|
Phinisi- Kapal layar tradisional yang menjadi ikon bagi Kota Makassar |
November 2012- Ini merupakan kai kedua aku menjejaki kaki di Bumi Makassar. Sebuah tempat yang bukanlah asing bagi kita rakyat Malaysia kerana ini tempat asal usul etnik Bugis yang kini mempunyai ramai warisnya di Tanah Melayu. Malahan, kalau mengikut susur galur kesultanan Johor dan Selangor, Sultan sekarang ini mempunyai darah dari keturunan Bugis. Tambahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan keturunan dari Bugis kerana datuk di sebelah ibunya berasal dari Makassar.
|
Gambar di ambil di salah sebuah jeti di tengah kota. anak2 ke sekolah |
Kota Makassar atau nama lama Ujung Pandang terletak dipersisiran laut. Terdapat perlabuhan di Kota ini dan juga Pantai Losari merupakan salah sebuah lokasi untuk bersantai-santai di Kota ini dan juga spot yang cantik untuk melihat keindahan matahari terbenam.
|
Matahari terbenam di Pantai Losari |
Ini adalah suasana biasa di kala sore..ramai penjaja menjual pisang epe iaitu sejenis makanan khusus Makassar. Pisang ini dibakar dan dicicah denga air gula merah perasa durian.. aku dah cuba beberapa kali sambil minum air alpokat di persisiran pantai ini sambil melihat matahari terbenam...wah, enak sunggh! Menikmati makanan orang tempatan adalah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan apabila kita berada di tempat mereka.
|
Penjaja Pisang Epe sedang membakar diatas arang |
Disini tak banyak pisang goreng, sepanjang 4 hari berada di sini langsung tak jumpa pisang goreng... tapi peniaga pisang epe ( pisang nipah yg dibakar) cukup ramai. Lebih dari 20 penjaja yang menjual pisang epe di sepanjang pantai Losari setiap petang dan semuanya survive dan boleh pulang malam dengan pulangan yang berbaloi.
|
Di Pantai Losari |
Dipantai ini tidaklah secantik seperti mana yang digambarkan... banyak sampah ada di lautan dan pantai juga berminyak dari sisa-sisa kapal yang berlabuh di perlabuhan berdekatan... namun sepanjang 4 hari aku di sini, setiap petang ada sahaja anak-anak yang mandi laut bersama-sama sampah sarap yg ada di lautan
|
Bukti mereka boleh mandi bersama sampah... Bangunan kuning dibelakang itu hotel ku |
Sebagai salah sebuah tempar bersantai, keadaaan sampah sarap yang banyak sudah tentu akan membuatkan kita akan merasa agak kurang selesa... tapi dimana-mana tempat di Indonesia yang pernah aku jejaki, tahap kebersihan mereka masih lagi di tahap yang rendah. Sampah berada dimana-mana dabn tiada siapa pun ambil peduli sampah yang terbiar ini.
|
Melihat matahati terbenam dari hotel |
Sepanjang 4 hari di Makassar, selama itulah aku akan mempastikan tiap kali hampiri jam 6, akau akan tercegat di tepian pantai untuk melihat matahati tenggelam.. alhamdulillah, cuaca amat baik sekali dan tiada awan apabila waktu hampir maghrib. Yang menyeronokkan, tenggelam aja matahari di dasar lautan, Azan maghrib terus berkumandang... selama 3 hari begitulah jadualnya, azan maghrib akan berkumandang apabila matahari tenggelam sepenuhnya dari lautan!
|
Muzium Gowa- kerajaan yang kuat satu ketika dulu |
Baru aku tahu satu ketika dulu, Kerajaan Gowa merupakan satu kerajaan yang besar dan kawasan jajahannya meliputi Sulawesi, Papua, sebahagian Sabah, Mindanou sehingga ke Utara Australia. Antara rajanya yang termashyur ialah Sultan Hasanuddin. Namanya di semadikan di sebuah Universitas Negeri dan Airport Makassar.
|
Jalan Tun Abdul Razak |
Rata-rata orang Makassar mengetahui bahawa ibu kepada PM ke 2 iaitu Tun Abdul Razak adalah berasal dari Makassar... memang benar! dan sekarang apabila DS Najib memegang tampuk pemerintahan negara.. mereka amat bangga dengan pencapaian anak watan usul dari Makassar! Malahan, di Muzium Gowa, terpampang gambar DS Najib di galeri mereka.
Umumnya, Makassar boleh dilawati dalam masa 2 hari sahaja. Tidak banyak tempat pelancongan yang menarik ada di sini.. namun sebagai kota yang penghuninya sekitar 1.4 juta orang, tapi mempunyai hampir 20 Universiti ( 3 universiti awam) adalah sesuatu yang amat menarik!
Sekian, terima kasih.
Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Makassar.
ReplyDeleteDriver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Makassar hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi