Beberapa hari sebelum Hari Raya 2016,
ada beberapa jemaah haji telah menerima surat penerbangan Haji. Semuanya
adalah Jemaah yang ke Madinah dahulu. Saya dan Aza memilih untuk ke Makkah
terlebih dahulu. Kenapa saya memilih ke Makkah dulu? Ini kerana terdapat
beberapa cerita dari Jemaah sebelum ini yang mula merasa keletihan dan sudah
mula rasa rindu kepada kampung halaman apabila sudah berada lama di Tanah Suci untuk
menunggu hari wukuf.
Tambahan pula, kami tidak mahu tergesa-gesa untuk terus pulang ke Malaysia sebaik selepas hari Masyair. Bagi wanita, mereka perlu dalam keadaan suci untuk melengkapkan Haji mereka dan jika mereka dalam keuzuran sebelum dapat melakukan tawaf, mereka perlu menangguhkan jadual penerbangan balik. Jadi, kami memilih ke Makkah dahulu walaupun kami tahu jutaan manusia telah berada di Makkah semasa kami sampai kelak.
Tambahan pula, kami tidak mahu tergesa-gesa untuk terus pulang ke Malaysia sebaik selepas hari Masyair. Bagi wanita, mereka perlu dalam keadaan suci untuk melengkapkan Haji mereka dan jika mereka dalam keuzuran sebelum dapat melakukan tawaf, mereka perlu menangguhkan jadual penerbangan balik. Jadi, kami memilih ke Makkah dahulu walaupun kami tahu jutaan manusia telah berada di Makkah semasa kami sampai kelak.
Sepuluh hari (10) lepas raya, kami masih belum menerima
apa-apa surat dari TH. Saya mencuba menghubungi TH dengan menulis diruang komen
di FB TH mengenai status surat penerbangan. Keesokannya komen saya dibalas oleh
TH dan meminta hubungi TH atau layari www.e-thijari.com.my untuk maklumat lanjut. Saya
terus hubungi TH untuk mengetahui status penerbangan saya, namun jawapan yang
diberikan oleh Staf Khidmat Pelanggan agak menghampakan apabila beliau
menyatakan surat penerbangan diberikan secara berperingkat dan jadual
penerbangan saya belum lagi ada di dalam sistem mereka.
Ketika baru sampai di Jeddah. Gambar diambil dari dalam bas ke terminal. Mulai 2016, TH menggunakan pesawat A380. |
Selepas 2 hari menelefon TH, kali ini saya mencuba log-in di e-thijari.com.my dirumah untuk mengetahui status
penerbangan saya. Selesai memasukkan maklumat yang diperlukan oleh system, kali
ini saya tidak hampa. Surat yang ditunggu-tunggu sudah terpapar di depan skrin
komputer. Surat Jadual Penerbangan (SJP)
baru sahaja di keluarkan pada hari pada saya log-in di ethijari.com.my. Ini bermakna tarikh pada surat jadual
penerbangan adalah sama pada hari yg sama hari saya log-in.
Saya pun mencetak
surat tersebut dan membaca berulang-ulang kali untuk mempastikan dengan betul ini adalah surat
kepada diriku. Tanpa saya sedar, air mata kegembiraan mengalir deras dari mata
ku. Ya saya menangis kegembiraan. Aku menangis sepuasnya. Sudah lama saya tidak menangis sebegini. Menangis
tanpa suara... terlalu gembira. Tiada kata-kata yang boleh digambarkan
ketika membaca Surat Jadual Penerbangan (SJP) ini.
Saya terus berwuduk
dan mengadakan solat sujud syukur di ruang tamu rumah kerana telah menerima
surat jadual penerbangan. Malahan, ketika menulis ini bab ini, mata
ku terus “dimasuki habuk” mengenangkan kegembiraan ku apabila menerima SJP. Kami akan
berangkat pada 19 Ogos 2016 (Jumaat) dan ini merupakan penerbangan yang pertama
ke Makkah iaitu KT26J.
Inilah Surat Jadual Penerbangan (SJP) yang membuatkan aku menangis kegembiraan. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kegembiraan apabila membaca surat ini. |
Ketika kami sampai di Makkah nanti, ada lebih
kurang 21 hari lagi sebelum wukuf (wukuf pada 11 September 2016). Tahun
ini adalah pertama kali TH menggunakan pesawat Airbus 380 iaitu kapal terbang 2
tingkat yang boleh memuatkan 480 jemaah dalam satu penerbangan. Menurut
TH, pasukan teknikal, kemudahan mendarat dan terminal untuk pesawat A380 hanya
berada di KLIA sahaja. Semua penerbangan dari negeri lain akan transit ke
KLIA terlebih dahulu dan kami perlu menukar ke pesawat A380 di KLIA
sebelum ke Makkah.
Suasana ketika sedang menunggu bas ke Mekah di Terminal Haji Lapangan Terbang di Jeddah |
Seminggu selepas mengetahui tarikh penerbangan, barulah surat ini diterima dari melalui Pos.
Kami memilih untuk membuat Haji Tamattuk. Bayaran Dam telah
kami bayar sebelum berangkat TH di Johor Bahru. Nilai dan seekor kambing (2016)
ialah RM506. Agak sukar untuk membuat haji Ifrad kerana tempoh wukuf yang
masih jauh iaitu 21 hari lagi ketika kami tiba di Makkah. Namun, ada 2 orang
jemaah yang sama penerbangan membuat haji Ifrad. Saya tahu mereka membuat Haji
Ifrad pun secara kebetulan apabila menegur mereka yang berpakaian ihram kerana
sangka ku mereka baru balik dari menunaikan umrah… rupanya mereka berniat haji
ifrad. Susah juga apabila 21 hari dalam ihram, tidak boleh berpakaian biasa,
tidak boleh potong kuku, perlu menjaga rambut dari gugur dan perlu patuh
kesemua 13 larangan dalam Ihram… tapi itulah haji yang terbaik.
Travelog Haji 7: Mengintai Penerbangan Pertama di Senai
Dapatkan full version Travelog Haji dari msyazli@gmail.com. PERCUMA |
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
29. Travelog Haji 29: Senarai Barang Keperluan Haji
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
31 : Travelog Haji 31: Tersilap Membeli Al Quran Untuk Diwakaf
32. Travelog Haji 32: Perkara Menarik Sepanjang Mengerjakan Haji
Travelog ini bukanlah panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
Syazli Tahir - msyazli@gmail.com
Alhamdulillah..
ReplyDeleteMembaca catatan haji Tn Haji Syazli betul-betul bagai membaca coretan perjalanan diri sendiri..kebanyakan nya adalah sama..KT26 sama..hotel yg sama..alhamdulillah..terima kasih bagi pihak kami yg tk sempat membuat catatan..
Semoga Allah menjemput kita berkali-kali lagi untuk ke bumi Haramain..Aaminn..
Terima kasih kerana membaca... Perjalanan kerohanian yg tidak akan saya lupakan sepanjang kehidupan.. malahan kalau diberi peluang sekali lagi, saya pasti berusaha untuk menunaikan lagi.
DeleteTuan..boleh saya tanya...penerbangan dr senai mmg terus ke mekah tanpa transit di klia ye?
ReplyDeleteTahun 2016, TH menggunakan pesawat A380. Terminal A380 hanya di KLIA sahaja. Jemaah dari negeri lain yg naik A380 perlu transit di KLIA
ReplyDelete