Travelog
Haji 1: Katakanlah Alhamdulillah (Haji 2016)
Alhamdulillah,
dari 1.6 bilion muslim seluruh dunia, aku terpilih menjadi tetamuNya tahun ini
Alhamdulillah,
dari 20 juta umat Islam di Malaysia, aku terpilih sebagai tetamuNya
Alhamdulillah,
dari 9 juta pendeposit TH, aku terpilih menunaikan haji tahun ini,
Alhamdulillah,
daripada 2.4 juta rakyat Malaysia menunggu giliran haji, aku terpilih
tahun ini
Alhamdulillah,
Allah telah membuka hatiku untuk mendaftar haji pada tahun 2007 dan membolehkan
aku menunaikan Haji pada tahun 2016,
Alhamdulillah,
tahun 2016 paling sedikit visa haji di keluarkan oleh Arab Saudi dalam
tempoh 10 tahun, aku terpilih menjadi tetamuNya,
Alhamdulillah,
perjalanan dari Jeddah ke Makkah amat lancar
Alhamdulillah,
pemeriksaan Immigresen pun begitu pantas tak sampai pun 20 minit sudah melepasi
Imigresen,
Alhamdulillah,
semua perjalanan pada hari Masyair ke Arafah, Mudzalifah & Mina & Makkah
lancar tanpa kesesakan lalulintas,
Alhamdulillah,
pada usia awal 40an tahun, aku & isteri terpilih dan antara Jemaah haji Malaysia yang
masih ‘Muda’ di kalangan Jemaah lain.
Alhamdulilah,
ada Jemaah negara lain yang terpaksa naik bas ke Masjid Al-Haram, aku
hanya berjalan kaki dari hotel,
Alhamdulillah,
hotel ku antara yang terhampir dengan Al Haram kalau dibanding dengan hotel
Muassasah TH,
Alhamdulillah,
hanya berempat sahaja rakan di bilik hotel di Makkah,
Alhamdulillah,
Aku mampu menaiki tangga ke bilik dikala lift hotel kesesakan,
Alhamdulillah,
Aku mampu berjalan kaki ke Al Haram untuk solat disana,
Alhamdulillah,
aku dapat membantu Jemaah haji yg uzur untuk melontar dan ketika tawaf wida,
Alhamdulillah,
tiada dugaan yang besar semasa musim haji tahun ini.
Alhamdulillah,
kesihatan aku amat baik semasa berada di Makkah & Madinah.
Katakanlah
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Alhamdulillah…syukran
Ya Allah a’zza wajallah. Ya Allah, kau jemputlah aku menjadi tetamumu lagi
Alhamdulillah..terima kasih kerana berkongsi pengalaman terindah dalam hidup..
ReplyDeletesaya juga antara jemaah 2016..Hotel Qasr al Janadriyah..KT29P..
Alhamdulillah...
DeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman. Coretan Tuan Haji ini serba sedikit telah memberi panduan kepada saya dan suami dalam mengerjahan haji tempoh hari. Maktab 76, Masad Al Badai 2018
ReplyDeleteAssalaamualaikum. Masya-Allah....tak tau berapa kali air mata saya menitik bila membaca perkongsian tuan. Ya Allah....saya, isteri dan anak² benar² rindu untuk berada di depan Kaabah-Mu utk menunaikan fardhu haji dan ibadah umrah. Ya Allah....kami benar² rindu untuk menziarahi kekasih-Mu Muhammad SAW. Ya Allah, kami benar² rindu dan ingin menjadi tetamu istimewa-Mu di bumi Mekah dan Madinah. Rezekikanlah kami dan permudahkanlah urusan kami sekeluarga Ya Allah......
ReplyDeleteMohon kebaikan Tuan Syazli Tahir mendoakan saya sekeluarga semoga kami dikurniakan rezeki dan peluang utk menjadi tetamu istimewa Allah.
Insyaallah.. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan haji dan umrah tuan/ puan. Sama-samalah kita terus berdoa agar giliran haji di percepatkan
Delete