Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 10: Bumi Makkah Penuh Kerahmatan




Travelog Haji 10: Bumi Makkah  Penuh Kerahmatan

Tanyalah pengalaman mereka yang telah menunaikan fardhu haji dan pastinya saya yakin hampir setiap orang akan menjawab, 

“Menunaikan haji merupakan satu pengalaman amat menarik, menginsafkan dan tidak akan dilupakan seumur hidup. Malahan, jika ada peluang, kami teringin untuk mengulanginya” 


Selepas solat Isyak sebelum wukuf 
Walaupun keadan bersesak-sesak dan cuaca yang panas di Makkah, tidak akan ada tempat lain didunia ini yang dapat memberi satu perasaan dan pengalaman dalaman sehebat Masjidil Haram. Makkah tidak sama seperti Melbourne, Auckland, Kaherah, Istanbul, London mahupun Seoul . Ini adalah kenyataan. Mustahil jutaan manusia di dunia ini berbohong. Tidak mungkin kenyataan Masjidil Haram dan Madinah  adalah tempat yang meninggalkan kenangan yang amat sukat dilupakan adalah satu skrip yang sama setiap jemaah yang pulang dari menunaikan fardhu haji.Setiap umat islam yang belum pergi ke Mekah, pasti megimpikan untuk pergi kesana, manakala bagi yang telah menunaikan Haji atau Umrah, pasti akan merinduinya dan berusaha untuk datang lagi. Inilah bumi Makkah yang penuh rahmah.


Suasana  jemaah berpusu-pusa  keluar diluar Masjidil Haram selepas solat 
Istilah bayar cash merupakan istilah yang di popular yang digunakan oleh ustaz-ustaz untuk mengingatkan jemaah supaya berkelakuan baik semasa di tanah suci. ‘Cash’ sinonim dengan pembalasan serta-merta atas sifat buruk kita.  Istilah pembalasan tunai menggambarkan satu keadaan yang negative. Benarkah Allah yang menerima kita jemaah haji sebagai tetamunya dan apabila sampai ke Baitullah, Allah memberikan pembalasan serta-merta keatas tetamuNya? Agak tidak masuk akal.

Saya lebih suka menggunakan istilah peringatan dari Allah yang Allah sayang akan hambaNya, maka di berikan teguran  supaya manuasia manusia tidak lalai dan kembali bertaubat kepadanya. Pintu taubat sentiasa terbuka dan sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan maha mengasihani. Istilah ‘bayar cash’ boleh menakutkan jemaah untuk menunaikan Haji terutama mereka yang ‘nakal’ dan mempunyai dosa-dosa silam. Cerita-cerita  seperti tidak dapat melihat Kaabah, sesat di Makkah, hilang ingatan semasa di Makkah, jatuh ketika hendak mencium hajaratul aswad, sakit ketika di Makkah  adalah kisah lazim yang boleh dibaca dalam catatan kisah-kisah aneh di Makkah.
Dari bumbung Hotel Qasr Al Janadriyyah

 Apa maksudnya peristiwa aneh ini? Allah memberi ujian supaya kita berfikir dan mengenal Keesaan dan Kehebatannya. Mereka yang dapat merasai peristiwa-peristiwa ganjil ini sepatutnya bersyukur dan merasa kerdil di sisi Allah dan sepatutnya menginsafi dosa-dosa lampau.  Adalah ini satu pembalasan atau peringatan? Bagi saya ini adalah bukti  bahawa Allah yang Maha Penyayang dan Maha mengasihani hambaNya. Allah memberi kita peluang dan disedarkan supaya menjadi manusia yang lebih baik disisinya. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka bagi manusia yang tidak lalai. Amat bertuahlah mereka yang diberi balasan ‘Cash’ kerana dapat menginsafi dan bertaubat atas kesilapan mereka di bumi yang penuh rahmah ini.


Di dalam Masjid baru Al Haram


Ketika di Makkah,  saya diingatkan jika terdetik dihati pun untuk membuat perkara yang tidak baik, maka telah dianggap melakukan satu dosa. Allah maha pengasih dan Maha penyayang dalam menganugerahkan ibadah haji kepada umat Islam. Kasih sayang Allah kepada hambanya meyakinkan diri saya bahawa Allah akan memelihara setiap tetamunya semasa berada di Makkah & Madinah.

Aku bersama sepupu (Hj Amran dan Isteri) yang kebetulan mendapat penerbangan yang sama dan hotel yg sama 

Saya tidak bertemu peristiwa-peristiwa aneh semasa di Makkah, tapi ketahuilah bahawa di Masjidilharam itu banyak perkara aneh yang sudah diketahui umum. Apakah manusia terfikir keajaiban Telaga zam-zam?  Makam Ibrahim iaitu batu yang di gunakan oleh Nabi Ibrahim yang boleh meninggi apabila binaan Kaabah semakin tinggi? Batu dari Syurga Hajaratul Aswad? Kelebihan solat digandakan 100,000 kali? Ini adalah semuanya adalah bukti kehebatan Allah swt yang ditunjukkan ke pada manusia. Tidak perlulah mencari kisah-kisah ajaib. Sudah terang lagi nyata, banyak tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Makkah. Inilah keajaiaban Makkah sebenarnya yang telah pun diketahui!

Dapatkan Teks penuh Travelog Haji  dengan email ke msyazli@gmail.com

Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:


Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

No comments:

Post a Comment