|
Twelve Apostles... Great Ocean Road, Melbourne. Satu pemandangan yang
menakjubkan. Subhanallah... indahnya bumi Allah ini. 4 jam perjalanan dari bandar untuk kesini
Pandangan sepanjang perjalanan sangat cantik diselangi laut dan padang ragut. Awas, ada kanggaroo melintas |
Mei 2012- Perjalanan ke Melbourne ini bukanlah sesuatu yang dirancang rapi..tinggal 2 minggu sebelum nak berangkat baru saya dan beberapa rakan membuat perancangan supaya pengembaraan ini sesuatu yang menarik dan meninggalkan memori yang indah untuk kami semua! Permohonan visa adalah sesuatu yang mudah, hanya online dan bayar melalui visa card. Cuma aku menghadapi masalah membuat visa kerana nama aku dan nama sir name ( nama ayah ku) telah terbalik menyebabkan aku hadapi masalah pula di Airport. Selesai juga akhirnya selelah sistem online membetulkan kesilapan tersebut.
|
Hari pertama- Queen Victoria Market, tengah breakfast burger .
Boleh aje bersarapan dgn burger, tapi di negara sendiri mungkin tidak.. |
|
Shopping sakan... banyak souvenier di sini |
Sampai di airport Melbourne sekitar 8 malam dan suhu dianggarkan antara 10-12 celcius... agak sejuk bagi kita orang Malaysia yang sentiasa berada dalam musim panas. Agen yang akan membawa kami ialah Hj Zakaria Abdul Manap dari HSZ Inter-Leisure Services Pte Ltd. ... beliau merupakan seorang warga Melayu Singapura yang berkahwin dengan orang JB dan kini migrate dan menetap di Melbourne bersama ahli keluarganya dan ayah ibunya. Tak silap, hanya seorang sahaja lagi adik beradiknya yang masih menetap di Singapura... yg lain-lain semua dah hijrah di Melbourne. Business beliau di OZ makin berkembang pesat... sudah ada restaurant, ada company delivery, sewa kereta... Alhamdulillah, aku tumpang bangga dengan pencapaian orang kita di bumi asing! Malahan, sampai sekarang beliau masih sms dengan ku apabila mahu memerlukan pekerja untuk biznesnya.
|
Tazkirah agama Wakaf Melayu Melbourne (WMM)-
Paling kiri Hj Salem Salikin- Pengerusi WMM yang telah dapat warga Australia. Abah yang berbaju hitam dan berkopiah |
Pada sebelah malamnya, kami sekumpulan di bawa ke perjumpaan mingguan Melayu Melbourne di Tarneit Community Hall untuk solat isyak dan mendengar tazkirah agama. Ohhh... ramainya orang Melayu di bumi Melbourne ni.. ada student, ada yg dah kerja dan ada yang dah dapat taraf PR dan kerakyatan! Sempat juga berjumpa dengan warden Malaysia Hall, En Rusdi yang sebelum itu terpaksa menolak permohonan penginapan kami ke Malaysia hall kerana telah penuh. Pada malam ini juga akau bertemu dengan keluarga ku yang kebetulan juga secara tiba-tiba ke Melbourne 2 hari sebelum penerbanganku. Dapat juga lihat rumah sewa Bro Nidzam di Melbourne.
|
Kenangan terindah... bersama keluarga di rumah sewa
Bro Nidzam yg sedang berkursus di Melbourne.
Boleh buat family gathering kat Melbourne!
|
|
Depan rumah sewa Dr Nidzam.. bersama Abah.
Owner rumah ini ialah Melayu. Nice design!
|
|
Depan Rumah pengerusi Melayu Melbourne. Beliau buat
Jamuan Breakfast pagi itu. Dapat juga nasi lemak rendang
di Melbourne |
Gambar diatas adalah dihadapan rumah sewan Bro. Nidzam. Rekabentuk yang menarik dan kalau masuk didalam rumah, dapurnya di tengah-tengah hall. Kalau rumah Melayu, sudah tentu berminyaklah sekeliling ruang tamu dan berbau kerana masakan orang kita banyak gunakan minyak. Sememang design rumah di OZ begini.. Ada beberapa rumah contoh yang aku masuk, hampir kesemuanya dapur berada di tengah. Rumah Hj Salim (Pengerusi Melayu Melbourne) pun punyai dapur ditengah-tengah!
|
Lawatan kerja ke University of Melbourne. Pelajar Malaysia adalah
nombor 2 teramai selepas pelajar dari China.
Pemandangan berjemur ini memang tak akan dijumpai di negara ku yg PANAS!! |
|
Dihadapan Hotel menginap sepanjang 6 hari di Melbourne.
