Wednesday, June 5, 2013

Phnom Penh, Cambodia

Keadaan diluar Pasar Rusia di Phnom Penh, Cambodia

2010- Kampuchea atau Kemboja atau Cambodia merupakan sebuah negara yang pernah terlibat dalam konflik peperangan saudura sekitar 70 an dan 80an. Keadaan negera tersebut ibarat Malaysia pada tahun 70an. Airport antarabangsanya  hanya mempunyai 4 gate sahaja untuk urusan turun naik penumpang... ini menyamai saiz Senai Airport yang penerbangan antarabangsa hanya ada 2-3 destinasi sahaja.

Dijalan raya motorsikal menguasai jalan dan bilangan kereta tidak banyak. Mereka tidak semudah untuk membuat pinjaman kenderaan sepertimana kita di Malaysia.. kalau nak buat loan, mereka perlu cagarkan harta lain seperti tanah atau rumah  atau mereka perlu membelikan secara tunai. Itupun urusan pinjaman mengambul masa sehingga 5-7 bulan untuk diluluskan berbanding di Malaysia 3-4 hari untuk diluluskan pinjaman kenderaan.

Keadaan sekolahnya masih lagi daif dan gaji gurunya sekitar USD100 sebulan. Apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu pada zaman sekarang?  Bagi keluarga yang kaya, mereka jarang menghantar anak mereka ke sekolah kerjaan kerana gurunya sering tuang kerja untuk membuat kerja part time lain. Sekolah swasta lebih dipercayai dan fasilitinya lebih baik.

Harga minyak 1 liter =USD1 dan disini mereka menggunakan matawang USD untuk urusan perniagaan dan hanya menggunakan matawang mereka untuk urusan wang baki. Mengapa mereka tidak menggunakan matawang sendiri? Ini semuanya adalah akibat dari peperangan saudara yang mana matawang dicetak tanpa kawalan sehingga akhirnya matawang sendiri tidak boleh dipercayai lagi oleh rakyatnya. Kalau nak cerita mengenai kisah peperangan negara ini, nampaknya aku perlu buat topik lain kerana banyak kisah duka yang terpaksa rakyat mereka harungi sepanjang peperangan. Kesan peperangan begitu panjang sehingga ke hari ini.

Honda 8 seater paling murah di dunia
Ketika peperangan memuncak, ramai antara warga mereka ini mendapat taraf pelarian UNHCR dan ramai warga islam Kemboja melarikan diri ke Malaysia. Ingat lagi Pulau Bidong di Terengganu yang menempatkan pelarian ini? Guide yang membawa aku ibubapanya adalah salah seorang pelarian ketika itu, dan guide kami ini boleh berbahasa Kemboja dan berbahasa Malaysia seperti kita kerana bersekolah di Malaysia.

Masih aku ingat lagi semasa aku kecil,  ada beberapa warga Kemboja yang menjaja kain yang di bawa diatas kepala dan ada beberapa keluarga Kemboja yang menyewa rumah bapa saudara ku di Merlimau dan menjalankan urusan perniagaan menjual kain dan aiskrim. Aku menjangkakan sekarang ini mereka sudah berjaya malahan mungkin nasib mereka lebih baik dari warga negara kita yang masih lagi mengharap kerja makan gaji
Roti Perancis dijual secara terbuka di tepi jalan
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan kadar kemiskinan begitu tinggi, rasuah amat berleluasa dan dilakukan secara terang-terangan. Aku melihat sendiri polis mereka menahan beberapa kenderaan yang mengangkut melebihi muatan dan pemandunya membayar secara terbuka supaya anggota tersebut tidak menyaman.. dan menurut guide kami ini adalah perkara biasa kerana gaji polis amat rendah dan mereka lakukan demi survival mereka. Malahan kes-kes rasuah anggota polis di peringkat atasan lebih besar lagi... Mungkin di negaraku ada juga rasuah namun, ianya adalah kes terpencil dan tidak dilakukan secara terbuka.

Tugu senibina Kemboja di tengah-tengah jalanraya
Beberapa syarikat Malaysia telah mula memasuki pasaran Kemboja antaranya ialah Maybank. Axiata Celcom (menggunakan jenama Hello), Public Bank, KFC- (KFC adalah Halal di Kemboja), Hotel Holiday Villa, Lim Kok Wing University dan beberapa pemaju hartanah telah mula bertapak di sini.

Menyusuri sungai Mekong
Dinegara inilah ramai anatar umat Islam membuat ibadah korban dan aqiqah. Disebalik keghairahan umat Islam Malaysia membuat ibadah korban di Kemboja, terdengar desas desus yang menyatakan tidak semua agent bersikap jujur dalam menjalankan amanah ini, katakan jumlah lembu keseluruhan sebanyak 500 ekor yang patut disembelih, namun jumlah yang disembelih tidak sampai pun sebanyak itu. Memang benar warga Melayu Champa ini adalah miskin tegar dan kemudahan asas mereka amat terhad, namun ada juga manusia yang mengambil kesempatan diatas sikap prihatin rakyat kita. Harga satu bahagian lembu di Kemboja adalah sekitar RM270 berbanding harga satu bahagian di Malaysia RM420. Size lembunya bagaimana, kita pun tak tahu.

Iklan Tourism Malaysia diluar sebuah shopping complex


Maybank di Cambodia

Suasana biasa di jalanraya di Phnom Penh

Bersama ahli kumpulan yang sertai misi kali ini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment