Thursday, January 17, 2013

Pekan Baru, Sumatera

Di Universitas Lancang Kuning.. Di Malaysia lancang kuning hanyalah sebuah lagu
yang popular pada 80an. Lancang beerti perahu

2009- Daerah Riau merupakan salah sebuah jajahan kesultanan Melaka satu ketika dulu dan Pekanbaru merupakan ibu daerah Riau. Populasi sekitar 1.1 juta dan mempunyai penerbangan langsung dari KL dan mungkin juga Melaka ( tak pasti ). Pekanbaru terletak di Sungai Siak yang dikatakan sungai yang paling dalam di Indonesia ( dikatakan sedalam 30 meter) boleh di layari oleh kapal-kapal besar.

Politeknik Caltex- Politeknik swasta yang dimiliki oleh Caltex.
Di Malaysia kita ada Universiti Teknologi Petronas.
Inilah kali pertama aku ke Pekanbaru. Tidak banyak bezanya dengan daerah lain di Indonesia.Keadaan jalan rayanya sama aja, macet, tidak boleh memandu dengan laju dan boleh pakir di tepian jalan. Kalau nak melintas jalan boleh tahan kenderaan yang sedang bergerak, kalau tak susahlah nak  melintas.

Tujuan kali ini adalah untuk mempromosi pendidikan tinggi di Malaysia.. terutamanya di UTM. Antara tempat yang aku pergi Universiti yang ada di Riau ialah Universiti Riau, UIN Sultan Syarif Kasim, Universiti Lancang Kuning, Politeknik Caltex, Kantor Gabenor. Pekanbaru bukanlah asing bagi orang Melaka kerana kota ini adalah bandar kembar dan mempunyai sebuah NGO yang dinaungi oleh KM Melaka iaitu Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI)


Bertemu Effan Effendi di Pekanbaru. Coursemate M.Mgt di UTM
Selain membuat promosi, team UTM juga menjejak kasih alumni-alumni dari Pekanbaru yang pernah belajar di UTM. Ramai alumni UTM di Pekanbaru iaitu  sekitar 30 orang  yang telah graduate dari UTM. antaranya coursemate semasa ambil Master di UTM iaitu Erfan Effendy. Rata-ratanya adalah graduate diperingkat S2 dan dan ada seorang graduate S3.


Naik Fireflyz ke Pekanbaru
Perjalanan ke Pekanbaru menaiki ATR fireflyz ambil masa sekitar 1 jam dari Subang. Ada satu lagi syarikat penerbangan ke Pekanbaru iaitu Air Asia dan mungkin juga Merpati Air dari Melaka-Pekanbaru.

Tidak banyak tempat menarik untuk dilawati di Pekanbaru...hanya da 1-2 museum yang kurang dilawati. Kota ini lebih dikenali sebagai kota bisnes dan penemuan minyak memangkinkan lagi kegiatan ekonominya. Bebarapa orang Pekanbaru berkata pada saya "DiPekanbaru, diatasnya ada minyak, dibawahnya juga ada minyak" Beliau bermaksud minyak diatas ialah kebun sawit yang banyak sekali ditanam, dan dibawahnya ialah minyak petroleum...bertuahnya bumi Pekanbaru!

Gen 2 di Riau... Hidup Proton
Pekanbaru dikatakan anatar Kota ke 3 ramai di Sumatera selepas Medan dan Palembang. Dari Pekanbaru boleh menghubungi kota lain seperti Jambi, Padang dan Medan. Kedutaan Malaysia mempunyai pejabat Suruhanjayanya di kota ini.


Di depan Kantor Gabenor Riau bersama En Razak Alumni
Kalau untuk melancong, kota ini tidak menjanjikan apa-apa yang menarik... namun ada beberapa minuman yang aku pelajari di sini iaitu Jus Terung Belanda, Jus Sirsak dan Jus Alpokat. Tiap kali aku ke Indonesia, inilah minuman yang  pasti aku akan order!

sekian.

1 comment:

  1. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Bukittinggi, Medan,Pekanbaru atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia untuk lebih selamat..,murah.. dan meyakinkan.Urusan tiket kapalterbang juga boleh saya uruskan.
    Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    JAMINAN KEPUASAN WANG DI KEMBALIKAN UNTUK ANDA!!!
    Atau boleh juga tinjau-tinjau Blog kami untuk pelbagai info:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete