali lebih murah berbanding dengan jenama sebenar, Kualiti kain adalah sama kerana kebanyakkan pakaian berjenama dibuat di Vietnam


BAJU KURUNG, JUBAH DAN TELEKUNG- Syurga bagi kaum Hawa
Pelik....tapi benar.... Itulah keadaan di HCM dimana tiada pun Melayu Champa yang memakai baju kurung seperti di Malaysia, tapi baju kurung banyak dijual disini. Mereka bukan menjual secara kecil-kecilan, tapi jual secara borong berbundle-bundle. Kedai mereka seolah-olah pusat borong baju seperti di Tanah Abang Jakarta. Baju yang di pamerkan hanyalah untuk hiasan sahaja... stok baju mereka bertingkat-tingkat!!


Antara baju  kurung yang di jual di Ho Chi Minh. Patutlah harga baju kurung di malaysia lebih murah dari kain, rupa-rupanya di Ho Chi Minh lagi murah
Baju kurung dari serendah RM28 sehelai di HCM... lebih murah dari harga kain di Malaysia. Semua kedai baju kurung boleh bayar menggunakan Ringgit


GAMBAR KEDAI-KEDAI BAJU KURUNG DI KAWASAN BEN THANH
Kedai menjual baju kurung banyak.. ini tidak termasuk kedai baju kurung yang menjual di pasar Malam Ben Thanh dan di kaki lima.

Kedai-kedai ini adalah di sekitar Ben Thanh sahaja... Kawasan perkampungan Melayu Cham  terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Ho Chi Minh

Meriah..meriah..meriah...  3 kali lebih murah dari Malaysia. baju Melayu pun murah. Kain pun yang terbaik tudung pun banyak...Tudung Fareeda pun boleh bungkus kalau mereka mula masuk ke pasaran Malaysia


METROPOLITAN HO CHI MINH CITY
Motorsikal adalah pengangkutan paling banyak di HCM. Satu pemandangan yang lain dari  Malaysia. Kalau nak melintas jalan di sini... pejamkan mata dan teruskan melintas, kalau tak buat macam tu, tak melintaslah... tapi sepanjang 4 hari aku disini, tak nampak pulak ada perlanggaran walaupun sistem jalanraya disini begitu tidak tersusun dan berterabur. Tiada flyover dan tidak banyak trafic light, tapi masing-masing pemandu amat memahami antara satu sama lain. Bunyi hon adalah sesuatu yang biasa disini, jadi susana di jalan raya riuh rendah. Kalau di Malaysia membunyikan hon dah tentu kena baling batu!

Suasana dijalan raya HCM... penuh dengan motorsikal. kalau ada kereta dianggap mewah

Suasana malam adalah sesuatu yang mengerikan... ayam-ayam sudah mula berkokok. Mereka mula mencari pelanggan. Berbeza dengan Bangkok dimana wanita mereka begitu berani menawarkan diri, tapi di HCM, bapak ayam berkeliaran mencari pelanggan. Orang perempuan Vietnam pemalu agaknya.  Macam-macam tawaran yang diberikan walaupun tidak dilayan. Aku dan rakan sekerja akan sentiasa jalan berdua untuk mengelakkan gangguan... namun, ayam-ayam tidak kenal putus asa. Pantang nampak lelaki, pasti mereka akan menegur. Antara dialog mereka "pretty girl... massage..young girl..." Aku dan rakan ku pun menjawab "berdosa...haram..."  Walaupun aku tahu mereka tak faham apa yg aku katakan.... akhirnya bila kami tak layan, mereka pun beredar, tapi datang ayam lain pulak....fuhhh...penuh dengan dugaan! 

DIMANAKAH INI?
Semua ini kebanyakkan di Nguyen An Ninh Street, District 1 (Malaysian street),  berdekatan Pasar Ben Thanh. Sejujurnya... semua gambar ini adalah dari kamera aku sendiri dan semua tempat-tempat ini hanya berjalan kaki sahaja dari Hotel. 
Hotel aku memang strategik di Malaysia Street HCM... iaitu di jalan Nguyen An Ninh. Kalau sesiapa nak ke HCM, carilah hotel di sini...semuanya dekat dan senang nak cari makanan halal. Cuma kalau nak ke Masjid, perlu jalan yang berliku dan mungkin tak jumpa kalau tiada orang yg guide. Masjidnya hanyalah di celah lot kedai. Di restoran halal kebanyakkan ada sediakan surau.

Keadaan bilik hotel yang menawarkan harga yang berbaloi. Bilik mandi pun cantik dan bersih. Ada hampir 30 channel TV dan lengkap dengan safety box.
Sekian, Terima kasih

Gambar untuk tatapan

Iklan tourism malaysia menggunakan gambar Legoland

Mereka berebut-rebut untuk polish kasut.. akhirnya aku mengalah dan membayar mereka

Rakan seperjalanan Zul sedang melihat kain. 

Durian pun banyak dijual di HCM

Topi ini masih banyak digunakan di HCM

Metropolitan HCM... kota yang sedang pesat membangun. Makin banyak bangunan pencakar langit
























2 comments: