|
Abah bergambar di monumen Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah |
Ogos 2013 - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat aka
The Tip Of Borneo merupakan bahagian paling utara Borneo, yang terletak di daerah Kudat,
negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan
Sulu dan Laut China Selatan. Jernih sekali air lautnya. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu hanyalah 180km tetapi mengambil masa hampir 3.5 jam untuk sampai. Keadaan jalanraya agak teruk, banyak jalan yang masih berbatu akibat dari hakisan dan tanah runtuh dan masih belum di turap.
|
Bergambar di signage ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat |
Kedudukan kontor Tanjung Simpang Mengayau lebih kurang 50m diatas pars laut. Jadi pemandangan lautnya amat cantik dan mengingatkan aku view di 12 Apostles di Great Ocean Road, Melbourne. Cuma di Spg Mengayau tiada batu di tengah laut, cuma ada satu pulau kecil yang mempunyai rumah api diatasnya.
|
Dibelakang batu bulat ada peta dunia yang tunjukkan
Tip of Borneo. Cari "You are here" |
|
Lokasi titik paling atas Tanah Besar Borneo |
|
Pantai yang terdapat di Tanjung Simpang Mengayau.
Ada beberapa resort disini. Cantik pantainya |
|
Salah satu Chalet di Tg Simpang Mengayau, Kudat
pantainya cantik & air laut jernih |
_______________________________________________________________________________________
Penghujung Tanah Besar Asia, Tanjung Piai, Pontian
Hanya 40km dari rumah sendiri
Ada satu lagi lokasi yang significant di Malaysia... iaitu Penghujung Tanah Besar Asia. Lokasi ini teletak di Tanjung Piai, Pontian. Walaupun dekat dengan rumah aku (hanya 40km), rasanya baru sekali aku menjejaki kaki disitu Tg Piai merupakan pertemuan laut antara Selat Johor dan Selat Melaka. Keadaan lautnya tidaklah secantik di Kudat, lautnya berlumpur dan mempunyai hutan bakau di sekitarnya. Oleh kerana kedudukan berhampiran Singapura dan Tg. Pelepas, pengunjung boleh melihat beberapa buah kapal beratur untuk berlabuh di Kappel & Tanjung Pelepas. terdapat chalet iaitu Tg. Piai Resort terletak tidak jauh dari Penghujung Asia..dan chaletnya berada diatas laut.
Tanjung Piai diwartakan sebagai Hutan Bakau simpan dan mempunyai flora dan fauna yang unik. Terdapat lebih dari 20 spesis bakau disini dan beberapa spesis haiwan menjadikan Hutan paya bakau ini sebagai wilayah mereka.Beberapa spesis burung migrate menjadikan Tanjung Piai sebagai destinasi persinggahan mereka. Kepada penggemar bird photo shooting lokasi ini merupakan spot menarik mereka.
Bertuahnya aku dapat mejejakan kaki di kedua-dua lokasi significant ini. Kepada penggemar flora dan fauna, Tg Piai pasti mennggalkan satu memori yang sukar dilupakan.
|
Monumen di Pintu masuk Tg. Piai |
|
Sarah telah berada dipenghujung Asia! |
|
Alhamdulillah..sampai juga disini |
|
Di Pekan Serkat.. dah dekat dgn Tg Piai |
|
Broadwalk sejauh 1.2km ke Penghujung Asia |
kihkih, dua dua tempat pown wak dh sampai.. sonok kanns., ehHHEe
ReplyDelete