Masjidil Al Haram pada musim Haji tahun 2016 |
Oktober 2013- Bila tiba musim haji, aku pun mula mencongak giliran aku untukdi dijemput menjadi tamu Allah swt. Ketika mendaftar haji pada tahun 2007, Tabung Haji menjangkakan aku akan menunaikan haji pada tahun 2017. Ini bermakna, aku perlu menunggu 10 tahun untuk menunaikan ibadah haji ketika mendaftar masa tersebut.
(Update 2016: Alhamdulillah,.. aku telah menerima surat dari TH sebagai calon terpilih untuk tahun 2016.. Ya Allah, semoga aku menjadi tetamuMu yang istimewa, sangat-sangat istimewa dan permudahkanlah urusan menunaikan fardhu haji)
Inilah kad pengenalan diri di Mekah. Passport disimpan oleh Muassasah. Kad ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang akaun TH di Mekah. |
Baru-baru ini aku mendaftarkan anakku yang baru berusia 1 tahun 6 bulan untuk menunaikan haji. Sesuatu yang telah aku jangkakan dan sering diceritakan oleh rakan-rakan, anakku dijangkan pergi tahun 2065 iaitu lagi 52 tahun barulah gilirannya menunaikan haji. Ini beerti ketika itu anakku akan berusia 54 tahun (jika dipanjangkan umur)
Umrah bersama keluarga pada tahun 1999 |
a) Aku daftar haji tahun 2007 - perlu tunggu 10 tahun ( Update: Syukur.. aku & isteri dipilih menjadi tetamuNya tahun 2016)
b) Daftar haji untuk anak tahun 2011 - jangkaan pergi 2041 iaitu 30 tahun menunggu
(Anak berusia 4, 6 dan 8 tahun ketika itu)
c) Daftar haji untuk anak pada tahun Oktober 2013 - Jangkaan pergi 2065 iaitu 52 tahun menunggu
(anak pd Okt 2013 berusia 1.5 tahun)
Ini adalah pendaftaran yang sebenar dibuat di Pejabat TH.
Jangkaan aku, jika keadaan ini tidak berubah dan Malaysia masih kekal dengan kouta sedia ada, bayi yang lahir tahun 2017 keatas, kemungkinan peluang untuk mereka menunaikan ibadah haji terlalu kecil kerana pada ketika itu aku menjangkakan mereka perlu menunggu sehingga berusia 80 tahun untuk menunaikan haji. Itupun jika ibubapanya mendaftarkan haji ketika mereka masih bayi lagi. (update: pada Oktober 2016, tempoh menunggu giliran haji ialah pada 2016 iaitu 90 tahun)
Ini beerti, selepas mendaftarkan anaknya di JPN, si ayah perlu membuka akaun bayinya di Tabung Haji, mencukupkan nilai minima RM1,300 dan mendaftarkan anaknya untuk ke haji. Macammana pula anak yang lahir tahun 2020 dan seterusnya? mungkin mereka perlu menunggu lebih dari 100 tahun untuk menunaikan haji? ( Update: pada tahun 2021, tempoh menunggu ialah 134 tahun)
Slip pendaftaran Haji baru-baru ini (Oktober 2013)"Memperolehi kuota adalah termasuk dalam kemampuan (istito'ah) yang merupakan salah satu syarat wajib haji" |
Kali ini di slip pendaftaran haji tertulis "Memperolehi kuota adalah termasuk dalam kemampuan (istito'ah) yang merupakan salah satu syarat wajib haji". Selama ini kemampuan dikaitkan dengan kewangan, kesihatan dan juga tanggungan, namun untuk kali ini, kuota juga salah satu daripada komponen "Kemampuan"
Penulisan ini menceritakan anak-anak kecil yang mendaftar haji... tapi bagaimana pula golongan muda yang berumur sekitar 20-30 tahun yang sedang bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat sekarang ini? Ingatkah mereka untuk mendaftar haji ketika usia ini?
Mungkin sekarang mereka belum terfikir untuk menunaikan haji, tapi mereka boleh mendaftar dulu kerana rata-rata dari mereka ini boleh membayar wang muka kereta baru yang nilainya mungkin lebih dari RM1,300.
Keratan BH pada 24 November 2013 mengesahkan perlu tunggu 50 tahun. Tempoh hanya berkurang jika ada jemaah yang menunggu meninggal dunia. |
Persoalannya, bagi yg berumur 20-30 tahun sekarang, giliran mereka ke haji mungkin ketika berusia 72-82 tahun... itupun jika Allah swt memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Mana mungkin ada orang yang memikirkan persoalan ibadah mereka lagi 50 tahun akan datang? (Aku mohon semoga Allah memberi aku umur yg panjang semoga dapat menunaikan fardhu haji)
Inilah persoalannya yg sering bermain diminda ku mengenai kuota ibadah haji yang semakin jauh (malah terlalu jauh) giliran menunggu. Aku memohon semoga Allah memberikan pertolongan dalam bentuk pemikiran kepada penjaga kota Mekah semoga isu kuota ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.. Amin
Sekian.
Aku & isteri pada petang wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1437 (11 Sept 2016) |
nak tahu cara fast track menunaikan haji? 15-30 tahun da boleh pergi da. insyaallah, utk info http://takafafulkeluarga.blogspot.com/search/label/Mabrur
ReplyDeleteutk free quotation, emailkan sy nama dan tarikh lahir :)
niat yg baik insyaallah dipermudahkan.
Tak pernah pulak dengar fast track haji. Giliran saya pun tak lama lagi. berilah peluang pada mereka yang lebih tuan dan giliran masih jauh lagi
DeletePelan Mabrur bukan pelan fasttrack pegi haji saudara Ariff, diharap tuan lebih beretika dalam mencari pelanggan.
ReplyDeleteMcm rasuah pulok nk pi haji cepat berselindung dlm package mewah
ReplyDelete