Seminggu sebelum wukuf, jemaah sudah tidak
digalakkan untuk melakukan umrah. Kesihatan adalah yang paling penting sekali
dalam tempoh puncak. Boleh dikatakan hampir semua jemaah seluruh dunia sudah
tiba di Makkah. Jemaah tempatan dari Arab Saudi sudah mula pun kelihatan.
Mereka boleh dikenali dari pakaian wanita mereka yang berbaju Abaya hitam dan memakai
purdah. Masjidil Haram yang begitu besar sudah kelihatan kecil dan tidak
mampu memuatkan kesemua jemaah ketika waktu solat. Polis dan Tentera Saudi
semakin ramai di bertugas kawasan Al Haram. Teriakan Haji... Haji...
Thariq..Thariq (laluan..laluan) dan setiap kali selepas solat teriakan Haji..Haji..
tawaf..tawaf ... jeritan Polis Al-Haram meminta jemaah untuk bangun dari tempat solat
bagi membolehkan orang melakukan tawaf.
Haji adalah Arafah- Hadis riwayat
at-Tirmizi. Wukuf di Arafah adalah Rukun dan Ibadat terpenting Haji. Jika
ada jemaah tidak dapat wukuf dalam tempoh berwukuf tidak ada haji bagimya
|
Walaupun sudah tidak digalakkan membuat umrah, kami
tetap berdegil untuk membuat umrah pada tempoh 7 hari sebelum wukuf, akhirnya
kami terpaksa membayar harga teksi yang mahal untuk perjalanan miqat ke Tanaem. Itu lah.. lain
kali jangan degil. Ikut arahan TH!
Hari ini 8 Zulhijjah 1437 (10 September 2016-Sabtu) semua jemaah haji muassasah akan
mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Arafah adalah destinasi yang wajib
dikunjungi oleh semua jemaah haji dan merupakan rukun yang tidak boleh
ditinggalkan walaupun dalam keadaan sakit mahupun sedang menerima rawatan
di Hospital. Ini adalah kemuncak Haji dan Arafah mesti di kunjungi walaupun
seketika. Waktu wukuf bermula pada selepas Zohor pada 9 Zulhijjah sehinggalah masuk Maghrib dan pada sebelah malam, bermabit (bermalam) di Mudzalifah.
Bersama rakan Maktab 86 di Arafah Kiri- Mazlan, Hairudin, Adenan, Syazli |
Wuquf merupakan rukun haji paling penting, yang membezakan di antara haji dan umrah. Inilah kemuncak ibadah haji, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Haji itu adalah wuquf di Arafah”. Hadis sahih riwayat at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah.
Rombongan Maktab 86 akan bertolak ke
Padang Arafah selepas Zohor jam 2 petang. Jemaah Mussasah bergerak 1 hari lebih awal dari 9 Zulhijjah bagi mengelakkan kesesakan semasa perjalanan ke Arafah. Bagi melicinkan perjalanan, semua
jemaah diminta untuk mengikut arahan dan tidak turun ke lobi sehingga diberi
arahan oleh TH. Sekali lagi, lif tidak dapat menampung jemaah yang hendak
turun secara serentak dan keadaan menjadi lambat. Malah jemaah yang bertenaga
diminta untuk turun menggunakan tangga.
Suasana dalam khemah semasa wukuf di Arafah. Khemah masih kosong. Kami antara yang terawal sampai |
Kami berniat Haji ketika dalam bas. Setiap bas perlu di penuhkan dengan sepadatnya bagi mengelakkan trip yang banyak. Kami berdua berdiri hingga ke Arafah bagi memberi peluang kepada mereka yang lebih memerlukan. Sepanjang perjalanan semua
jemaah bertalbiah sehinggalah sampai ke Arafah. Perjalanan ke Arafah amat
lancar tanpa kesesakan dan bas sampai ke lokasi khemah Maktab 86 dengan
selamatnya. Kelihatan polis Saudi mengawal di tepi jalan raya hampir setiap kilometer. Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang 45 minit selepas bertolak
dari Makkah. Ternyata kisah-kisah yang menyatakan perjalanan Makkah-Arafah sejauh 22 KM tetapi
mengambil masa 3-5 jam tidak berlaku kepada kami pada musim haji tahun ini. Syukur pada mu Ya Allah, kau
permudahkan perjalanan kami dari Makkah-Arafah. Perjalanan kami ke Arafah amat lancar tanpa kesesakan!
Kami sampai agak awal dari jemaah yang lain.
Suasana khemah Maktab 86 masih lengang. Selepas menemui kawasan khemah, saya
terus membersihkan diri dan bersiap untuk solat Asar. Tandas pun masih lagi
kosong dan saya masih boleh memilih bilik air yang disukai. Cuaca panas adalah cabaran yang
terbesar bagi semua jemaah tahun ini. Suhu yang mencecah sehingga 45 Celcius
menyebabkan ramai jemaah berasa tidak selesa. Jemaah lelaki ramai yang membuka
kain ihram sebelah atas termasuklah saya. Spray wuduk yang di beri oleh TH
dijadikan spray badan bagi menyegarkan diri.
