|
Permandangan dari swimming pool dibelakangai Laut China Selatan.. Rileks brother! |
June 2013 -Pertama kali menjejaki ke Sedili, walaupun telah menetap di Johor Bahru lebih dari 10 tahun. Sungguh tak sangka pulak ada resort yang cantik menghadap Laut China Selatan. Inilah Tanjung Sutera Resort. Menurut pemiliknya, sebelum ada jambatan merentangani Sungai Sedili Besar, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Tanjung Sedili untuk ke resort ini. Rekabentuk ala-ala Bali mengenangkan kembali percutian ku bersama isteri 3 tahun lalu.
|
Signage di pintu masuk.. simple and neat |
Pengunjung perlu melalui jalan yg sempit dalam Ladang Sawit sepanjang 3-4 km untuk sampai ke resort ini... macam tak percaya pulak zaman ini ada lagi jalan macam ni untuk ke satu perkampungan yg ramai penduduk... tapi sejarahnya sebelum ada jambatan, penduduk hanya menaiki bot tambang (seperti di Seberang Takir Terengganu) untuk berulang alik dari Tanjung Sedili dan Sedili besar.
|
Pantainya berbatu.. boleh buat collection bagi peminat batu pantai |
Resort yang mempunyai pandangan laut yg cantik kerana kedudukannya ketinggian 40 meter dari aras laut, tapi sayangnya tidak boleh mandi kerana pantainya berbatu-batu dihampir keseluruhan kawasan.. namun dalam lingkungan 2 km dari resort terdapat pantai berpasir iaitu Pantai Temalah yang membolehkan pengunjung mandi laut...tapi awas ombak yang tidak menentu. Inilah satu-satunya resort yang cantik terdapat di Pantai Sedili. Restorannya pun menyediakan makanan citarasa Melayu yang rasanya sedap.
|
Pantai Temalah... 1-2 km dari resort |
Kira-kira 3 minit perjalanan kereta, terdapat pantai Temalah tidak jauh dari resort.. namun tiada signboard khas untuk ke pantai ini dan mungkin terletak di kawasan tanah persendirian Cuma ada chalet 5 pintu dan tidak ramai pengunjung kerana kedudukan yang tersorok dari laluan awam dan pengunjung perlu membayar RM3 untuk parking... mungkin tempat parking ini adalah tanah persendirian.
|
Permandangan kolam renang dan rekabentuk ala-ala Bali |
Kolam mandi ini paling cetek sedalam 3 kaki.. jadi hanya 2 orang anak aku sahaja yang berani mandi manakala Aina tidak berani memasuki ke kolam kerana kedalaman kolam adalah separas dengan hidungnya. Teringat aku, ada seorang pengunjung wanita hampir lemas kerana paras yang paling dalam ialah 7 kaki dan wanita ini tergelincir ke kawasan tersebut...nasib baik ada pengunjung lain yang terperasan dan cepat-cepat selamatkan wanita ini.
|
Resort Hill & Sea view...No 23. Cantik hiasan interior dan exterior |
Ada beberapa unit resort yang rekabentuknya ala-ala Bali dan dindingnya di buat dari anyaman buluh. Sudah tentulah ini akan memberikan kelainan kepada penghuni. malahan ada beberapa bilik yang semua perabotnya, termasuk katil dibuat dari buluh. Cuma satu sahaja kekurangan pada resort ini.. kebanyakkan bilik tiada TV.. aku pun tak pasti apa alasan pemilik resort tidak meletakkan TV di tiap biliknya.. mungkin pemilik megharapkan tiap pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan alam ciptaan Allah yang ada di Sedili
|
Dihadapan salah satu Resort yang unik reka bentuknya |
|
Pandangan dari Deck View
|
|
Melihat keindahan ciptaan Allah selepas Subuh...
|
Selepas subuh, aku terus menuju ke pantai untuk mengambil gambar matahari terbit... sayangnya awan agak tebal dan membantutkan usaha ini. Dikala senja, tidak nampak matahari tenggelam kerana kedudukan laut ini di sebelah timur.
|
Diffrent angle... View swimming pool dan open restoran |
|
Model kasut Nike... pantainya berbatu-batu
|
|
View selepas Subuh...nak hampiri waktu Syuruk
|
|
Terdapat wakaf yang tinggi dihadapan kolam... membolehkan
pengunjung melihat permandangan dengan lebih jauh
|
|
Melayani anak-anak mandi kolam... paling cetek 3 kaki..
kalau ada anak 5 tahun kebawah, kena ukur ketinggian dulu
|
|
Kampung Singapura antara Sedili- Kota Tinggi. Ketua Kampung yang
pertama bernama Pak Lee Kuan Yew ha..haa
|
Dalam perjalanan balik ke JB aku ternampak papan tanda Kg. Singapura. Ikut sejarahnya, sekitar tahun 60-an, ramai warga Singapura membeli tanah di kampung ini apabila melewati usia persaraan.Jadi, inilah asal usul nama Kampung Singapura. Di Tanjung Sedili pula ( 4-5 km dari Sedili besar) terdapat beberapa gerai yang menjual keropok lekor...dan ini memang makanan kegemaran isteriku! Tidak perlu ke Pantai Timur untuk mencari Keropok Lekor..rasanya hampir sama aja.
Aku berhasrat akan kembali lagi ke tempat ini. Sedili hanya ambil masa 1.5 jam sahaja dari JB
boleh share tak rate harga resort ni
ReplyDeleteTIADA HARGA
ReplyDeleteTIADA HARGA
ReplyDeletebpe harga chalet
ReplyDeleteRm150 ada... rm180 ada
ReplyDelete