Thursday, December 1, 2016

Travelog Haji 30: Reunion di Makkah

Travelog Haji 30: Reunion Bersama Rakan Sekolah dan Universiti di Mekah

Sebelum berangkat, aku telah mengetahui beberapa rakan sekolah dan coursemate semasa di Universiti turut sama akan menunaikan haji tahun ini. 

Hassan dan Linda merupakan coursemate dan jodoh mereka sesama rakan sekuliah. Kami bertemu di Restoran D'saji yang terletak di Menara Al Safwah yang bersebelahan dengan  Hotel Menara Jam. Ketika bertemu, masih belum wukuf dan mereka akan membuat nafar awal dan balik ke Malaysia selepas sahaja selesai urusan haji.

Breakfast di Safwah Tower bersama Hassan, Linda, Coursemate Universiti selama 6 tahun di Serdang

Saya dan Hassan

__________________________________________________________________________________

Bersama rakan sekolah di Makkah
Once a STARian, always a STARians

Lima tahun saya bersekolah asrama penuh di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Tak sangka boleh bertemu dengan rakan-rakan satu batch seramai 3 orang semasa menunaikan haji 2016 di Makkah dan 2 orang Junior. Selepas wukuf kami bercadang mengadakan mini reunion bersama rakan-rakan di Food Court Hilton Hotel Makkah. Alhamdulillah dapatlah kami bertukar pendapat dan pendangan mengenai ibadah haji semasa di Makkah.

Rakan yang di temui ialah Aizam (Headboy), Jeffri, Sukhairi dan Junior Khairul dan Rafizi


Minum petang bersama Sukhairi & Isteri masing-masing

Terjumpa lagi dengan Sukhairi sebelum dia membuat tawaf wida

Kiri- Syazli, Aizam (headboy STAR 1991),  Rafizi, Khairul, Sukhairi

Kiri: Sukhairi, Jefri, Syazli, Aizam, Rafizi, Khairul 
Aizam, Sukhairi dan Saya (SPM 91)




Kiri: Aizam, Rafizi(Junior), Khairul (junior), Sukhairi, Jeffry, Syazli
_______________________________________________________________________________
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com



Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com


No comments:

Post a Comment