|
Suasana di Warsaw. Cuaca ketika ini 16C dan gambar ini ini diambil pada jam 3 pm, ramai berbasikal dan berjalan kaki. Suasana yang tiada di KL kecuali waktu Car Free day pada Ahad pagi |
May 2019 - Sebuah negara Eropah yang aku pergi ketika musim bunga dan cuaca ketika itu masih sejuk lagi iaitu <15C di waktu siang dan <10C diwaktu malam. Ini adalah bulan Ramadhan dan waktu Subuh ialah pada 3.15am dan berbuka 8.15pm, aku perlu berpuasa kira-kira 17.5 jam - 18 jam. Ketika berada di sana, hampir tiap hari ketika aku berada di Warsaw (disebut Warszawa)cuaca hujan. Solat Teraweeh bermula jam 10 dan habis jam 11 malam, itupun hanya di buat 8 rakaat sahaja.
|
Gdansk- 3 jam menaiki Keretapi dari Warsaw Central |
Aku ke Warsaw atas satu urusan kursus dan berada di Warsaw selama 6 hari. Hari kedua kami di bawa mengenali Warsaw oleh SGH School of Economics dengan mengediakan bas dan tour guide professional. Cuaca yang sejuk dan sedikit gerimis tidak membataskan pergerakkan aku namun, keletihan Ramadhan tetap dirasakan.
|
Masjid Ośrodek Kultury Muzułmańskiej yang terletak 8 minit jalan kaki dari Hotel Ibis Warsawa Reduta
|
Persediaan awal yang dibuat oleh aku ialah mencari masjid di Warsaw kerana kebiasaanya di sekitar masjid terdapat restoran halal dan kadai runcit halal. Aku memilih Hotel Ibis Reduta yang terletak 8 minit berjalan kali ke Masjd ini. Syukur, bukanya sahaja terdapat restoran dan kedai Halal, malahan, berbuka puasa juga di sediakan oleh pihak Masjid. Menu yang disediakan juga sedap iaitu nasi arab berlauk ayam/ kambing atau kebab daging. Solah Terawikh juga di lakukan di Masjjd tersebut.
|
Pakaian Tradisi penduduk Polish |
|
Dalam MRT dari SGH Univ. ke stesen Warsaw Centrum. Tiket bas, MRT, Tramp adalah sama dan harga tiket adalah mengikut tempoh masa. |
Di Warsaw, Bas, Tramp dan MRT menggunakan tiket yang sama, namun di Hotel kediamannya ke SGH perlu bertukar bas atau Tramp menyebabkab aku merasa takut untuk menggunakan kenderaan awam. Jadi, untuk berasa selamat, aku menggunakan teksi sahaja dan tambang sekitar PLZ 20-25 sehala dari hotel ke SGH. Untuk menaiki bas, anda boleh menggunakan google map sebagai panduan untuk mencari nombor bas dan laluan.
|
Old Town Gdansk |
|
Salah satu pintu masuk ke bangunan SGH |
|
Istana lama Polish. Tiada siapa pun kisah mengenai Raja selepas WW2 kerana raja Polish tiada anak |
|
Salah satu banguan lama di Warsaw |
|
Bandar lama di Warsaw |
Menyingkap sejarah Poland, negara ini berkisar mengenai Yahudi, Komunis, World War 1 (WWI) dan World War II ( WWII). Bagi peminat sejarah Eropah, perkara sejarah ini sudah tentu menarik minat yang yang mendalam kepada muzium-muzium yang terdapat di sekitar Warsaw dan Gdansk keran di Muzium ini menceritakan sejarah Poland di zaman Komunis Soviet sehingga mencapai kebebasan seperti sekarang.
Terdapat muzium Holocaust di Warsaw yang patut aku masuk, namun keletihan berpuasa mengebabkan aku terus balik ke hotel tiap kali tamat kursus disesi petang.
|
Menaini keretapi di stesen centrum ke Gdansk |
Aku melihat ramai pelancong datang secara berkumpulan
termasuk pelajar sekolah Poland melawat serta menyaksikan kesan tinggalan
sejarah kota itu yang pernah hancur sehingga rata oleh tentera Jerman
ketika WW2.
Pada 1950-an barulah ia dibangunkan
semula dan mengambil masa 10 tahun. Kawasan itu kini didaftarkan sebagai
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO walaupun bangunannya di bina semula. Ini kerana rekabentuk bangunan tetap mengekalkan rekebentuk asak yg di bina pada asalnya
Seperkara menarik mengenai Poland
adalah kadar tukaran wangnya, Zloty hampir sama dengan nilai ringgit
kita. Bagaimanapun, kita perlu menyediakan mata wang Euro terlebih dahulu sebelum ditukar kepada Zloty
|
KFC di Gdansk |
|
Bangunan lama di Bandar Lama di Gdansk |
|
Hard Rock Cafe di Gdansk |
|
Diluar Hard Rock Cafe di Gdansk |
|
Keretapi yang aku naiki ke Warsaw dari Stesen Gdansk |
|
Salah satu keretapi yang melalui stesen Gdansk |
|
Restoran McDonalds di Gdansk
|
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Gdansk |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Boleh sayamintak no hp untuk mengetahui perjalanan encik ke poland??? Kami pelajar usim mahu membuat lawatan ke poland
ReplyDeleteEmail ke msyazli@gmail.com
DeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- GOPAY
- Link AJA
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)