Saturday, January 17, 2015

Istanbul ...Aku Datang - Menyusuri Selat Bosphorus



Di Taksim Square pada awal pagi. Itu adalah tugu yang dibina oleh Ataturk selepas Turki menjadi Republik

November 2014- Kali ini aku berpeluang ke Istanbul sebuah kota yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi Turki. Kedudukan Istanbul yang terletak kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrace) dan Asia (Anatolia)  merupakan kota metropolis yang unik di dunia. Sebuah Kota yang mempunyai 2 benua yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
  1. Empayar Rom (330M-395);
  2. Empayar Byzantine (395-1453) -selama hampir 1100 tahun dikenali sbg Constantinopel
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923) - hampir 500 tahun dan di jatuhkan oleh Kamel Ataturk
Di Pasar Rempah (Spice Market) sedang membel pelbagaii teh dan melihat cenderamata untuk dibeli sebagai kenangan. Disinilah aku mendengar peniaga Turkey menyanyikan lagu M. Nasir 'Satu hari di Hari Raya' ketika melihat aku berjalan di hadapan kedainya... aku senyum kearahnya dan dia pun ketawa
Asalnya, Istanbul adalah ibu negara Turki, namun pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara oleh Mustafa Kamel Ataturk. Ankara dipilih kerana lokasi Istanbul yang begitu strategik di antara laut Marmara dan Laut Hitam dan Selat Bhosporus memudahkan musuh untuk menyerang.  Jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Angka ini menjadikan  Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia .

Dinner diatas feri bersama delegasi lain yang majoritinya adalah berbangsa Eropah dan Amerika

Aku menaiki Qatar Airways dan  mendarat di  Sabiha Gokcen International Airport yang terletak di sebelah Asia. Jarak dari Airport ke Hotel penginapan ku disebelah Europe mengambil masa hampir 1 jam 15 minit. Istambul mempunyai  satu lagi Airport iaitu Ataturk Airport yang terletak di sebelah Eropah. Sabiha Gokcen  sebenarnya seorang anak angkat Kamel Ataturk dan merupakan pilot wanita pertama Turki untuk pesawat pejuang.  Bayaran Teksi dari Sabiha Airport ke Hotel penginapan di Taksim  TL170 atau hampir RM250 sehala. Sabiha Gokcen Airport merupakan Airport yang di urus oleh Malaysia Airport Berhad bersama syarikat Turkey.. Tahniah MAB!!

Sampai di Hotel sudah hampir 11 malam dan aku hanya makan Kebap kerana sudah keletihan. Apa yang menariknya siaran TV di hotel ini mempunyai 300 channel dan channel sukan sahaja hampir 12 channel. Turki menggunakan Turkish Lira (1 TL = RM1.50) dan matawang Euro juga digunakan dikebanyakkan tempat pelancongan. Disebabkan sukar mendapatkan matawang Lira di Malaysia, aku membawa Euro dan USD. Kedua-dua wang ini mudah untuk di tukar dimana-mana money exchange.


Di awal pagi di Dataran Taksim. Peniaga jalanan memulakan perniagaan menjual roti berupa donut dengan harga Turkish Lira 1 (TL1). Kebanyakkan gerai jalanan adalah seperti ini dan banyak di tepi jalan. 

Mereka sedang polish kasut dan tempat meletakkan kasut begitu ekslusif sekali.Awas... kalau pelancong nak polish mungkin akan dikenakan caj Euro20  (RM80)

Di Grand Bazar ( Kapali Carsi) yang menempatkan hampir 4000 kedai, 18 pintu dan 61 lorong

GRAND BAZAR
Grand Bazar (Kapali Carsi)  merupakan salah satu bazar yang terbesar dan tertua  didunia dan semua kedainya berbumbung. Dinanggarkanbazar ini  mempunyai 4000 kedai yang  menjual karpet, barangan kulit, pakaian, aksesori wanita, pelbagai lampu, cenderahati, alas meja da runner dan pelbagai barangan lain.   Bazar ini mula dibuka pada zaman Sultan Muhammad Al fatih pada tahun 1455 iaitu selepas 2 tahun penaklukan Istambul dari Byzantine. Bazar ini mempunyai 61 lorong dan 18 gate dan pengunjung yang kali pertama kesini ada kemungkinan akan sesat untuk bertemu jalan mula-mula mereka masuk.  Bazar ini menerima antara 250,000- 400,00 pengunjung sehari dan antara tempat pelancongan  yang paling ramai  didunia menerima pelancong setiap tahun iaitu kira-kira 91 juta pengunjung setahun! 


