|
Di Piramid Giza.. Piramid yang terbesar dari piramid lain |
Feb 2009- Aku berpeluang ke Mesir atas satu urusan berkaitan akademikku... bertuah rasanya dapat menjejakan kaki di bumi para Anbiya ini. Ramai imam-imam tersohor dan para Nabi adalah dari kelahiran di bumi Mesir. Negara Mesir mempunyai sejarah purba silam yang sehingga kini masih lagi dikaji selidik oleh ahli arkeologi seluruh dunia. Malahan, banyak lagi pertemuan purbanya masih dijumpai pada zaman ini.
|
Piramid adalah susunan batu-batu besar dan disusun rapi dan binaannya kekal hingga sekarang |
Sangkaan aku bumi Mesir adalah sebuah negara yang kaya kerana sejarah silamnya yang hebat, namun sangkaan aku meleset apabila melihat keadaan kotanya yang berterabur, kotor dan sistem jalan raya yang bercelaru. Peminta sedekah berkeliaran mencari belas ihsan dari orang ramai dan sudah tentulah mereka mensasarkan pelancong-pelancong asing untuk mendapat ihsan. Disini segalanya perlu dibayar..nak solat pun perlu bayar kerana anda perlu meletakkan kasut di tempat khas dan perlu dibayar! kalau tak, kemungkinan kasut akan hilang! Jadi untuk mengelakkan bayar, kami bersolat secara begilir-gilir kerana masing-masing dari group kami tidak sanggup lagi nak membayar tip kasut tiap kali solat. Lagi satu , kalau kita minta orang mereka ambilkan gambar, pasti mereka akan meminta bayaran juga. Kalau nak ambil gambar unta mereka.. sorry, perlu bayar! Padahal keadaan sekeliling dipenuhi dengan najis unta!
|
Kalau ada masa banyak, boleh panjat Piramid ni sampai ke puncak |
Kenderaan-kenderaan buruk zaman 70an masih lagi banyak di gunakan diatas jalan raya. Malahan kenderaan baru pun banyak yang kempong, kemek, calar dan ada kesan dilanggar kerana gaya pemanduan di sini berbeza dengan di Malaysia. Mereka lebih agressif dijalan raya. Sehinggakan ada dikalangan group kami membuat jenaka..kalau hon rosak ataupun lampu high beam rosak, anda tak boleh memandu disini! Ini kerana bunyi hon dan menyalakan high beam adalah sesuatu perkara biasa dijalan raya untuk memberi amaran kepada pemandu lain. Kalau di Malaysia, membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi sudah dikira biadap dan sudah tentulah akan menimbulkan suasana tegang antara pemandu.
|
Di pintu masuk Piramid Giza |
Pertama kali melihat Piramid, aku berasa amat terpegun. Apa taknya, binaan setinggi itu dapat dibina tanpa menggunakan sebarang mesin dan batunya pula sebrat antara 1 tan -berpuluh tan dan batu tersebut pula diambil dari sebuah tempat yang jauhnya 1000 km dari Giza iaitu di Aswan
|
Makanan orang Mesir.. masakan cara tradisional |
Tukang masak roti ini meminta bayaran apabila aku mengambil gambar mereka kerana aku meminta mereka posing... tapi lepas ambil gambar, aku terus cabut.
Jalan raya di Kaherah bukan sahaja dilalui oleh Kenderaan bermotor, malahan kenderaan haiwan pun masih bayaklagi digunakan... Kuda, Unta dan Keldai banyak dijalanraya dan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan dan mengangkut barang... Jadi penjualan makanan haiwan di tepi jalan adalah pemandangan biasa di Kaherah malahan, najis haiwan juga bersebah-sepah di atas jalanraya... Suasana kebersihan di Kaherah jauh berbeza dengan bandar-bandar utama di Malaysia
|
Inilah rupa pengangkutan awam yg popular di Kaherah. Pintu tak pernah ditutup |
Satu yang menarik sepanjang jalanraya di Kaherah.. aku tidak bertemu dengan traffic light. Tiada langsung dan kalau ada pun tidak berfungsi...menurut pelajar di Kaherah, kalau traffic light berfungsi sekali pun, pemandu disini tak akan patuhi... bagi aku hanya orang yang berani mati sahaja yang berani memandu di Kaherah!
|
Sphnix di Giza |
Lagi satu, peniaga di kawasan pelancongan tidak jujur... mereka tidak meletakkan tanda harga dan akan mengenakan harga yang tinggi kalau pelanggan adalah warga asing. Aku sudah terkena... harga minuman botol 500ml yang sekitar RM2.50 sebotol di Malaysia, aku perlu membayar RM10 utnuk sebotol.. mula-mula akau tak perasan kerana belum mahir untuk convert dari Pound Mesir ke Ringgit..tapi setelah 1 hari berlalu, baru aku sedar yang aku sudah kena kencing dengan peniaga yg tak jujur! Ini negara 95% Islam..ramai ulamak terkenal, sejarah Islamnya hebat... Universitinya juga hebat-hebat, tapi rakyatnya ada juga yang bersikap sebegini!
|
Piramid yg terbesar di Giza |
|
Tarian Gelek... masih popular di Mesir terutama untuk
hiburan pelancongMereka membuat persembahan semasa aku
makan malam di atas feri menyusuri Sg Nile |
|
Tarian tradisional Arab Mesir.. dia pakai gaun |
|
Teksi buruk tahun 70an masih dijalanraya
Tramp pun buruk juga |
|
Pasar Khan Khalili. Ramai peniaga boleh berbahasa Melayu
|
|
Di luar muzium Kaherah... dalam muzium tak boleh ambil photo
Kala nak dibanding dengan Muzium Negara, bagikan langit
dengan bumi!Semua artifaknya adalah sebelum masehi. Boleh
lihat mumia di Muzium ini ,namun perlu membayar extra lagi |
|
Bangunan di Kaherah. Bangunan dini tak perlu cat.. semua warna coklat,
macam warna debu. Kalu business cat di Mesir, boleh lingkup! |
|
Di Iskandariah. Ada peniaga jual pisang atas kereta kuda
|
|
Tepi pantai di Iskandariah |
|
Kuda atas trek tram.. jual buah oren. Pengalaman unik |
|
Tram pun jam... kenderaan boleh blok jalan tram begitu sahaja |
Temui Proton Gen2 di Kaherah walaupun berdebu.. Hidup Proton! |
|
|
tarian gelek dalam feri di Sg Nile |
|
Kereta Kuda masih banyak di jalanraya |
|
Kereta Kuda menjual Pisang di luar Masjid |
|
Keldai pun masih banyak di jalanraya |
Disebalik banyak cerita-cerita kekejaman dan keangkuhan Firaun dalam Al-Quran dan sejarah kenabian, ada juga jasa Firaun pada pada Mesir hingga sekarang, malahan salah satu sumber ekonomi terpenting Mesir iaitu Pelancongan. Jutaan pelancong datang ke Mesir tiap tahun hanya kerana ingin melihat binaan yang dianggap sebagai salah satu keajaiban dunia iaitu Piramid.
No comments:
Post a Comment