Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 19: Hujan di Makkah


Travelog Haji 19: Hujan di Makkah

Suasana selepas hujan lebat selama 15 minit. Hotel aku yang bewarna coklat (yg kecil sedikit dikiri gambar)

Ketika sampai di Jeddah, kehangatannya bumi Arab Saudi sudah terasa bahangnya. Memang cuaca agak panas dan suhu secara purata pada siang hari ialah 40-45 celcius. Selepas 9 hari berada di Makkah, pada 29 Ogos 2016 hujan lebat turun di Kota Makkah. Biar pun hanya kira-kira lebih 15 minit, namun hujan lebat yang turun benar-benar menceriakan ribuan jemaah haji yang berada di sini untuk menunaikan rukun Islam kelima.


Menurut portal berita, hujan lebat yang turun pada kira-kira pukul 4.30 petang dialami selepas kali terakhir ia menyirami kota suci ini pada Ramadan lalu.  Saya ketika itu sedang dalam perjalanan pulang menuju  ke Hotel selepas solat Asar dan terpaksa berteduh di bawah jejambat sementara menunggu hujan berhenti. Walaupun sekejap, hujan telah menyebabkan kawasan rendah digenangi air kerana system saliran di Makkah tidaklah seperti di Malaysia



Hujan 15 minit, namun berlaku banjir kilat. Sistem saliran yang kurang di Makkah

Alhamdulillah, kurang panas sikit dan selepas hujan, suasana selepas itu agak sedikit sejuk dan udara sedikit lembab. Kelembapan udara menyebabkan peluh dikulit mulai keluar mengalir-ngalir seperti keadaan di Malaysia. Perjalanan berjalan kaki menuju ke Masjid Al Haram kali ini bermandi peluh. Selama ini cuaca yang panas dan kering menyukarkan peluh keluar dengan banyak dan kulit badan pun mulai merekah. Selama 36 hari berada di Makkah 3 kali saya dapat merasa hujan semasa di Makkah dan hanya sekali yang betul-betul lebat.
 
Link ke Travelog Haji 20: Selamat Tinggal Makkah (tawaf wida)
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:





Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

No comments:

Post a Comment