Dihadapan salah satu gate masuk ke Grand bazar. Bazar ini mempunyai 18 gate
Disini harga barangan  yang diletakkan agak tinggi. Pelancong perlu berhati-hati dan perlu pandai menawar. Awas kepada scam-scam yang akan menegur kita dan membawa kekedainya menjual karpet yang harganya kekadang tidak masuk akal. Pelancong biasanya akan menjadi serba salah kerana mereka seolah-olah memaksa kita untuk membeli dan biasanya kedai mereka terletak di lokasi terpencil dalam bazar tersebut. 

Aku hanya membeli 2 sehelai tshirt biasa dijual sekitar TL15 (RM24) sedangkan kualiti tshirt tersebut seperti tshirt yg berharga RM10-12 di Malaysia. Rata-rata kedai menjual TL20 (RM30). Rupanya tshirt dikedai berhampiran dengan hotel aku lebih murah harganya..hanya TL10 sahaja untuk sehelai tshirt. Nasib baik baru beli 2 helai.
Burung merpati yang jinak di Taksim Square
Ini keju... memang tak ada dijual keju sebesar ini di Malaysia. Gambar di Spice market

PASAR REMPAH (Spice Market)

Juga dikenali sebagai Spice bazar atau Bazar Mesir  yang merupakan pasar kedua popular selepas Grand Bazar. Antara barang yang dijual seperti rempah ratus, teh turkey, manisan Turkey seperti Baklava dan Lokum, pelbagai kacang, aksesori wanita, cenderamata kaligrafi, dan pakaian penduduk tempatan. Ramai yang boleh berbahasa Melayu dan mereka memang mengenali orang-orang Malaysia. Dari Hotel aku di Taksim ke pasar ini mengambil masa sekitar 15 minit dan tambang TL25-30. Kalau pandai naik Tram lebih murah iaitu TL4 sehala.


Barang yang dijual di Pasar Rempah seperti kekacang bahan masakan

Antara manisan Turkey sepertri Baklava, Lokum dan pelbagai lagi aku tidak pasti namanya.
Salah satu kedai dalam Spice market. Terdapat pakai tradisional Mesir dan bazar ini juga dikenali sebagai Bazar Mesir


MASJID SULTAN AHMET ( MASJID BIRU)
Masjid ini juga dikenali sebagai masjid biru kerana jubin dalamnya berwarna biru. masjid ini dibina atas arahan Sultan Ahmet I dari tahun 1609-1616. Tidak sah kalau ke Istanbul tidak ke masjid yang bersejarah ini.. Tapi apa yang aku perhatikan, terlalu ramai pengunjung lebih berminat untuk bergambar tanpa solat di dalamnya... syukur akau dapat solat jamak Zohor dan Asar ketika menziarahi masjid ini.

Kedudukan masjid ini berhadapan dengan Hagia Sophia, iaitu sebuah Gereja yang ditukar menjadi masjid ketika penaklukan Istanbul daripada kerajaan Byzantine. Boleh baca sejarah Hagia Sophia dan kisah penaklukan Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-fateh di blog saya di SINI (klik). Rekabentuk masjid ini banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri keislaman EmpayarUthmaniyyah dan  seni bentuk gereja dari Empayar Byzantine. Di Istanbul, rekabentuk gereja dan masjid hampir sama sahaja dari luaran.


Masjid Biru dikala senja

Pelancong yang masuk dalam masjid dan hanya boleh berjalan dibahagian belakang masjid. Pada waktu solat pelancong tidak dibenarkan masuk ke ruang solat

Masjid biru dari luar ruang solat

Kubah Masjid Biru. Dianggarkan 20,000 jubin ditampal didalam Masjid ini (tahun 1609M)

MENYUSURI SELAT BOSPHORUS
Salah satu yang menjadikan Turki sebuah negara yang unik ialah ia terbahagi kedudukannya sebahagian di Benua Eropah dan sebahagian lagi di Benua Asia dipisahkan oleh selat Bosphorus. Aku berpeluang 2 kali menyusuri selat Bosphorus. Sekali diwaktu malam dan disajikan dengan makan malam dan sekali diwaktu siang yang hanya melihat panorama sekeliling Istanbul.

