Sepanjang pendakian, trek adalah jalan tar dan kadang kala terdapat kenderaan syarikat telekomunikasi melalui jalan tersebut. Agak ramai orang yang mendaki dan ramai juga yang membawa stroller membawa anak masing-masing mendaki Gunung Pulai. Jarak trek sekitar 5.5km sehala hingga ke puncak .
Sepanjang perjalanan anda akan mendengar bunyi desiran air terjun dan terk ini kebanyakan adalah bersebelahan laluan sungai. Puncak Gunung Pulai sebenar bukanlah yang di daki, tetapi telah di bina banguna untuk pemancar televisyen. Anda tidak di benarkan mendekati stesyen pemancar tersebut yang sentiasa di kawal oleh pengawal yang bertugas.