Pemilik adalah warga Nepal dan restauran ada sijil halal. Hotel biasa jer,
tapi selesa dan complete dengan microwave, heater dan fridge. Free Wifi. |
|
Di Victoria market.. macam-macam signage ada. Harga dari AUD2 |
|
Kat malaysia ada kucing dibawah kereta.. tapi di Melbourne
ada penguin bawah kereta. Kalau jumpa, aku bawa balik Malaya aja ha..ha |
Seterusnya aku ke Phillips Island (2-3 jam perjalanan dari Melbourne). Pulau ini dihubungi jambatan yg sambung dari tanah besar. Di pulau ini terdapatnya spesis Penguin yg paling kecil sekali daripada 17 spesis penguin yg ada di dunia. Awas..jangan cuba ambil gambar penguin balik sarang!!.. HP atau camera akan dirampas oleh Ranjer Taman yang berpakaian preman! Penguin ini akan hanya balik ke darat apabila waktu Maghrib... di siang hari mereka berada di lautan mencari makanan.
|
Di koala conservation centre. Koala ni haiwan yang banyak habiskan masa dengan tidur.
Haiwan ini tidur antara 16-20 jam sehari!
Amat bertuah sebab dapat ambil gambar masa koala ni tengah jalan di pathway.
Koala lain semua sedang membuta atas pokok... |
|
Terjumpa warribee liar (kanggaroo spesis kecil) di hutan Phillip Island. Orang lain pergi kandang kangaroo utk lihat haiwan ini... tapi aku bertuah terjumpa kangaroo liar mencari makan di hutan Aussie |
|
Menikmati pandangan laut di Philip Island dengan angin yg kuat dan sejuk |
|
Sigange mesra penunggang basikal. Motor tak banyak.
motor cub langsung tak nampak |
Apa yang menarik di jalan-jalan utama Melbourne, selain dari tram, kereta, mereka menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Kebanyakkan jalan bandar mereka akan khaskan laluan tersebut dan memang ramai antara orang Melbourne ni berbasikal ke tempat kerja. Perlu ingat, kalau kayuh basikal di sini perlu memakai helmet, kalau tidak akan disaman!
| |
Berangan jadi Koboi... gembala Kambing & Lembu
Lembu Malaysia lagi untung... tinggal dalam Kondo! |
Ini gambar kandang kambing di Phillips Island. Sepanjang perjalanan memang banyak ladang-ladang kambing dan lembu yg jarang-jarang kita dapat lihat di negaraku ini. Gemuk-gemuk baka kambing yang ada di sini dan bulu kambing disini tebal. Mungkin selama ini daging lembu dan kambing yg ku makan di restoran adalah lembu dari negara ini!
|
Antara aktiviti Wakaf Melayu Victoria Melbourne... Antara cadangan mereka ialah untuk mencari dana bagi pembinaan Masjid Melayu (Malaysia) di Melbourne seperti Masjid India, Masjid Pakistan yang ada di Malaysia.. Mungkin satu hari nanti dapatlah kita mendengar khutubah Jumaat bahasa Melayu di bumi Melbourne |
|
Dihadapan kompleks masjid yang dibina oleh warga Turkey.
Ramai orang Turkey tinggal disekeliling perumahan di masjid ini.
Malahan signage dalam masjid juga berbahasa Turkey
Orang-orang Melayu yang telah menetap di Melbourne ( ramainya warga Singapura) sedang berusaha untuk membina masjid Melayu Melbourne. Mereka sedang mengumpul dana, mencari lokasi yang sesuai untuk tujuan pembinaan ini. Menurut mereka, lebih mudah mengamalkan Islam di OZ berbanding di Singapura yang kadang-kala mengamalkan diskriminasi kepada penganut Islam. menurut salah seorang dari mereka, sedang cuba melobi beberapa peminpin Malaysia untuk mendapatkan dana dan Masjid ini akan dinamakan Masjid Malaysia, seperti mana Masjid India dan Masjid Pakistan yang ada dimana-mana di dunia ini...
|
|
Di Geelong waterfront.. otw ke Great Ocean Road |
|
Apa alasan untuk aku tidak memilih Proton? Hidup Proton! Gambar
diambil dari depan rumah orang Melbourne |
MENGAPA MELBOURNE IS MOST LIVEABLE CITY?
Sepanjang 5 hari di Melbourne aku masih rasa tak puas. Aku juga mengimpikan untuk migrate seperti mana warga Melayu yang telahpun menetap disini. Memang kota ini meninggalkan satu memori yang amat indah dan sukar untuk dilupakan malahan, sehingga dah setahun balik pun tak habis-habis lagi membicarakan mengenai kota ini. Memang benarlah apa yg di katakan 'Melbourne is the most liveable city in the world!'
Antara faktor menyebabkan Melbourne diiktiraf sebagai Bandar yang paling selesa untuk didiami (most liveable city) ialah faktor keselamatan, kelestarian, pembangunan yang seimbang, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, sistem pengangkutan yang efisyen, menyediakan pendidikan dari kindergarten ke University yang berkualiti dan tahap kebersihan bandar yang terbaik. Namun, sebagai warga Malaysia, kos sara hidup disini agak tinggi. Seseorang memerlukan antara RM4,500-6,000 sebulan untuk survive disini. Kadar sewa bilik yang tinggi, kos sekali makan antara AUD8-10 (RM25-30) dan pelbagai kos lain yang perlu di tampung. namun, gaji disini juga lumayan jika dibanding dengan gaji di Malaysia.