Bayangkan, air mineral yang diberikan kepada kami semuanya menjadi ‘air suam’ walaupun diletakkan dalam khemah. Air paip ditandas sentiasa panas walaupun diawal pagi. Walaupun tiada hot shower, air paip di bilik air tetap panas.
Bayangkan, air mineral yang diberikan kepada kami semuanya menjadi ‘air suam’ walaupun diletakkan dalam khemah. Air paip ditandas sentiasa panas walaupun diawal pagi. Walaupun tiada hot shower, air paip di bilik air tetap panas.
Suasana petang ketika wukuf di Arafah. Pokok yang ditanam sudah besar |
Malam itu, sebaik selepas solat Maghrib+Isyak (Jamak) tidak banyak aktiviti dapat dibuat kerana keadaan khemah yang gelap. Keadaan di khemah agak mulai sesak dan hanya boleh memuatkan kawasan tidur sahaja. Pergerakkan dalam khemah cukup terbatas. Beg yang dibawa menjadi bantal dan tidur beralaskan tikar getah yang di berikan oleh TH. Semau jemaah hanya di benarkan membawa 1 beg sahaja seperti beg yang di berikan oleh TH. Saya hanya memegang tasbih dan berzikir dan terus tertidur. Pagi keesokkannya saya bangun sekitar jam 3 pagi, terus mandi dan pergi ke Surau yang disediakan untuk melakukan solat-solat sunat. Surau yang disediakan tidaklah besar dan hanya boleh memuatkan sekitar 200-300 jemaah sahaja berbanding jumlah jemaah satu Maktab seramai 3200 jemaah. Siapa yg cepat, daptlah tempat di surau, yg lambat hanya duduk di Khemah sahaja menunggu subuh.
Salah satu bas Maktab 86 yang berasap ketika menuju ke Arafah. Khabar angin menyatakan bas terbakar.. tapi hanya mengalami kerosakan enjin hingga berasap |
9 Zulhijjah 1437H (11 September 2016) . Ketika sedang kuliah Dhuha oleh
Ustaz Zawawi, khemah kami diziarah oleh Menteri di JPM iaitu Datuk Seri Jamil
Khir bersama rombongan TH. Sebaik sahaja
masuk waktu zohor semua jemaah haji solat di khemah masing-masing secara
berjemaah dan diikuti dengan Khutbah Arafah. Kandungan khutbah yang dibaca oleh
Ustaz Zawawi amat menyentuh perasaan dan boleh menitiskan air mata kalau
dihayati dengan sepenuh hati. Malahan beliau sendiri dalam keadaan yang sebak
ketika membaca Khutbah Arafah. Selepas khutbah, jemaah boleh melakukan kegiatan
bebas. Ketika inilah pintu langit terbuka luas, berdoalah, mintalah pada Allah,
bertaubatlah kepadanya Insyaallah, doa kita akan diangkat ke langit dan diberi
pengampunan dari Nya.
Maktab 86 diziarahi oleh Menteri di JPM Datuk Seri Jamil Khir, Dato Azeez & bersama Pengurusan TH pada pagi 9 Zulhijjah |
Saya telah menyiapkan himpunan doa-doa sebelum
berangkat lagi dan koleksi doa-doa juga diberikan oleh TH sebelum penerbangan. Saya
habiskan semua doa-doa yang ada dalam simpanan dan membacakan doa-doa yang
dikirim oleh sahabat-sahabat di Malaysia. Ya Allah, kau makbulkanlah doa hamba
Mu ini. Amin.
Khutbah Arafah yang dibacakan pada petang itu (2016) boleh di tonton di
Masuk petang dan matahari kian terbenam.
Alhamdulillah, kami telah dapat melalui satu lagi rukun haji dan ini merupakan
satu pengalaman paling bermakna. Ibadah Haji wajib sekali sepanjang hidup.
Mungkin ini merupakan pengalaman yang pertama dan terakhir bagi saya. Kalau ada
rezeki untuk ke Arafah lagi, mungkin hanya aktiviti ziarah, bukannya untuk
berwukuf seperti mana yang saya lalui hari ini. Ya Allah, aku memohon pada MU, kau jemputlah saya
lagi menjadi tetamuMu.
Benarlah kata mereka yang pernah menunaikan haji, kenikmatan mengerjakan haji adalah ketika berada di Arafah. Haji adalah Arafah. Selepas Maghrib, KT26 memulakan perjalanan ke Mudzalifah dan kami merupakan kumpulan terakhir ke Mudzalifah.
Dikala senja menghampiri Maghrib di Arafah pada 9 Zulhijjah 1437 |
Di tempat sidai baju di bumbung Hotel. Nice View |
Link ke Travelog Haji 14: Sukarnya Mencari Batu di Mudzalifah
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
Assalamualaikum hj Syazali, terima kasih atas coretannya, menghimbau kenangan lama, apatah lagi gambar saya ada di belakang tuan haji, kita satu khemah bertemu kepala masa tu..Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita..rindu kawan2 lama..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Ya masih ingat. Moga ukhuwah kita terus berkekalan.
DeleteFB saya Syazli Tahir
Alhamdulillah sahabat...starian 91..sama2 gi Hj...2016
ReplyDelete