Kota Istanbul  dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosporus, Laut Marmara, Laut Hitam  dan  kawasan Tanduk Emas atau lebih popular dengan panggilan Golden Horn. Dikawasan Tanduk emas kapal perang Sultan Muhammad Al fatih di 'layarkan di daratan' dan kemudiannya dapat menawan Constantinopel hingga sekarang. Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine.


Salah satu yang menjadikan Turkeye sebuah negara yang unik ialah ia terbahagi kedudukannya 1/2 di Benua Eropah dan 1/2 di Benua Asia dipisahkan oleh selat Bosphorus Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine. Kota Istanbul ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosporus, Laut Marmara dan Lautan Tanjung Emas atau lebih popular dengan panggilan Golden Horn .

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Salah satu yang menjadikan Turkeye sebuah negara yang unik ialah ia terbahagi kedudukannya 1/2 di Benua Eropah dan 1/2 di Benua Asia dipisahkan oleh selat Bosphorus Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine. Kota Istanbul ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosporus, Laut Marmara dan Lautan Tanjung Emas atau lebih popular dengan panggilan Golden Horn .

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_w
Terdapat 2 jambatan yg merentangi selat Bosphorus. Kini terdapat keretapi bawah laut untuk menyeberangai antara benua Asia dan Eropah

Banyak sejarah lampau di selat Bosphorus ini. Kiri dan kanan selat masih jelas kelihatan kubu-kubu lama di zaman kerajaan Byzantine dan Uthmaniyyah masih kukuh. Antara bangunan bersejarah yang boleh dilihat ialah istana-istana peninggalan Kesultanan Uthmaniyyah seperti Istana Topkapi, Istana Dolmabache, Ciragan, Yildiz, Beylerbeyi dan kesemuanya ada 7 istana. Juga boleh melihat kubu Rumeli Hisari yang dibina dizaman Sultan Muhammad Al fateh.

Menyusuri selat Bosphorus ini kita boleh melihat dan mendalami pelbagai peninggalan sejarah dan gambaran secara ringkas pembangunan Istanbul. Walaupun pelayaran ini lebih kepada lawatan bersiar-siar berbanding kajian secara mendalam tempat dan bangunan bersejarah yang dapat dilihat, ia dapat memberi gambaran kepada setiap pelancong mengenai kepelbagaian senibina ribuan tahun yang terdapat di kiri dan kanan selat!!

Peta Selat Bosphorus yang memisahkan benua Asia dan Eropah. Terdapat 2 jambatan yg menghubungkan kedua-dua benua ini
Permandangan Istanbul dari atas feri di selat Bosphorus

Di deck paling atas feri..sejukk...

Mereka hanya jemput dinner di atas feri ....tapi ada menu tambahan  lain pulak yang dihidangkan

Salah satu yang menjadikan Turkeye sebuah negara yang unik ialah ia terbahagi kedudukannya 1/2 di Benua Eropah dan 1/2 di Benua Asia dipisahkan oleh selat Bosphorus Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine. Kota Istanbul ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosporus, Laut Marmara dan Lautan Tanjung Emas atau lebih popular dengan panggilan Golden Horn . Alhamdulillah, aku telah dapat menyusuri selat Bosphorus ini . Kami sewa sebuah tongkang dan hanya kumpulan kami je atas tongkang tu. Tapi semua dah masuk dalam pakej dan tak perlu bayar. Kira2nya inilah aktiviti terakhir kami sebelum kami meninggalkan bumi Turkeye dan terbang ke bumi barakah pagi dinihari .

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Diatas Feri dan boleh nampak Jambatan yg menghubungkan Asia dan Eropah

DATARAN TAKSIM (Taksim Squre)
Disinilah aku menginap selama berada di Istanbul. Terlalu banyak hotel di kawasan ini dan Taksim terkenal dengan kawasan hiburan, restaurant, kedai dan merupakan hub rel Istanbul Metro yang terletak dibawah tanah. Di Taksim Square juga terletaknya monumen Republic Turkey yang dibina selepas  Turki menjadi sebuah republik. Terdapat sebatang jalan yang iaitu Independence Avenue (istiklal Caddesi) yang begitu popular dikalang pelancong dan penduduk tempatan yang menempatkan pelbagai kedai, jalan tram yang terawal, restaurant, pub dan pelbagai hiburan jalanan sepanjang jalan ini.

