|
Berhampiran Taipei 101.. banguna tertinggi di dunia pada satu ketika |
2007 - Aku ke Taipei masa hari raya pertama... inilah pengalaman pertama aku beraya di perantauan. Langsung tiada suasana raya di Pulau Taiwan yang mempunyai penduduk seramai lebih kurang 22 juta. Saiz Taiwan lebih kurang sebesar Pahang aja, namun kepadatan penduduknya sungguh tinggi. China menganggap Taiwan sebahagian dari wilayahnya, tapi orang Taiwan bekata sebaliknya. Mereka mempunyai matawang sendiri dan pamerintahan sendiri..Aku pun tak berapa tahu sejarah negara ini. Apa yang menarik di Taipei, rata-rata penunggang motornya menggunakan skuter, motor cub hampir tiada di jalan raya.
|
Station undeground MRT Shuanglian |
Sistem pengangkutan relnya agak efisyen. lebih kurang macam Singapura. Stesyen MRT bawah tanahnya 2 tingkat dan jangan tersalah ambil keretapai kerana anda akan menghadapi masalah bahasa... rata-rata penduduk Taipei kurang fasih berbahas Inggeris. Malahan kalau naik teksi pun disarankan mendapatkan tulisan Hotel dalam tulisan Mandarin kerana pemandu teksi kemungkinan tdak dapat memahami tulisan English. Ketika aku menaiki MRT, tiap lokasinya akan disebut sebanyak 4 slang.. walaupun hampir sama bunyinya.
|
Taxi di Taipei.. hebat2 model kereta buat teksi |
|
BABI!.. dia orang buat pet kot? |
|
Taipei Grand Mosque.. ada juga Masjid di Taipei |
Mengikut pembacaan aku, hanya da 2 masjid di Taiwan... ini adalah masjid Grand Taiwan dan disinilah aku boleh becakap dalam bahasa Melayu, malahan aku dapat satu buletin yang berbahasa Melayu.. Oh.. rupanya ramai Tenaga Kerja Indonesia di Pulau ini. Disekeliling Masjid ini ada beberapa kedai dan Restoran Halal yang dimiliki oleh warga Indonesia.. Dapatlah aku merasa Daging halal pada musim perayaan ini!
|
Jadual waktu solat gunakan jam betul. Waktu solat Jumaat fixed at 12.30pm |
No comments:
Post a Comment