Akhir kata, pengembaraan ke bumi Melbourne memang membuka mata dan membuka minda ku bahawa bumi Allah ini luas, cantik dan indah. Wajarlah kembara dijadikan aktiviti tahunan keluarga supaya dapat menginsafi diri, munasabah, membuka minda dan dapat membandingkan keadaan negara kita dengan negara lain...Namun, aku tetap merasa bertuah hidup di Malaysia kerana dapat amalkan ajaran islam tanpa prejudis (walaupun kekadang bukan Islam cuba mencabar kesucian agamaku).
Banyak yang dapat kita pelajari dari negara ini seperti kebersihan, adab pemanduan, layanan tamu, sikap peramah, sistem jalanraya yang lebih efisyen, pengangkutan awam yang terbaik, dan juga banyak institusi pengajian tinggi mereka yang mempunyai reputasi dunia yang baik!
Selepas Melbourne..aku ke Sydney pula. Boleh baca coretan Sydney di
sini Sydney
Sekian, terima kasih
Gambar sebagai kenangan di Melbourne:-
|
Skodeng minah salleh tgh buat shooting |
|
Flinders Station. Free tram ride kat belakang |
|
Tram di Melbourne. Melbourne have the largest
Tram network route in the world |
|
Pasar Sayur, ikan dan buah.. Bersih & tiada bau!
|
|
Di Geelong waterfront, OTW ke GOR |
|
Tram... The city with widest tram network in the world |
|
Bersama Hj Salem Salikin... Pengerusi Wakaf Melayu Melbourne |
|
12 Apostles di Great Ocean Road |
|
Flinders Station... ada sejarahnya. Lebih kurang macam KL Sentral |
|
Kalau di Malaysia... babi hutan melintas jalan... |
|
Dalam Queen Victoria Market |
|
Berbelanja Queen Victoria market..murah..murah |
|
Kuliah Agama dalam kesejukkan... |
|
Tram kat belakang tu... |
|
12 Apostles..angin kuat, sejuk dan nice view |
|
12 Apostles...Great Ocean Road...AWESOME!!! |
|
Permandangan yang tidak akan ada di Malaysia.... |
|
12 Apostles, Great Ocean Road.. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah |
|
Self drive to Great Ocean Road |
|
Di Koala Conservation centre, Philips Island |
|
Flinders Station |
|
Air Asia meletakkan icon 12 Apostles sebagai tarikan ke Melbourne |
Salam tuan.
ReplyDeletePanduan yg tuan buat amat bguna skali.. blh tak kongsi dengan orang melayu yang buat sewa rumah atau appartment di Melbourne. Saya akan ke sana pada bln june nnti. Kalau blh sapa yg blh saya hubungi utk perkhidmatan sewa kerta penginapan dan guide.. saya ke sana selama 6 hari dgn famaly 12 orang
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam tuan...boleh rekemen kerja di sana melalui kenalan tuan tak..cheb0142621003
ReplyDeleteCuba try contact seperti emel & whatapps diatas..manalah tahu ada rezeki di negara Kangaroo
DeleteSalam Syazli.
DeleteBoleh saya dapatkan contact no Hj Zakaria dan HSZ leisures?
Saya perlu bantuan mendapatkan penginapan untuk anak saya yang akan belajar di Melbourne
Terima kasih
Lukman
0129848222
Looking for a new home?
ReplyDeleteOr move into a new place of stay?
Need to list your current accomodation?
Stuck in your current lock-in contract fee?
We can help you with that!
Who is Koskosan Australia?
A company that assist both the landlord and tenants to find each other, and providing additional services that mediates the process to make it as simple as possible, and as convenience as possible.
Our Services:
- List your accomodations on our website
- Promote your apartments on our social medias
- Assist you in looking for short term accomodation in Australia
- Assist you in looking for long term accomodation in Australia
- Assist you in giving informations about living in Australia
Contact Us:
+61 401 319 839
+62 812 9888 6702
hello@koskosan.com.au
Website: www.koskosan.com.au
Instagram: www.instagram.com/koskosan_australia
Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Kosko...80097145381344
Kenny Yustana
Marketing Officer
Kenny.y@koskosan.com.au
+62 812 9888 6702
Koskosan Australia
Assalam tuan..boleh dptkan no tipon tuan..sy nk bertanya mengenai agen di melbourne tu..Hj Zakaria Abdul Manap dari HSZ Inter-Leisure Services Pte Ltd...sy dan rakan2 ingin ke sana pd ujung nov ini..tima kasih tuan..
ReplyDelete