Monday, December 19, 2016

Travelog Haji: Mukaddimah


Travelog Haji: Mukaddimah


Apabila saya  menyimpan impian untuk bercerita kisah pengalaman  semasa menunaikan Haji, hati mulai rasa risau. Saya bukanlah seorang penulis yang baik dalam menyusun baris-baris ayat. Pengalaman penulisan saya  hanyalah menulis blog-blog yang gaya  bahasanya yang bersahaja. Namun akhirnya saya  memaksa juga untuk menulis catatan Haji ini untuk mahu berkongsi kepayahan dalam melawan sifat-sifat mazmumah yang ada di dalam diri ini. Saya mahu bakal-bakal haji mendapat sedikit gambaran dengan berkongsi pengalaman mengenai ibadah haji.

Saya amat besyukur kerana kami di jemput menjadi tetamuNya ketika usia baru mencecah awal 40an, satu umur yang dikategorikan masih muda jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah lain. Saya menyeru kepada semua pembaca agar pertimbangkan, niat untuk menunaikan haji pada usia sebelum persaraan kerana ibadah haji menuntut kekuatan fizikal dan spiritual (rohani) yang kuat. Mereka yang mempunyai tenaga, dalam dan luar ada kelebihan bagi menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna. Namun, kerohanian lebih dituntut agar kita tidak leka dan lalai  dalam melakukan ibadah. Ketika penulisan di buat iaitu tahun 2016 tempoh menunggu giliran haji ialah 96 tahun!

Pandangan kompleks Masjidil Haram dari Hotel Qasr Al Janadriyah tempat aku menetap  selama lebih 30 hari di Makkah


“Ya Allah, aku mohon kepada mu izinkanlah aku bercerita mengenai pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardhu haji”

“Ya Allah, aku takut, apa yang aku tulis nanti boleh menimbulkan perasaan riak dalam diriku, aku mohon ampun kepada mu sekiranya ia berlaku. Apa yang telah aku telah lalui ini mungkin boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada pembaca-pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di Makkah nanti. Mudah-mudahan, mereka dapat melakukan lebih baik dari apa yang telah aku lakukan"
Selfie bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim bagi mendapatkan inspirasi penulisan Travelog Haji

Saya berterima kasih kepada Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang telah mengilhamkan kepada ku selepas membaca buku tulisannya “Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman” yang telah memberi kesan amat mendalam dijiwa ku. Sedikit sebanyak idea penulisan ku ini diadaptasi dari bukunya. Buku beliau telah memberi motivasi kepada saya untuk membuat catatan pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi pada pembaca khususnya buat generasi muda.

Travelog ini mempunyai 31 topik (scroll dibawah untuk link) dan ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu saya minta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti.


Mohd Syazli bin Md Tahir
Johor Bahru
Disember 2016




Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com




Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:

29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf 
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

Syazli Tahir - msyazli@gmail.com


3 comments:

  1. alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini...sedikit sebanyak memberi info kepada sy sbg bekalan sy ke tanah suci...

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak habiskan baca travelog haji ni..
    semoga Allah jemput saya di waktu muda juga, insyaAllah..amin.

    ReplyDelete
  3. Amin.. mudahan kita semua dijemput menjadi tetamuNYA

    ReplyDelete