|
Ditengah Kota Manado- Macet & banyak Angkot |
March 2011- Kali ini dihantar oleh tempat aku mencari rezeki kesebuah daerah di Indonesia- Manado. Daerah ini merupakan ibukota Sulawesi Utara dan motto kota ini ialah "Manusia Hidup untuk Menghidupkan Orang Lain". Satu ketika dulu Air Asia mempunyai penerbangan terus ke Manado tetapi telah ditamatkan setelah beberapa bulan dilancarkan. Aku menaiki penerbangan dari Changi- Manado dengan Silk Air dan ambil masa 3.5 jam untuk sampai ke Manado.
|
Di Airport- Sitou Timou Tumou Tou: Bahasa Minahasa |
Tulisan
Sitou Timuo Tumou Tou adalah motto ibu kota Manado. Antara tokoh yang terkenal ialah Dr Sam Ratulangi.. Nama tokoh ini banyak diabadikan pada nama Jalan, nama Universiti dan pelbagai monumen yang mengambil nama beliau.
|
Suasana di Pasar Manado |
|
Makan Malam di restoran Seafood |
Majoriti penduduk Manado adalah beragama Kristian dan kita dapat mengenali rupa muka mereka mudah kerana seakan-akan muka orang Filifina yang berkulit putih dan bentuk mata yang agak sedikit lain dari bangsa nusantara lain. Makanan seafood amat murah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Menurut Pegawai Kedutaan Malaysia, harganya 3 kali lebih murah jika makan di KL! Makan malam itu kami di belanja oleh beliau... Terima kasih Pn Yahurin!
|
Cenderahati khusus Manado |
Seperti tempat lain di Indonesia, tiap daerah akan ada makanan khas mereka sendiri kerana sebagai sebuah negara yang besar dan mempunyai pelbagai etnik, sudah tentu mereka akan cuba untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat lain contohnya nasi padang ( berasal dari Padang), Tauhu Semedang ( dari Semedang), Coto Makassar dari Makassar, Nasi Penyet - Jawa Timur, Bakpia dari Semarang dan macam-macam lagi....
|
Butik ATM..terlalu banyak Bank di Indonesia |
Salah satu keunikkan Indonesia, tiap daerah akan mempunyai bank mereka sendiri... contohnya jika di Manado mereka akan punyai bank SULUT ( Sulawesi Utara), bank SULSEL ( Sulawesi Selatan), Bank JATIM di Jawa Timur, Bank JATENG di Jawa Tengah, Bank Riau di Pekanbaru, Bank Sumatera Utara di Medan dan pelbagai lagi... Bank besar lain seperti BNI, BRI, BCA, CIMB Niaga, BII-Maybank, Mandiri, Bukopin dan macam-macam lagi... Di negara ku tiada lagi Bank negeri seperti Sabah bank satu ketika dulu...
Sepintas lalu, kota Manado kalau nak dibandingkan dengan Johor Bahru masih jauh lagi ketinggalan (mungkin 20-25 tahun) untuk menyamai JB sekarang ini. Jalan raya masih sempit, lampu jalan tiada diwaktu malam dan peraturan jalanraya masih lagi ditangan Pak Supir! Pakir mana-mana pun boleh pak. Kalau dilihat peta dari Manado ke Makassar macam dekat, tapi ambil masa selama 3 HARI perjalanan darat!!!
Sekian.
No comments:
Post a Comment