Wednesday, March 2, 2016

Jakarta Car Free Day

Senamrobik di Monumen Nasional (MONAS) .. Ribuan penduduk Jakarta beriadah setiap minggu di Monas.

Februari 2016- Ini mungkin sudah kali ke 5 atau 6 aku menjejakkan kaki di Kota Metropolitan, Jakarta. Kali ini berpeluang menghadiri satu acara pada hujung minggu di Jakarta Pusat iaitu Car Free Day. Hari Bebas Kenderaan Bermotor ataupun Car Free Day di Jakarta pertama kalinya bermula pada 23 Mei 2002 .Pada awalnya program ini hanya diadakan  pada hari minggu terakhir di setiap bulan di Jakarta dan aktiviti ini  ini berlangsung selama 8 jam dari 06:00  sampai 14:00, namun kerana banyak keluhan dari masyarakat, akhirnya pada April 2009 dikurangkan kepada jam 11 pagi sahaja.  Pada tahun 2011, pelaksanaan Hari Bebas Kenderaan Bermotor Jakarta meningkat,  menjadi dua kali dalam sebulan dan  pada Mei 2012 Hari Bebas Kenderaan Bermotor dilaksanakan empat kali dalam sebulan dari pukul 6:00 hingga 11:00. Ini beerti, setiap Ahad jalan utama Jakarta akan ditutup kepada semua lalu lintas kecuali beberapa bas dan pengangkutan awam yang mempunyai jalan khusus.


Di Kuala Lumpur,  Car Free Day telah bermula pada 5 Januari 2014 iaitu selepas 12 tahun dilaksanakan di Jakarta. Kebanyakan jalan di KL yang di tutup tetap boleh di akses melalui rel seperti Monorel dan LRT, namun di Jakarta..mereka belum ada pun sistem MRT(sedang dibina) dan Pemerintah Jakarta tela membuat keputusan yang amat berani iaitu menutup jalan utama kepada semua kenderaan bermotor.


Bayangkan jalan-jalan yang di tutup adalah jalan utama Jakarta Pusat dan ditutup selama 5 jam! berbanding di KL hanya di tutup selama 2 jam sahaja iaitu dari 7.00-9.00 pagi sahaja.. itu pun kesemua jalan yang ditutup di KL boleh diakses melalui jalan rel. KL hanya menutup jalan setiap 2 minggu sahaja iaitu minggu pertama dan minggu ketiga





Puas aku mencari basikal untuk disewa..namun tak dapat

Dari segi sambutan masyarakat Jakarta pula, ratusan ribuan masyarakat membanjiri dataran Monumen Nasional untuk melakukan senaman robik dan  aktiviti mereka amat teratur.. ada 4 kumpulan besar senamrobik  (satu kumpulan dianggarkan 150-200 peserta)  dan diguide dengan fasilitator senamrobik yang professional dan diiringi muzik yang rancak. Kalau  boleh buat bandingan ramainya penduduka yang hadir ke Car Free Day di Jakarta... seolah-olah perhimpunan Bersih di KL ramainya orang Jakarta membanjiri dataran MONAS dan jalan sekeliling untuk berbasikal, berjalan-jalan atau beriadah.


Tingkap kereta perlu dibuka supaya boleh dilihat oleh Polis.. Kalau kurang 3 orang penumpang..akan disaman
Memasuki jalan 3 penumpang di waktu puncak
 
Penduduk  di kota metropolitan ini yang mempunyai penduduk sekitar 10.5 juta orang. Jika dicampur daerah sekitar Jakarta yang di kenali sebagai JABODETABEK (singkatan bagi Jakarta, Bogor, Depok, Tanggerang dan Bekasi) jumlah penduduknya sekitar 28 juta orang (661km  square) . Jumlah ini meletakkan Jakarta sebagai kota kedua paling ramai penduduk di dunia. Bayangkan....28 juta orang di Jakarta  ini hampir menyamai penduduk seluruh  Malaysia!!!

Dengan kepadatan penduduk, tentulah masalah kesesakan lalulintas tidak dapat dielakkan... namun Pemerintah Jakarta telah mengambl langkah berani dengan menutup jalan utama Jakarta tiap hari Ahad dari 6pagi- 11 pagi semata-mata bagi memastikan penduduk Jakarta sihat beriadah  diatas jalan yang sesak tengah-tengah kota ini.  

Di beberapa jalan, hanya kereta yang berpenumpang 3 orang sahaja yang boleh melewati jalan tersebut dan polisi akan menunggu di jalan tersebut dan jika ada kereta yang kurang 3 penumpang, makan akan disaman... dan cermin kereta harus dibuka supaya boleh dilihat oleh Pak Polisi.

Bergaja jee.. sepeda ngak ada




Dijalan Thamrin... Nadi Kota Jakarta

Ada 4 kumpulan besar senamrobik
Duta Besar Malaysia ke Jakarta Datuk Sri Zaharain bersama Penganjur Jakarta Free Car. Datuk Zaharain berkata Malaysia belajar dari Indonesia Car Free Day


Melewati jalan 3 penumpang...  Hari minggu free car!!



Kereta Kuda pun banyak pada hari minggu
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment