Thursday, July 4, 2013

Wellington... Ibukota Kool & Relax

Summer  @Wellington- Ibu negara NZ dan kedua teramai selepas Auckland
Februari 2007 - Bagaikan bermimpi apabila  projek latihan antarabangsa dibiayai World Bank yang aku kordinate, konsultannya menawarkan untuk berjumpa dengan aku di pejabatnya terletak di Wellington,  New Zealand. Pemilik firma konsultant tersebut merupakan warga Bangladesh yang telah migrate ke NZ  dan pernah menetap di Malaysia serta mengenali beberapa orang pemimpin Malaysia. Aku tidak pasti apakah latarbelakang beliau, tapi beliau menyatkan mengenali rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia satu ketika dulu.
Selama  melaksanakan projek ini aku hanya berurusan dengan wakilnya dari Bangladesh dan Malaysia. Peserta program latihan yang aku koordinate ini semuanya dari Vietnam dan mereka datang sebanyak 9 batch selama hampir setahun lamanya dan majority pegawai Vietnam ini  tidak boleh langsung berbahasa Inggeris.. jadi mereka akan bawa seorang translator untuk membantu  mereka memahami semasa latihan diadakan.


Ini bas tapi macam tram sebab ada cable diatas. Bayangkan
kalau bas tersebut tersasar dari laluannya? Bagaimana cable diatas?
Siganage ANZ ialah Australia & NZ Bank yg punyai share di Ambank
Sampai di Wellington pada hari Ahad dan bandar ini seperti bandar mati... boleh baring diatas jalan raya kerana begitu lengang dan hampir 90% kedainya ditutup. Nasib baiklah ada kedai serbaneka yang buka dan dapatlah aku membeli makanan untuk mengalas perut. Walaupun summer, namun suhu sekitar18-24 celcius dan angin sentiasa bertiup . Kedudukan geografinya menyebabkan angin sentiasa bertiup kencang di tempat ini.  Bandarnya bersih dan udaranya nyaman seperti berada di kawasan pergunungan di negaraku. Alangkah seronoknya kalau cuaca negara ku macam ni....


Look out deck... boleh lihat seluruh Wellington dari tempat ini
Wellington adalah kota yang relax dan kool.. sebuah ibu kota yang hanya mempunya populasi penduduk seramai lebih kurang 300,000 sahaja... bayangkan kalau mereka ada stadium bolasepak yang berkapasiti 100,000, ini bermakna 1/3 dari populasi Wellington berada di situ!

Ramai juga penduduk keturunan Mouri yang merupakan penduduk aborigin NZ. Muka mereka mudah dikenali seperti mirip Lonah Jomu (pemain Rugby All Black) dan berkulit gelap sedikit. Hampir 70% penduduk NZ adalah dari berbangsa Eropah yang berkulit putih. Bahasa Mouri juga di iktiraf sebagai bahasa kedua dan ditulis pada papan tanda kebanyakkan tempat-tempat utama NZ

Lonely Planet menamakan Wellington sebagai "Ibukota kecil paling kool didunia" (little coolest city)  dan firma konsultan Mercer Human Resource menarafkan  Wellington di kedudukan ke 12 sebagai the best quality living city in the world.

Bertemu Izak Human, di MOE NZ. Dia kata " I'm a Human :-) "
Kini Izak Human bertugas di Suruhanjaya Tinggi NZ di KL
Bertemu Izak Human di Ministry of Education, NZ. Baru-baru ini pada 2011 aku pergi ke satu seminar International Education di KL anjuran Education Malaysia,  rupanya orang yg pernah aku jumpa ini telah bertugas di Suruhanjaya Tinggi NZ di KL sebagai Kaunselor Pendidikan.. Oh, kecilnya dunia ini!

Puncak Gunung tak tau nama- antara Wellington ke Auckland

Seterusnya aku berkesempatan ke Palmerstone North, sebuah bandar kecil yang ambil masa 2 jam perjalanan darat dari Wellington. Sepanjang perjalanan aku dapat melihat permandangan laut dan ladang biri-biri dan lembu. Di Palmerstone North, aku dibawa ke sebuah University Awam iaitu Massey University. Berbual-bual dengan Director International Affair yang kebetulan keturunan Cina berasal dari Sabah, tetapi dah lama menetap di NZ. Selepas itu, aku berlepas ke Auckland dari Palmerstone North. Tak sangka ada airport bandar kecil ini. Menaiki pesawat ATR berkipas dua seperti pesawat Firefly dan sempat juga aku snap beberapa gambar kerana pesawat ini tidak boleh terbang tinggi.

AUCKLAND, NZ
Berlatarbelakang bandar Auckland...
Jika seseorang berhasrat untuk memandu dari Wellington ke Auckland, akan ambil masa kira-kira 8-9 jam. jarak 650km (macam KL-Kota Bharu). Kalau naik flight hanya mengambil masa dalam 1 jam penerbangan. Setiba di Auckland, suasana sedikit berbeza berbanding dengan Wellington. Keadaan bandarnya seperti mana bandar tempat lain,  cuma lebih banyak kenderaan, namun apa yang baiknya keadaan persekitaran bersih dan teratur. Rata-rata pemendu teksinya dari keturunan India... aku tak pasti sejarah negara ini mengapa ada warga keturunan india, tapi menurut Chris Andersen (wakil syarikat yg guide) kebanyakkan mereka dari kepulauan Pacific dan dibawa oleh British yang satu ketika dulu pernah menjajah kebanyakkan kepulauan tersebut. Mengikut Firma konsultan Mercer- Auckland berada di rank ke-3 dunia sebagai sebuah kota yang mempunyai kualiti kehidupan yang terbaik.

Bersama kawan Bro. Nazri di Auckland. Kini beliau di Sydney
Di Auckland aku bertemu dengan rakan Bro Nazri, Dominic, dia pernah bekerja satu pejabat di Melaka dengan bro. Nazri. Orangnya agak humble, mesra dan friendly membolehkan aku senang untuk berbual denganya walaupun tidak mengenali sebelum ini. Ketika itu beliau dah berada di NZ lebih kurang 2 tahun, tapi telah memiliki sebuah kereta Mercedes! Rata-rata kebanyakkan orang NZ tidak memiliki kenderaan mewah atau kenderaan buatan eropah. Hampir 80% kereta mereka adalah buatan Jepun dan dibeli second hand... walaupun begitu apa yang uniknya, seorang dari tiga  orang di  Auckland memiliki bot dan mereka akan bersir-siar atau   pergi memancing di hujung minggu menggunakan bot mereka sendirii Oleh itu,  di TV dan akhbar mereka iklan-iklan bot terpakai adalah sesuatu yang lumrah! Auckland juga digelar sebagai 'City of Sail' oleh beberapa majalah pelayaran.

  
Auckland- Bandar paling ramai penduduk di NZ
Bandar Auckland, seperti juga Wellington, akan mati bila waktu malam. kebanyakkan kedai akan ditutup jam 5 dan biasanya pada hari Jumaat akan ditutup jam 7.  Ketika lawatan aku bulan Februari adalah musim panas, jadi siangnya lebih panjang, jam 8.30 malam baru gelap...tapi jam 6-7 petang hampir semua kedai dah tutup kecuali bar dan beberapa restoran. Jadi waktu malam tidak banyak benda yang aku boleh buat kecuali berjalan sekeliling hotel sahaja... itu pun hanya mundar mandir tanpa arah tujuan.

Dari Kiri- Abdul Razzaq Khan, Murray Mc Dowell, Sscha Pointon, ??- TTT
Karim, Hamzah dan Syazli di HQ mereka di Wellington
New Zealand adalah sebuah negara yang cantik, dingin dan sesuai untuk dilawati.  Sebuah negara yang besar   yang hanya dan penduduk sekita 4 juta orang sahaja, tentulah tidak ada masalah untuk memiliki tanah disini... Bayangkan Singapura sebuah pulau yg kecil  mempunyai penduduk seramai hampir 5 juta orang. Warga Asia adalah antara yang paling ramai yang mula migrate ke negara ini. Sudah tentulah kerana faktor ekonomi dan juga keselesaan berbanding negara-negara Asia yang kepadatan penduduknya yang tinggi.

Aku berhasrat akan kembali lagi ke negara ini.. mungkin akan ke South Island pula..Khabarnya lagi cantik dari North Island!

Sekian.

Disertakan gambar untuk tatapan pembaca:-

Victoria St- Wellington

Waktu pagi di lot-lot kedai. Summer pun sejuk

Bandar Wellington


Massey University- Ada tulisan Mouri di papan tanda

1 comment:

  1. seronok boleh kerja sambil boleh jalan-jalan... aku pun igat nak buat blog jalan2 ni... sampai ke hari ni tak mula2 lagi... hahahaha

    ReplyDelete