Aku berkesempatan melalui jalan ini dari hujung ke hujung jalan untuk merasai sendiri pengalaman dan melihat kedai yang ada disepanjang jalan. Dan yang paling menarik ialah gelagat penjual  ais krim yang membuat persembahan unik  ketika melayani pembeli...memang menarik!


Suasana di Taksim ( Independence Avenue) di waktu malam..setiap malam macam inilah ramainya orang

Inilah Tram klasik yang terdapat di Taksim square. Tambang TL4 untuk sehala

Taksim Square di awal pagi..Banyak merpati yg jinak dan sentiasa di bersihkan najis oleh pihak berkuasa

Permandangan biasa diwaktu malam..tetap ramai tanpa mengira hari dan musim

Salah satu kedai menjual ais krim.. siapa yg berminat, bolehlah cuba membeli ais krim dimana-mana tempat di  Istanbul. Anda akan dibuli oleh penjual ais krim

View dari Restaurant Hotel...kalau makan kat luar boleh mati kesejukan


HAGIA SOPHIA (Aya Sofya)

 

Asalnya Gereja dizaman Byzantine,  kemudian ditukar menjadi masjid oleh Muhammad Al fateh dan sekarang adalah muzium oleh Kamel Ataturk. Masih jelas kelihatan lukisan Virgin Mary diantara kalimah Allah dan Muhammad

Sila baca sejarah lengkap mengenai Aya Sofya dan penaklukan Istanbul oleh Sultan Muhammad Al fateh di coretan saya sebelum ini di SINI (klik)


METROPOLIS ISTANBUL

Aku rasa dah terlalu banyak menulis..cukuplah berkongsi informasi pengembaraan aku di Istanbul. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah  yang hebat Turki dan Empayar Uthmaniyyah, bolehlah membeli buku-buku Empayar Uthmaniyyah yang  banyak di pasaran dalam Bahasa Melayu  atau google saha maklumat yang hendak dicari. Cukup banyak pengajaran dari lawaaatn ke bumi Turki ini.

Sesunggunya, lawatan yang singkat ini telah membuka mata  untuk melihat kebangkitan dan kejatuhan sebuah kerajaan islam. Kesimpulannya, kejatuhan Islam sekarang adalah akibat dari kelalaiian umatnya sendiri dan ramai umat islam yang menjauhkan diri dari Allah swt. Ya Allah, kau kurniakan kami pemimpin sepertimana Sultan Muhammad Al fatih yang tidak pernah meninggalkan solat , solat rawatib dan solat tahajjud ketika beliau menakluk Istanbul. Amin....

Sabda Rasullullah swt "Constantinople (kini Istanbul) akan ditakluki oleh tentera Islam . Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya  adalah sebaik-baik tentera" Hadis riyawat Imam Ahmad.  Selepas lebih 820 tahun Rasuluallah bersabda, barulah Istanbul dapat ditawan

- Bagaimana Konstanitople ditawan pada tahun 1453M oleh Sultan Muhammad Al Fateh.. baca di SINI (klik)

- Trip kali kedua ke Istanbul [klik sini]

Sekian.

Sedikit gambar untuk tatapan...

Stesyen Tram Sultan Ahmet. Aku menaiki tram balik ke Hotel dari Masjid Biru


Masjid yg berhampiran Pasar Rempah

Perbezaan tulisan Coca Cola antara Arab dan Turki. Aku transit selama 2 jam di Doha
Berhampiran Hotel
View dari tingkap bilik Hotel

Inilah Hotel aku menginap di Taksim Istanbul. Point Hotel. Cuba check Agoda  rate hotel ini semalam. 

Taksim Square
WELCOME TO ASIA.. Selepas jambatan  selat Bosphorus .On the way back to Airport

Dalam kedai menjual cenderamata
Dalam Tram ..nak balik ke hotel

Stasion Tram di Masjid Sultan Ahmed

Ini bukan kedai lampu..tapi salah sebuah hotel butik yang memang banyak lampu

Winter are coming... daun mula berguguran. Ada 2 helai daun aku bawa balik Malaya.



Melihat Golden Horn atau tanduk emas dan Istanbul dari atas bukit. naik Cable car nak ke tempat ni

Berhampiran Masjid Aya Sofya dan Masjid Sultan Ahmet ( Masjid Biru)


1 comment: