Rasullullah bersabda ketika menggali parit semasa perang Khandaq
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan
jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja dan
tenteranya juga sebaik-baik tentera..." - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw sebaik-baik Raja dalam hadis tersebut? dan
siapakah sebaik-baik tentera sepertimana sabda Rasulullah? dan bilakah
Konstantinopel (Istanbul) jatuh ke tangan tentera islam?
Selepas 800 tahun lamanya Sabda Rasullulah saw, barulah
Konstatinople jatuh ke tangan Islam iaitu pada 29 Mei 1453 (857H) dan Rajanya
ketika itu ialah Sultan Muhammad Al Fateh dari Khalifah Uthmaniyyah. Siapakah
Muhammad Al Fateh (sebaik-baik raja seperti sabda Rasulallah saw)
Fakta ringkas mengenai Sultan Muhammad Al- Fateh:
2. Berbangsa Turki (bukannya Arab)
3. Tidak pernah meninggal solat, solat rawatib dan solat malam sejak baligh ketika menawan Istanbul
4. Menaiki takhta pada usia 21 tahun selepas kemangkatan ayahandanya
5. Tahfiz ketika berusia 8 tahun
6. Mengarahkan kapal di 'layarkan' di daratan sejauh 5 km ke Teluk Tanduk Emas untuk menawan Istanbul
7. Mempunyai 200,000 orang tentera yang tidak pernah meninggalkan solat sejak akil baligh ketika menawan Istanbul
8. Menukarkan nama Constantinopel kepada Islambol
9. Menukar Gereja besar Hagia Sophia kepada Masjid Aya Sofya
Antara kata semangat beliau "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".
Ahmet Davutoglu ketika melawat kem Rohingya di Myanmar pada tahun 2012 semasa menjawat jawatan Menteri Luar |
Prof. Dr. Ahmet Davutoglu
1. Perdana Menteri Turki (2014- sekarang)
2. Menteri Luar (2009-2014)
3. Pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dari 1990-1993 sebagai Assistant Professor
4. Menguasai 4 bahasa English, German and Arabic. Français & sedikit B. Malaysia
6. Memberi bantuan USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan kepada Rohingya
5. Memiliki PhD in Political Science and International Relations dari Boğaziçi University
Antara kata-kata semangatnya yang menyebab aku terkesan ialah "Dimana ada Azan, disitulah tanah airku"
Berlatar belakang Hagia Sophia...Gereja yang ditukar menjadi Masjid oleh Sultan Al Fateh & sekarang adalah muzium |
Antara berita di media mengenai bantuan Turki kepada Rohingya:
21 Mei 2015- ISTANBUL - TURKI. Selepas menghantar kapal bantuan, kerajaan Turki bertindak menyalurkan bantuan sebanyak USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian Rohingya.
Agensi berita Turki, Hurriyet Daily melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 20 Mei lepas untuk memaklumkan perkara tersebut.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu memaklumkan bahawa tentera laut Turki sudah mula memulakan operasi menyelamat di perairan Malaysia dan Thailand pada 19 Mei lepas.
Katanya, operasi tersebut yang dibantu oleh Organisasi Migran Antarabangsa (IOM) dan angkatan bersenjata Turki akan melakukan sedaya-upaya untuk menyelamatkan mana-mana bot pelarian Rohingya yang terkandas.- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment