Travelog
Haji 7: Mengintai Penerbangan Pertama di Senai
Apabila
mulai masuk 1 Zulhijjah, kumpulan haji pertama memulakan penerbangan
pertama. Di Johor penerbangan pertama ialah KT3 ialah pada malam 2
Zulhijjah 1437. Saya dan isteri berhasrat membawa anak-anak ke Lapangan Terbang
Senai untuk melihat suasana sanak-saudara menghantar ahli keluarga mereka
menunaikan haji. Pada mulanya anak-anak seolah-olah tidak berminat untuk ikut
sama, namun setelah saya memujuk yang kita akan makan malam di KFC Airport,
semua anak-anak amat teruja untuk pergi.
Sampai sahaja ke Senai, saya singgah ke Masjid
Airport Senai bagi menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Agak kehairanan juga
kerana tidak ramai yang solah isyak secara berjemaah. Hakikatnya Masjid Airport
ini adalah masjid tanpa Kariah. Hanya ada kilang dan kedai-kedai disekeliling
Masjid. Mungkin agaknya jemaah-jemaah haji dah sampai lebih awal dan solat
Jamak Maghrib dan Isyak. Selepas solat, saya terus ke Terminal Airport dan
mencari tempat pakir di kawasan Pakir. Langsung tiada ruang kosong untuk
pakir. Akhirnya saya keluar semula dan meletakkan kenderaan di tepi jalan
sahaja.
Memang sengaja saya mengajak anak-anak yang seramai
4 orang untuk melihat suasana menghantar orang ke Haji kerana kami
tidak berhasrat untuk membawa anak-anak semasa kami berangkat nanti.Macam-macam
kami nak fikirkan pada masa keberangkatan nanti. Perkara yang paling risau
sekali ialah kami takut anak-anak terlalu sedih hingga boleh menyusahkan kelak
waris-waris kami jika kami membenarkan mereka turut menghantar kami. Jadi,
supaya tidak menyusahkan orang lain, kami berdua sepakat agar semua
anak-anak tidak ikut menghantar ke Airport pada hari keberangkatan nanti.
Di tempat pendaftaran di Senai Airport pada Penerbangan Haji Pertama |
Semasa mengintai penerbangan pertama Haji di Airport
Senai, kami menerangkan kepada anak-anak beginilah suasana nanti apabila ayah
berangkat nanti. Ramai orang dan keadaan agak sesak di terminal. Iffah mula
sedih dan menangis…Dia telah dapat memahami agaknya dan telah dapat
membayangkan ketiadaan kami berdua nanti selama 48 hari nanti. Kami akan
berangkat lagi 2 minggu. Sabarlah anak-anak ku. Ibadah Haji memang memerlukan
pengorbanan. Ya Allah, Kami datang pergi menyahut panggilanMu.
Ya Allah, tenangkan dan berikanlah
kesabaran kepada anak-anak kami. Jangan kau cetuskan perasaan rindu mereka
kepada kami sepangjang kami berada di tanah suci. Janganlah mereka menyusahkan
Atuk dan Nenek mereka semasa ketiadaan kami.
Inilah doa yang saya baca hampir tiap
hari 3-4 bulan sebelum keberangkatan.
Travelog Haji 8: Hari Keberangkatan- Pakai Ihram atau Baju?
Travelog Haji 8: Hari Keberangkatan- Pakai Ihram atau Baju?
Dapatkan full version Travelog Haji dari msyazli@gmail.com. PERCUMA |
Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:
Travelog Haji ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.
Travelog ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui
msyazli@gmail.com
No comments:
Post a Comment